Fri 18 Apr 2008
Masalah Segelas Air | Cerita Motivasi
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri
Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya;
“Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?”
Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: “50 gram, cikgu!”
Guru tersebut tersenyum. “Yang lain?” sooalnya.
“Saya rasa mungkin 100 gram,” jawab seorang pelajar perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, “Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?
Jawab gurunya, “Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!
Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.
“Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans.” Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.
Sambung guru tersebut; “Murid-murid sekalian… berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
“Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.
“Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali.”
Menarik! Ini yang terlafaz di mulut saya setelah saya membaca email yang saya terima pagi ini. Kiriman dari YahooGroups yang pernah saya sertai. Masalah, jika di fokuskan kepada masalah, memang tidak berjumpa penyelesaian. Kalau anda buntu, rehatkan minda anda, kemudian kembali cari penyelesaiannya
Maksud ayat supaya jangan terlalu memikirkan masalah sebenarnya adalah kerana sifat manusia yang tidak fokus pada penyelesaian. Menciptakan ketenangan di dalam fikiran adalah penting. Kenapa? Untuk perlahan-lahan membulatkan fokus anda kepada penyelesaian. Selagi minda anda memikirkan masalah, memang masalah yang sentiasa membarahi pemikiran dan tindakan anda. Tenangkan diri, berehat sebentar dan cari penyelesaiannya
Sebegitu mudah. Lantas kenapa ramai tidak mampu melakukannya? Kerana TABIAT yang telah tersemai. Anda perlu sentiasa berusaha mengikis tabiat lama dan semaikan tabiat baru yang fokus pada penyelesaian.
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
p.s.s : Dapatkan entri motivasi terbaru terus ke email anda. Isikan email anda di dalam kotak di bawah. PERCUMA! Privasi anda kami hargai
April 18th, 2008 at 3:59 pm
Wah! Menarik cerita ini.
Kalaulah aku dapat membacanya semalam. (Sebab basikal murid saya kena curi dan dia berasa sedih)
Sekarang dah tak dapat beritahunya sebab kat Singapura sekarang. Tak pe lah. Saya mungkin akan kongsikan cerita ini dengan mereka pada minggu depan.
Terima kasih kerana berkongsi cerita yang menarik ini.
Raymond Chua’s last blog post..Why Didn’t I Do It Myself
April 18th, 2008 at 4:58 pm
Terima kasih ya Mal satu peringatan yg baik. Ya, fokus yg semestinya. Tapi disini perkongsian gambar tu yg best nya kalau dpt ke sana tenang nya dan sejuk di minda ku. Ini saperti cerita aku dan alam. Terima kasih lagi.
April 18th, 2008 at 7:27 pm
Gambar itu memang saya simpan kerana auranya
Bayangkan saja saya ada kat situ…bersama secawan teh-o 
Dik Mal’s last blog post..Masalah Segelas Air | Cerita Motivasi
April 19th, 2008 at 12:07 am
…bersama secawan teh-o hmm… sedap nya, tapi Mal kena bawa heater sejuk teh-o tu nanti. kalau saya, ku bayangkan diri ku berbasikal mungkin boleh pinjam basikal anak murid Raymond tu, kena curi tak pe beli baru saja. Cemburu nya sy tengok alam ini kalau boleh hendak pergi, hiking, camping or treking atau jalan di situ saja. Semoga dpt kembalikan kekuatan dan energy yg sangat di perlukan. Maklumlah tempat asal usul kita. hmm… bila hendak sampai agak nya. Thanks 4d gd article today. CUsomewhere.
April 19th, 2008 at 1:07 am
wah.. cantiknya pemandangan tu.. rasa nak pergi sana saja.
azrin’s last blog post..MATAHARI KEMBAR TERBIT DAN TERBENAM DI RUSIA
April 23rd, 2008 at 2:56 pm
Menarik sekali. Berat segelas air bukan saja dibezakan oleh “masa” memegangnya, bahkan saiznya juga. Gelas ada saiz yang berbezakan? Siapa percaya bahawa orang yang hari-hari mendukung anak lembu, sampai lembu itu besar dia masih mampu mendukungnya. Kalau tak percaya, boleh cuba. UPM banyak lembu!
sert_arjuna’s last blog post..Pusat Pelancongan Yang Mengerikan!
May 3rd, 2008 at 6:38 pm
NAK….
NAK….
NAK….