Fri 18 Apr 2008
Lagi Bukti Visualisasi Menjadi Kenyataan
Posted by Norakmal Jasni under Fokus Minda, Motivasi Diri
Anda mungkin telah membaca cerita saya bertemu Dr Irfan Khairi. Seseorang yang saya sentiasa impikan untuk bertemu.
Jika belum, anda boleh klik sini untuk membaca mengenainya.
Dan petang hari semalam, saya di khabarkan tentang kawan blog saya, Afiqme yang telah pun berjaya mendapatkan sebuah gitar idaman beliau
Afiqme seorang gitaris. Kini, hari-hari beliau makin indah kerana sentiasa di kelilingi gitar. Minat beliau adalah pada muzik, dan gitar (pada pemerhatian saya ya). Dan saya rasa beliau setuju dengan kata saya.
Afiqme boleh memilih untuk tidak mengendahkan minat beliau, dan melakukan sesuatu yang lain. Namun, Afiqme bijak, kerana memilih muzik yang merupakan minatnya yang utama. Baiklah, jadi apa cerita sebenarnya?
Afiqme mempunyai sebuah blog yang beliau nama kan Vision Blog. FUngsi Vision Blog beliau adalah sama seperti fungsi Vision Board. Khusus untuk menulis dan ‘menampal’ gambar-gambar aim-aim beliau. Sebagai tujuan visualisasi supaya di tangkap minda dan supaya ia menjadi realiti.
Sejauh mana keberkesanannya? Semalam, Afiqme ada menghubungi saya dengan suara yang saya gambarkan EXCITED, memberi perkhabaran bahawan Guitar Idaman beliau telah pun sampai ke tangan! Ya, di dalam Vision Blog beliau, antara lain, Guitar merupakan aim nya. Tanpa di sangka-sangka, perasaan mahu mendapatkan gitar itu yang terlalu tinggi, telah akhirnya membuahkan hasil kepada beliau
Semalam, Afiqme telah berjaya memiliki gitar model signature Dave Mustaine, tetapi model lama beliau iaitu ‘ESP LTD DV8-R‘. Di dalam blog Vision beliau, beliau meletakkan aim : Dean ‘Gears of War’, yang merupakan model terbaru artist signature series oleh Dave Mustaine. Dan kiranya, bagi saya, beliau mendapat sesuatu yang lebih baik (berdasarkan harga yang di kenakan).
Walaupun sedikit lari dari apa yang di hajati. Tapi itu sebenarnya kerana beliau berhasrat untuk mendapatkan gitar Dave Mustaine, tidak kira yang mana satu pun.
dan impian beliau menjadi nyata bukan?
Saya juga yakin. Selepas ini, keyakinan beliau terhadap Power of Visualization akan semakin bertambah! Maka mengecapi kejayaan akan menjadi lebih mudah buat Afiqme. InsyaALLAH
Jadi, mula fikirkan apa yang anda benar-benar mahukan hari ini juga. Catitkan ia sebagai aim. Bina vision board anda. Dan mula bekerja untuk mendapatkannya. Kerja maksud saya, meliputi visualisasi, imaginasi, usaha, doa dan tawakal.
Saya sertakan bersama gambar Guitar terbaru beliau, mencecah 7k, khusus untuk anda

To Afiqme, you did a good job men
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
April 18th, 2008 at 6:51 am
thx mal!! huhu ..
April 18th, 2008 at 12:19 pm
Afiqme, my pleasure..for sure your success story will inspire the others
Dik Mal’s last blog post..Lagi Bukti Visualisasi Menjadi Kenyataan
April 18th, 2008 at 4:03 pm
Saya boleh merasakan perasaan mendapat gitar tersebut walaupun minat saya bukan pada gitar tetapi pada alat muzik yang lain.
Disclaimer: Saya tak pandai dalam soal muzik.
Raymond Chua’s last blog post..Why Didn’t I Do It Myself
April 18th, 2008 at 7:28 pm
Saya minat juga gitar Raymond..tp tidak secanggih yang ni.
Saya minat yang gitar biasa tu.warna coklat tu
saya minat Piano
Dik Mal’s last blog post..Masalah Segelas Air | Cerita Motivasi
April 19th, 2008 at 12:19 am
saya pun ada gitar tapi tahu main ke tidak, baik jangan tanya. sy minat violin. Wah! excited betul lah tu Afiq impian dia dah tercapai lepas ni apa agak nya. Tahniah Afiq, what’s the next item gonna be?