Apa Persepsi Anda Tentang Kekayaan

Hari ini saya ingin menulis sesuatu tentang kekayaan. Ini juga merupakan sedikit respon saya kepada pendapat bahawa -kaya itu merosakkan- dan -kaya itu tidak berguna- .

Ketika saya di awal remaja (sekarang masih remaja dan sentiasanya! :D) , saya memegang kepercayaan, kehidupan sederhana itu yang paling sempurna. Harta kekayaan hanya membuatkan kita alpa. Kekayaan tidak menjadikan kita besederhana. Dan kekayaan itu merosakkan! Masih ingat lagi, KAYA saya tafsirkan sebagai sesuatu yang tidak mahu saya kejar. Saya impikan hidup sederhana dan selesa. Tapi tidak KAYA!

duit

Namun. Ia cuma kepercayaan lama. Kini, saya makin dewasa (masih remaja! :D) , dan saya mula melihat kehidupan dari sisi berbeza. Betapa kekayaan juga sebenarnya boleh menyediakan kehidupan sederhana kepada saya. Saya juga melihat kekayaan sebagai sumber untuk saya membantu mereka yang perlu. Melihat kekayaan sebagai sesuatu yang akan menyuntik semangat kepada mereka yang merasakan hidup ini tidak bermakna.

Bagaimana kekayaan memberikan ketenangan kepada kehidupan saya. Saya kini suka kekayaan. Namun saya tidak melarang anda untuk tidak suka kaya. Dalam konteks ini, saya merujuk kepada kekayaan wang. Sedangkan kekayaan itu maksudnya meluas.Saya mahu kaya dengan kasih sayang, perhatian. Kaya dengan kesihatan. Kaya dengan kenalan. Kaya dengan persahabatan. Kaya dengan buku dan macam-macam lagi

Saya berharap, jika anda merasakan kekayaan itu negatif, cuba fikirkan apa pula yang mampu anda sumbangkan jika anda menjadi kaya. Dan betapa anda akan lebih belajar mendalami erti sabar, ikhlas, sederhana dan macam-macam lagi dari kekayaan ini. Sedari kecil, kita memang kaya :) Namun fikiran bahawa kita tidak suka kaya, meletakkan kita di takuk lama. Lantas, apa pendapat anda tentang kaya. Apa persepsi anda tentang kekayaan? Sesuatu yang baik atau tidak.

Percaya tak anda, persepsi anda tentang kekayaan juga mempengaruhi kehidupan anda :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner
This entry was posted on Thursday, April 17th, 2008 and is filed under Fokus Minda. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Apa Persepsi Anda Tentang Kekayaan”

  1. harun dethan/motivator on July 12th, 2008 at 12:46 pm

    Kaya adalah serba tak kekurangan dalam harta dan amal baik seseorang, kaya adalah kelimpahan sadar sihingga tak alpa bersujud dan bersyuklur pada Allah. Kaya adalah kesempatan menikmati apapun yang tak menyalahi aturan, sehingga membuahkan kenyamanan. Kaya adalah tujuan semua orang, dengan cara apapun. Kaya adalah anugerah dan momen yang dipercayakan sang pencipta pada kita. harun dethan/motivator. http://harundethan.blogspot.com salam kejayaan.

    harun dethan/motivator’s last blog post..10 motivasi by.harun dethan.

Leave a Reply


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

Sponsors

Pages

Kategori

Archives

Meta

Langgani Artikel Kami

Subscribe ke Blog Kami

Anda Boleh Mendapatkan Artikel Terkini dari Motivasi Kejayaan Terus ke Email Anda dan PERCUMA! Privasi Anda Kami Hargai. Isikan Alamat Email Blog Anda ke dalam Kotak di bawah:

Don't forget to bookmark this site
(Press CTRL+D)



Komen Pembaca

Tags