Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Di kala peperiksaan final semakin hampir, saya sentiasa teringat kepada blog ini dan pembacanya. Bagaimana agaknya tiada update. Semua orang memerlukan apa yang kita gelar-pencetus semangat. Saya juga memerlukannya setiap hari. Ibarat makanan yang sentiasa anda perlukan untuk menjana tenaga :)

Jadi kali ini, sambil-sambil saya mendengarkan Audio dari Filem Ayat-Ayat Cinta, maka saya coretkan sedikit kisah mengenai diri saya sendiri, dan bagaimana saya mula membuka dan mengubah persepsi saya mengenai kejayaan.

Saya adalah cuma seorang gadis biasa yang tinggal di kota besar Kuala Lumpur. Membesar di dalam keluarga sederhana tapi bahagia, dan persekitaran yang sarat membangun. Menjadikan saya sentiasa menempatkan diri sebagai seorang yang kompetitif, suka bersaing untuk memperbaiki diri.

Di waktu zaman persekolahan, saya gemar bersaing secara senyap. Dan saya gemarkan aktiviti berkumpulan. Jarang saya mahu memunculkan diri sebgai seorang yang berjaya secara sendiriannya. Saya tidak menolak bahawa ia juga perkara baik. Namun apa yang ingin saya ceritakan berkisahkan kepada kejayaan.

Di dalam tawa riang, saya punyai satu keyakinan. Bahawa sekuat mana saya belajar, temapt pelajar terbaik itu tetap akan di sandang orang tertentu. Yang saya fikirkan cuma, saya mampu berada di kelompok 10 terbaik dalam kelas, dan itulah hasil yang saya perolehi. Namun, untuk menjadi pelajar terbaik itu tidak pernah menjadi impian saya. Kerana bagi saya ia adalah sesuatu yang subjektif. Jika sudah di takdirkan, maka tak usaha pun mereka akan berjaya. Bodoh bukan pemikiran itu? Namun, ia hanya pemikiran yang lahir daripada seroang pelajar biasa. Dan jangan terkejut kerana majoriti masyarakat berfikiran seperti itu juga.

Lantas, ketika usia meningkat dewasa, ketika di matrikulasi juga, saya masih berada di takuk kepercayaan yang sama. Namun, berbeza ketika saya melakukan perkara yang saya suka, yakni bermain badminton. Saya sering percaya saya adalah kelompok pemain badminton terbaik di kolej. Saya memang bukan atlet bimbingan kolej. Namun itu tidak menghadkan saya untuk berlatih setiap petang. Dengan mind setting itu, melayakkan saya ke peringkat separuh akhir perntandingan badminton (regu) inter college :D Dan dapat tempat ke 3. Itu pun kerana waktu separuh akhir tu, bersaing dengan wakil kolej. Sekali lagi mind blocking memainkan peranan dengan berkesan ke atas saya .

PAda ketika itu, saya juga masih tidak nampak mengenai kebenaran tentang kejayaan :) Namun, saya meneruskan perjalanan dalam comfort zone saya

Sehingga takdir menemukan saya dengan Takaful Ikhlas SDN BHD :D Betul ni! Ketika itu saya mulai menghadiri meeting di Petaling Jaya. Berjumpa mereka-mereka yang berjaya. Dan kemudian saya mula melihat bahawa ramai orang yang benar-benar berjaya ini, bukanlah mereka yang mendapat pendidikan tinggi. Sekali lagi mengatasi pemikiran saya bahawa untuk berjaya dan kaya raya anda perlukan pendidikan setinggi mungkin.

Tidak lama selepas itu, saya mula mengetahui mengenai Dr Irfan Khairi. Dan pada ketika ini minda saya mula terbuka. Saya mula cari dan baca mengenai mereka yang berjaya pada usia muda. Benarkah kita boleh berjaya pada usia muda? Lantas, bacaan demi bacaan ( bacaan sangat membantu!) kemudian telah mula meruntuhkan kepercayaan yang duduk selama 20 tahun di dalam minda saya. Bahawa kejayaan hanya untuk orang tertentu. Saya kini mengamalkan kepercayaan baru. Semua orang boleh berjaya. Saya boleh berjaya. Hanya yang membezakan mereka, adalah usaha dan attitude mereka :)

Anda pula bagaimana?

Kini saya cuma percaya, bahawa saya akan berjaya pada usia yang sangat muda. Semakin hari, makin kukuh dan makin banyak blok-blok kepercayaan saya runtuhkan dan gantikan dengan kepercayaan baru. Semoga kita semua berjaya! InsyaALLAH

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner