Sat 5 Apr 2008
Bangkitkan Semangat Anda!
Posted by Norakmal Jasni under Video Motivasi
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku bergandaGemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasaBila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku bergandaGemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasaUngkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Semalam saya berjumpa Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Saya rasa sangat gembira. Lantas saya kembali ke rumah dan mula fikirkan, kenapa timbulnya kebetulan seperti ini? Tiba-tiba beliau ada di depan mata!
Lantas saya cuma fikirkan renungkan dalam-dalam. Tak susah sebenarnya
Saya sering meminta untuk melihat kejayaan di hadapan mata. Supaya saya semakin faham bahawa setiap mereka yang berjaya itu tidak menggapai kejayaan dengan mudah! Saya syukur sangat-sangat bertemu beliau semalam. Kerana itu membuatkan saya sedar dan pasti, bahawa, Dr Sheikh juga pastinya melalui berbagai pengalaman sebelum mencapai kejayaan beliau!
Malahan semalam di stesen PWTC, saya terserempak dengan A Samad Said. Ini kali kedua saya terserempak dengan beliau. Sangat simple penampilannya. Sungguh saya terpikat akan pembawaan diri beliau
Saya juga suka seperti itu. Simple
Lantas di rumah saya kembali merenung. Apakah mereka yang melakar nama ini melakar nama semudah itu saja? Pasti ada cubaannya bukan> Begitu juga kita! Sekiranya kita merasakan sudah terlalu banyak dugaan..CUba kita kenangkan mereka ini. Pasti dugaan mereka lebih banyak daripada kita. Lantas bagaimana mereka survive? Bagi saya, sama sahaja. Mereka jua manusia biasa seperti kita. Tapi, saya pasti tiap kali mereka berdepan dugaan, mereka redha, atasi dan fix it! Kembali bersemangat dan terus tabah! Malahan cuba belajar dari setiap dugaan itu.
Sebab itu juga, anda mungkin pernah mendengar, kata pujangga yang berbunyi untuk mencicip kemanisan, anda perlu bermula dengan mengupas kepahitan
Pelajarilah, bahawa dugaan utk tidak pernah merugikan atau melambatkan anda! ia ibarat pecutan kepada kejayaan
Wah, semangat saya hari ni
Saya mahu berjaya seperti mereka! Anda pula bagaimana?
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
April 5th, 2008 at 10:02 pm
saya paling suka lagu ini bahagian : menyerlah jauh dari yang biasa!
April 7th, 2008 at 12:07 pm
Hi Dik Mal,
Dengan berkat dan usaha yang bersungguh-sungguh, saya pasti Dik Mal juga dapat menyerlah jauh dari yang biasa serta menerangi jiwa masyarakat kita.
Saya sudah dalam perjalanan.
Semoga berjaya untuk kita semua.
Raymond Chua’s last blog post..Attract A Relationship That Has Recently Stopped With Remote Influencing
April 7th, 2008 at 12:46 pm
Raymond,
Terima kasih
Saya amat menghargainya.. Usaha lebih cemerlang!
Semoga berjaya juga
Dik Mal’s last blog post..I Did It My Way | Menyentuh Hati Saya
July 12th, 2008 at 12:52 pm
Hi Dik Mal lama tak jumpa, tetap tulis yang bagus and tetap berjaya. Mengapa ? karena setiap tulisannya menyemangati dan saya hargai ide cemerlangnya bagaikan WISDOM and ACTION. harun dethan/motivator. http://harundethan.blogspot.com salam kejayaan for You.
harun dethan/motivator’s last blog post..10 motivasi by.harun dethan.