Fri 4 Apr 2008
Hari Ini Saya Dapat Autograf Dr Sheikh Muszaphar Shukor!
Posted by Norakmal Jasni under Buku Motivasi, Motivasi Diri
Hari ini bermulanya pesta buku antarabangsa di PWTC. Saya telah berkesempatan sampai ke sana di temani seorang rakan baik. Seronok betul! Banyak buku saya borong. Tapi rasanya tak puas, Ahad nanti nak pergi lagi
Yang paling seronok hari ini ialah bila, saya dapat berhadapan dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia. Saya rasa cukup bertuah. Walaupun ramai dah jumpa beliau, tapi saya tetap gembira. Malahan ia langsung tak di sangka. Pada ketika saya berlegar di booth MPH. Tiba-tiba ada pengumuman kehadiran beliau. Saya dan kawan rasa sungguh gembira hampir nak melompat macam kanak-kanak riang
haha.
Kami pun cepat-cepat buat pembayaran di kaunter untuk buku beliau. Untuk dapatkan autograf beliau nanti. Sebaik beliau muncul. Saya rasa kagum. Mengigil juga la kekagetan. Benda tidak di rancang. Lantas kami beratur cepat-cepat. Dan Alhamdulillah dapat la kedudukan 10 orang terawal.
Seronok. Tapi ! Saya tak dapat bergambar dengan beliau. Kerana ramai lagi sedang menunggu dan bodyguard beliau nampak agak kurang mesra alam
Penat barangkali


Tapi saya sempat tangkap gambar beliau dari jarak dekat
Seronok , kagum dan bangga. Malah masih terngiang di telinga saya pabila Dr Sheikh berkata pada gadis yang beratur di hadapan saya : do something that make your parents proud of you!Saya terlampau gembira lantas saya kirimkan SMS ke seluruh kawan-kawan. Kalau anda terima SMS saya siang tadi
Paham-paham lah saya terlalu hepi! :p
Ramai juga kawan-kawan bagi respon, ala tak heran. Ala dah jumpa. Apa yang best? Dalam hati say cuma ini jawabnya. Saya kagum beliau mampu mencipta kejayaan. Up from nowhere, unknown, now Dr Sheikh mencapai kejayaan. Saya mahu menjadi seperti beliau. Tidak ke angkasa :p Tapi mahu melakar sensasi kejayaan saya sendiri. Saya amat tak sabar menanti detiknya. Dan tika saat itu tiba, pasti saya tersenyum bila teringat pengalaman saya berjumpa dengannya.
Dik Mal, Best Wishes ——- Autograf beliau ini, akan saya kenang sehingga bila-bila. Saya rasa teruja dan bersemangat. Saya yakin, saya juga mampu sepertinya! Dr Sheikh, saya mengagumi personaliti anda
Lantas saya bayangkan, mau lagi gelabah kalau dapat jumpa Dr Irfan
The person who makes me think more about future and life
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
April 4th, 2008 at 9:26 pm
Saya la tu yg menemani kamu sedari awal pagi hingga ke sore
Ya, sanagt teruja menanti kemunculan beliau tetapi berbaloi sebab dapat mengetahui kejayaan beliau denagn bukunya beserta autograf yg memberi kata-kata semangat.
Tapi dimal, Dr.SMS menulis namaku dengan tepat sekali :p hahaha..sambil berbual kecil denagnku
wah,gembiranya?
April 4th, 2008 at 9:27 pm
motif berbaur egois. haha
April 4th, 2008 at 9:37 pm
uwek! :p
April 4th, 2008 at 10:06 pm
hepinyaaaaaa dia..
ktom’s last blog post..Cemburu
April 5th, 2008 at 7:46 am
kak tom
Dik Mal’s last blog post..Hari Ini Saya Dapat Autograf Dr Sheikh Muszaphar Shukor!
April 5th, 2008 at 12:21 pm
hari ini saya x dapat signature angkasawan, dapat polis punya…haha!
April 5th, 2008 at 3:35 pm
Salam DikMal, apa khabar? Shueqry here..
Saya cukup gembira membaca post kali. Namun saya lebih gembira bila mendapat sms kelmarin, mengatakan DikMal dpt berjumpa Dr Sheikh!
Wow!
Saya juga jadi gembira dibuatnya!
Sungguh tak sangka
Impian saya, nak duduk semeja dengan Dr Sheikh dan Dr Irfan. Setiap hari saya berdoa moga impian itu jadi kenyataan..
-Shueqry-
April 5th, 2008 at 8:18 pm
Eh..bestnya jumpa Dr Sheik muszaphar. Tahniah…
azrin’s last blog post..MALAM PERTAMA……….
April 5th, 2008 at 10:04 pm
Newacx awat nya dapat polis lak
hehe
Oh abg shueqry pls put my name together on that list! want to be there tooo!!!
Azrin. ya sgt seronok! melihat kejayaan di depan mata… ia ibarat emberitahu diri, jika kita nak berjaya, maka kita tiada alasan selain berjalan ke arah nya ( kejayaan )