Fri 4 Apr 2008
Bila Anda Nampak Peluang, Apa Perlu Anda Buat?
Posted by Norakmal Jasni under Motivasi Diri
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Ramai orang bertanya. Dari mana Dik Mal dapat idea untuk menulis artikel demi artikel setiap hari? Kata saya, ia datang tiba-tiba apabila saya mula berfikir atau melihat sesuatu. Maksudnya, idea saya mungkin tiba ketika saya berjalan-jalan seorangan (ini sebabnya saya suka berjalan seorangan!
). Mungkin tiba ketika saya menonton TV dan memikirkan sesuatu. Dan ia juga adalah refleks terhadap kehidupan saya. Post mortem saya terhadap apa yang saya lalui sepanjang kehidupan saya.
Dan antara yang saya pelajari sepanjang kehidupan saya ialah. Jika saya terjumpa peluang, saya perlu raih peluang itu! Ini bermaksud? Dahulu, saya suka memberi alasan bila saya mendapat peluang. Kata saya dengan yakin, Oh aku tau aku tak boleh buat itu. Tapi kalau yang ini aku yakin boleh buat. Itu bukan bidang aku. Aku tak bersedia bagi aku masa. Dan macam-macam lagi. Dan itu semuanya adalah alasan!
Dari pembacaan, pemerhatian, temubual, pengalaman mengajar saya bahawa setiap kali peluang muncul di hadapan mata. Timbangkan, dan kalau boleh jangan lepaskan! Ambil risiko. Kerana risiko akan mengajar anda disiplin dan komitmen. Kegagalan akan menunjukkan anda di mana anda berada kini. Ketakutan anda untuk mencuba adalah bermakna anda takutkan kegagalan. Kenapa perlu takut pada kegagalan?
Tiada apa pun yang di ciptakan di atas dunia ini yang merupakan satu yang sia-sia. Semuanya bermanfaat. Maka kegagalan juga adalah sesuatu bermanfaat. Untuk saya, kegagalan saya memberi saya ruang menganalisa kembali di mana kedudukan saya. Apa yang telah saya lakukan. Dan apa perlu saya lakukan. Kegagalan adalah loceng atau ibarat pit stop dalam F1. Anda berhenti untuk cek tayar, isi minyak. Dan jalan semula!
Paling penting, jangan lepaskan peluang. Peluang tidak datang dua kali. Jangan takutkan diri anda dengan risiko. Sentiasa yakin, anda di datangi peluang, because you deserve it. It came to you, kerana ia takdir anda. Pasti ada sesuautu yang menarik untuk anda pelajari dari hal ini. Jadi, yakinlah bahawa, ia adalah ibarat mutiara yang anda jumapa di dasar laut. Sangat berharga
Lain kali, bila ada peluang di depan mata, jangan bazirkan ya!
p.s : Ringkas sikit hari ini. Ketika anda membaca, saya sedang memulakan perjalanan di pesta buku antarabangsa!
hehehe selamat membaca!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

April 4th, 2008 at 10:18 am
PELUANG bagi saya adalah satu hikmah yang tersembunyi, kita ambil atau tidak PELUANG itu pasti ada “benih faedah setara” di sebaliknya, bersangka baik pada setiap kejadian yang berlaku, PELUANG akan memunculkan dirinya dari berbagai arah, REDHA - TAWAKKAL - PASRAH.
April 4th, 2008 at 11:25 am
hehe..selamat memulakan perjalanan ke pesta buku.. nnt ada apa2 yang menarik, jangan lupa tuk berkongsi ye,mal..
April 4th, 2008 at 6:36 pm
8888, ya bersangka baik sentiasa…
einin, pasti! tak sabar ni
Dik Mal’s last blog post..Bila Anda Nampak Peluang, Apa Perlu Anda Buat?
April 4th, 2008 at 8:28 pm
Bila saya nampak peluang, saya akan menganalisa peluang tersebut dahulu.
Apa yang baik untuk orang lain, tak semestinya baik untuk kita.
Kadang-kadang kita perlu fokuskan kepada peluang yang kita miliki yang terpaksa endahkan peluang yang lain.
Dalam keadaan yang tertentu, sesetengah peluang merupakan umpan yang kita tidak nampak. Misalnya, skim cepat kaya.
Jadi, analisalah peluang terlebih dahulu dan pastikan ianya sesuai untuk anda sebelum anda menyambarnya.
Sekadar berkongsi.
Raymond Chua’s last blog post..Claim Your MMI Bonus Here!
April 4th, 2008 at 9:30 pm
pesta buku yg mengujakan dan memcabar kakiku:p
April 4th, 2008 at 9:31 pm
memcabar pon boleh…
hehe
April 4th, 2008 at 9:36 pm
haha wrong spelling :p