Thu 3 Apr 2008
Bagaimana Pula Jika Anda Sedang Berada Di Dalam Zon AKU TERPAKSA?
Posted by Norakmal Jasni under Fokus Minda, Motivasi Diri
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Semalam saya menulis tentang passion. Betapa pentingnya anda mengenal pasti apa yang anda minat. Kerana jika tidak, maka anda mungkin melakukan kerana terpaksa. Pada akhirnya, anda akan berkata sendiri di dalam hati : ‘Oh mengapa ini semua terjadi? Kenapa jalan ini yang aku pilih.’ Anda mula merasa seperti ingin menyerah kalah. Dan tunduk pada desakan kehidupan.
Jadi kini, saya yakin anda mula faham kenapa mesti anda sendiri yang menyelidik apa yang anda sukakan. Apa yang buat anda sentiasa teruja untuk melakukannya. Sesuatu yang buat anda rasa bahawa ia bukan ibarat kerja, ia ibarat anda melakukan sesuatu yang anda suka lakukan. Ibarat anda suka makan, dan anda di suruh makan pelbagai jenis makanan! (walaupun makan banyak sebenarnya tak elok, but you still enjoy it! )
Di dalam buku 8 To Be The Great, Albert Einstein ada menceritakan bahawa beliau berkerja sebagai patent clerk untuk jangka masa yang agak lama. Dan pada ketika itu juga, idea-idea yang amat bernas dari Albert Einstein mula di tulis. Cuma pada waktu lapang/senggak beliau sahaja.
Dan anda berkata, Einstein buat apa yang dia minat. Sebab itu beliau berjaya. Yup exactly! Dan anda juga berkata, sayangnya saya tidak berada di dalam perkara yang saya suka. Saya tak suka kerja ini, saya nak kan kerja seperti itu. Saya tak suka buat ini, saya suka buat itu. Maknanya saya di dalam keadaan terpaksa melakukan apa yang saya tak suka. Dan ini menyebabkan saya tak dapat nak cari minat saya yang sebenar. Terpaksa bekerja cuma kerana nak tampung kos hidup saya.
Benar sekali! Namun, lihat kembali keadaan Einstein. Adakah beliau menumpukan kerja beliau 24 jam? Cuma pada waktu lapang beliau kan? Sebenarnya, melakukan sesuatu yang anda suka (passionately) tidak bermakna anda perlu melakukannya pada sepanjang masa dalam satu hari tertentu. Itu tidak bermakna anda perlu berhenti kerja sekarang semata-mata untuk mula melakukan apa yang anda minat! Tidak!
Anda masih boleh melakukannya pada waktu terluang anda setiap hari. Ciptakan satu ruang masa supaya anda boleh mula melakukan apa yang anda minat! Dahulu, saya amat gemar bermain badminton! Betul! Walaupun keinginan saya berlatih badminton lebih tinggi dari keinginan untuk hadir ke kuliah, namun saya tidak tinggalkan kuliah saya. Saya hadiri kuliah dan lebih bersemangat kerana petang harinya, saya dapat ke court badminton! Saya luangkan juga masa untuk badminton kerana saya sukakannya. Tak kisah walaupun saya sibuk seharian. Malahan kadangkala, pada hari Sabtu saya bermain badminton dari jam 7 pagi hingga 11 pagi!
Tak percaya? Sahabat saya aini, boleh membuktikannya jika beliau baca entri ini
Peter C Newman is a bestselling author said : ‘ I’m a very hard worker. I’ve always worked for 2 jobs. I’ve written books from 4 in the morning, until 9 am and then had a regular job. ‘
Saya amat kagum dengan passion Peter C Newman. Kerana minat, beliau bekerja begitu hebat. Anda tidak semestinya berhenti kerja untuk buat apa yang anda suka. Anda Cuma perlu mengubah suai masa anda supaya anda ada masa khusus untuk apa yang anda suka lakukan. Dan anda pasti akan gembira. Setiap orang ada 24 jam. Use your precious time wisely!
Kehidupan saya semakin sibuk sekarang. Sesibuk mana pun saya bekerja dan belajar, saya tetap akan luangkan satu hari untuk saya dalam tempoh sebulan, untuk saya bersiar-siar seorangan. Terutamanya ke kedaai buku. Sebab? Saya suka lakukannya dan itu buat saya rasa puas.
Kadang-kadang saya laungkan lebih hari dlam sebulan untuk tujuan itu. Berjalan seorangan memang kegemaran saya. Itu pelik bagi masyarakat. Tapi tidak saya. Sebab? Mudah, saya suka lakukannya dan tiada apa yang salah berjalan berseorangan !
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

April 3rd, 2008 at 11:20 am
tahniah norakmal jasni, artikel yang menarik hari ini, saya ada baca buku 7 kaedah kejayaan dan ikut hati anda, persamaan dari penulisan buku tersebut saya dapati untuk buat apa yang kita suka sebenarnya kena tanya diri sendiri, soalan-soalan seperti apa bakat unik saya?, apakah akibat2 pilihan yang saya ambil ini?, dah dapat jawapan tentang akibat2, kemudian tanya soalan ini rasa gembira atau rasa gelisah, andai kata rasa gembira teruskan, andai kata rasa gelisah baik tinggalkan, apakah yang saya lakukan sekarang membahagiakan saya dan orang-orang yang berada disekeliling saya?, andai kata baca buku dan bersiar-siar itu membahagiakan, teruskan..!!! IKUT HATI ANDA…!!!, sebab ia ada kaitan dengan TENAGA…!!!, andai kata hidup kita sentiasa memberi kebahagiaan dan kejayaan kepada diri sendiri dan orang lain, kelimpahruahan itu pasti kembali kepada kita semula.
April 3rd, 2008 at 12:06 pm
ya
saya lebih enjoy bersiar-siar dengan beg sekolah dan buku serta botol air saya..
its represents freedom for me. 
Dik Mal’s last blog post..Bagaimana Pula Jika Anda Sedang Berada Di Dalam Zon AKU TERPAKSA?
April 3rd, 2008 at 6:47 pm
Betul kata Dik Mal.
Seseorang yang suka membela ikan tak perlu meletak jawatannya semata-mata untuk menjaga ikan peliharaannya.
Raymond Chua’s last blog post..The Law of Attraction for Mental Disorder People
April 3rd, 2008 at 7:22 pm
sangat benar Raymond!
Dik Mal’s last blog post..Bagaimana Pula Jika Anda Sedang Berada Di Dalam Zon AKU TERPAKSA?
April 3rd, 2008 at 10:06 pm
betul la kan..kita kena buat apa yg kita suka..dulu masa kecil bukan main susah nak jawab bila orang tanya hobi..sekarang baru akak temui dan pasti.Kadang-kadang tekanan boleh memberi ilham untuk hobi yang baru.Menarik dan indah sekali takdir Tuhan.
April 4th, 2008 at 11:23 am
hmm… betull..minat dan dorongan akan mendorong kita ke arah kejayaan..insyallah, aini akan tanam minat tuk jadi ckgu yg cemerlang…cita2, untuk menggapai cikgu pakar kimia di sekolah
hehe.. kesibukan membataskan hobi aini tuk bermain badminton..hm.. betul apa yang mal cakapkan.kerana terlalu minat badminton, beliau boleh luangkan masa selama 4jam di dewan serbaguna tuk bermain badminton!hehe..bila kita dapat luangkan masa bermain badminton lagi, mal??
April 4th, 2008 at 6:35 pm
Einin, bila nak main badminton lagi? Katakan saja tarikhnya..
hehehe.. rindu ni.. nk pegang raket…sob sob.. :p
4 jam..rekod2..walaupun kadang2 kene rebut court. haha
Dik Mal’s last blog post..Bila Anda Nampak Peluang, Apa Perlu Anda Buat?