Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Alhamdulillah, saya tak pula menyangka entri saya semalam dapat respon sebaik ini. Terima kasih kepada semua yang lontarkan pandangan. Baiklah hari ini saya sambung cerita semalam :)

Bagi saya, adalah amat berbaloi untuk saya melihat dan mengetahui pandangan pelbagai orang mengenai passion. Hendak pula, mereka itu adalah mereka yang telah terbukti berjaya, dan mereka adalah nama yang tidak asing pada zaman sekarang. Saya tidak nafikan, buku lain juga bagus. Tapi mungkin ada contoh-contoh mereka yang sudah di ulang tulis di dalam buku lain. Buku 8 To Be Great memberi kepuasan berbeza. :) Sebutkan saja namanya, Oprah, Bill Gates, Christina Aguilera, Lance Armstrong, Warren Buffett, J.K Rowling, Britney Spears, Oprah Winfrey dan macam-macam lagi. Saya pohon anda merenungkan perkara ini dari sudut yang positif.

Pada bab pertama buku 8 To Be Great, penulis menekankan mengenai Passion. Mana-mana sahaja jutawan, orang yang telah berjaya, pakar-pakar motivasi, pakar-pakar pembangunan diri menyatakan hal yang hampir sama. Untuk menceburi sesuatu yang anda minati. Perkara ini juga pernah saya tuliskan di sini. Pentingnya anda mengetahui apa minat anda sendiri. Anda mungkin meminati sesuatu yang berbeza dari kawan-kawan anda. Adakah ia satu kesalahan? Ia bukan kesalahan. Tetapi ramai orang tidak jujur dengan kehendak diri sendiri. Mereka suka akur pada tuntutan dan desakan sekeliling.

Semasa saya menulis entri ini saya tiba-tiba idea ini lintas dalam kepala. Mengenai apa yang anda minat. Dan apa yang orang lain minat. Semua orang tahu, khasiat Oat. Oat baik untuk kesihatan. Tapi saya tak minat oat. :D Jujur memang dalam real life, saya tak suka oat :D Saya lebih suka empingan jagung dari oat! Cubaan terakhir saya untuk telan oat, adalah pada bulan Januari lalu di mana saya berjaya habiskan 1/4 mangkuk je oat yang saya buat. :D Beza dengan emping jagung. Bagi bermangkuk-mangkuk pun saya layan je…. Sebab saya suka. Tapi oat? Tak mungkin. Saya tak suka. Walaupun mak saya, kawan baik saya, dan anda suka. Saya tetap nak emping jagung!

Its simple. Mudah saja. Jika anda buat perkara anda suka, apa pun anda sanggup tempuh. Saya sanggup tak sarapan kalau pilihan yang saya ada cuma oat :D Begitu juga kehidupan, jika anda dapat mengenal pasti passion anda. Anda akan sanggup redah apa saja dugaan, apa saja rintangan, apa saja cubaan mendatang tanpa rasa susah. Masalah cuma adalah satu benda yang mencabar anda. Itu saja. Berbeza apabila anda buat perkara yang anda tak suka. Alasan adalah kegemaran anda bila anda berdepan cabaran. Ada saja yang tak kena! Anda tak kisah untuk membiarkan diri anda gagal pada cabaran, kerana itu bukan apa yang anda suka. Dan jika anda melakukan sesuatu kerana terpaksa juga, anda cuma bertahan pada awalnya, semakin lama, anda semakin bosan dan give up.

Jadi apa yang menjadikan mereka yang berjaya ini benar-benar berjaya? Biar saya beritahu. Mudah saja. Mereka buat apa yang mereka suka. Yang mereka rasa puas lakukannya, dan bekerja untuk perkara itu adalah satu keseronokan. Mereka tak rasa terpaksa untuk buat. Mereka rela hati. Dan sanggup beri apa saja untuk dapatkannya. Jadi, jika anda belum tahu apa passion anda, cuba anda fikirkan dan cari.

Saya menanti 22 tahun untuk mencari passion saya. Anda bagaimana pula? Saksikan video di bawah, cuba fikirkan. Apa yang buat Hafiz Hashim begitu seronok tatkala menjuarai All England pada 2003? Tidakkah kerana beliau mencapai target beliau? Dan perasan tak anda, apa yang Hafiz Hashim lakukan bukan sekadar kerja, tetapi benda yang beliau minat. Sebab itu beliau tak berasa susah, penat atau bosan. Tetapi sentiasa bersemangat! :) Renungkan


Bina kejayaan anda hari ini juga! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner