Tue 1 Apr 2008
8 To Be Great
Posted by Norakmal Jasni under Buku Motivasi
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Hari ini pasti lebih baik dari hari semalam. Berbekalkan keyakinan dan kesungguhan itu, hari ini saya melangkah kelaur rumah dengan kepala yang sedikit berat. Alhamdulillah, banyak benda saya buat di luar hari ini! Memang menjadikan hari ini saya lebih baik berbanding semalam! Apa saja yang saya buat hari ini?
Pagi hari saya ke UTM, singgah ke perpustakaan sebentar buat kerja. Walaupun saya boleh buat kerja di rumah, kadangkala saya suka singgah ke UTM, menyuntik dan mengingatkan saya bahawa saya punya tanggungjawab sebagai pelajar. Sempat pulangkan buku dan pinjam buku baru. Tinggal lagi dua minggu kuliah, lepas tu saya akan mula bersiap-siap menghadapi peperiksaan final.
Kemudian saya ke Kinokinuya macam biasa. Sungguh saya tak menyangka hari ini saya akan habis baca satu buku dalam masa 3 jam di Kino! Tak pernah saya baca sepantas itu. Dan paling menarik, saya sempat catat nota hampir 2 helai A4. Dan bahan-bahan itu telah saya ubah suai kepada 10 entri yang saya karang siang tadi juga di sebalik hingar bingar KLCC. Ini cukup menarik untuk saya kisahkan. Kesronokan dan kepuasan mewarnai hari Selasa, 1 April 2008.
Buku apa yang saya baca? Buku berjudul 8 To Be Great tulisan Richard St John. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku ini di web ini.

Buku ni berharga lebih kurang rm 55 kalau saya tidak silap. Setebal 224 muka surat. Menjanjikan kepuasan untuk anda. Saya jamin
Jadi apa yang menariknya mengenai buku ini? Buku ini membincangkan mengenai 8 sifat (trait) yang akan membawa anda kepada kejayaan. Menariknya sifat-sifat ini di guna pakai oleh kebanyakan super achievers di dunia. Saya memang terpaut pada buku ini dan di sebabkan itu saya rela duduk membaca di Kino hampir 3 jam lamanya. Dan 8 sifat yang di maksudkan ialah :

Saya paling terhibur membaca setiap sifat yang di kemukakan dalam buku ini. Malahan, jika ia di ubah kepada bentuk filem seperti The Secret dengan mengumpulkan nama-nama besar yang penulis temuramah dalam buku ini, sah ia akan jadi hit
Sangat best! Terutamanya bahagian passion, work, push dan serve. Saya sendiri tersenyum bila mengenangkan passion saya. Malahan, kalau tak kerana minat membaca perkara berkaitan kejayaan dan pembangunan diri, tak mungkin saya sanggup duduk di lantai Kino
InsyaALLAH mulai esok, saya akan taip semula artikel-artikel yang saya sudah tulis sepanjang petang di sekitar KLCC
Jumpa lagi esoK!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!
12 Respon to “ 8 To Be Great ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from Matahati For Your Pleasure : Blog Personal Norakmal Jasni
April 1st, 2008 at 9:05 pm[...] : Saya baru update blog Motivasi Kejayaan. Cerita kembara solo saya hari ini. Jom baca ! Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover [...]

April 1st, 2008 at 8:36 pm
wah..lamenye kamu dok atas lantai…bagoslah kamu smpi abes 1 buku….kagum…tadi aku pon singgah mph…sempat bace sket je..buku nk tingkatkan komunikasi,yela byk intewiew yg kene hadir
then tepakse tinggalkan mph sbb ade apoiment :p ops..dh mcm nk tls blog aku lak..ape pon mal,caiyok2!!
April 1st, 2008 at 8:38 pm
haha… reveal la ur blog..
pls2.. appointment? ooo
tkde la atas lantai 3 jam.. kejap2 atas kusi.. kejap2 lantai. kejap2 mane2 bole la.. kang marah lak org Kino tu.. 
April 1st, 2008 at 9:43 pm
Daripada Review Dik Mal, buku tu nampak best lah.
Baiklah, saya akan tunggukan perkongsian lanjut daripada Dik Mal.
Raymond Chua’s last blog post..T Harv Eker Helped Me With My Financial Blueprint
April 1st, 2008 at 9:46 pm
Ya. yang seronoknya… sebab saya dapat baca pendapat super achievers.. dari banyak jenis orang dan kerjaya mereka… ada saintis, ada artis, ada penulis, ada bussiness person.. maknanya from diefferent views of life… yg menarik, traits nya sama.. walaupun datang dari latar kerjaya yang berbeza
April 1st, 2008 at 9:49 pm
Lupa cerita. menurut penulisnya beliau ambil masa 10 tahun untuk lengkapkan kajian beliau ini. means temuramah ramai orang untuk hasilkan buku ini. cara penyampaian teks seperti the secret. main point, dan ulasan dari pelbagai super achievers
April 1st, 2008 at 9:58 pm
tengok sini untuk senarai mereka yang penulis temuramah dalam buku ni http://www.richardstjohn.com/content/about/whosinit.html
April 2nd, 2008 at 7:54 am
wow..hebatnya dikmal…seronok kan bila dapat baca buku yang best..akak pun malam tadi habiskan baca buku ‘aku tak nak miskin’-Chef Li..lebih kurang pukul 12 mlm tamat..pastu sambung pulak buku beliau ‘Jutawan senyap’..tu pun diselangseli ngan layan anak2 dan kejap2 jahit manik..yg syoknya siap jahit manik kat baju kul 2.30 pagi…KEPUASAN tu hanya kita yg rasa dan seronoknya lagi pagi2 anak sulung tengok baju yg dijahit manik tu spontan cakap..eee cantiknya…opps panjang la pulok..maaf ye dikmal..nak update blog sendiri tak sempat je..
bibi’s last blog post..Astaka Minda - Penulis dan Blog: Trend Masa Kini
April 2nd, 2008 at 9:53 am
hmm.. satu buku yang penuh dgn maklumat .harap akan di review secepat mungkin . tak sabar nak tau apa isi penting yang boleh dipelajari
April 2nd, 2008 at 12:19 pm
tahniah norakmal jasni, teruskan usaha anda, saya percaya dengan ilmu di dada, jalan kejayaan dan kekayaan sudah terbentang didepan mata anda sekarang.
April 2nd, 2008 at 1:07 pm
InsyaALLAH, lanjut saya akan tulis dalam entri-entri sebelumnya… saya satisfied dengan info dalam buku ini..
IBM. terima kasih..semoga seperti yang anda coretkan, saya berdoa saya sentiasa di letakkan di trek yang betul.. amin
July 12th, 2008 at 12:58 pm
Buku berjudul 8 To Be Great tulisan Richard St John, adalah buku bagus Thank’s atar rujukan and anjurannya. salam kejayaan. harun dethan/motivator from Indonesia http://harundethan.blogspot.com
harun dethan/motivator’s last blog post..10 motivasi by.harun dethan.