Archive for March, 2008

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog. Syukur Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi, akhirnya hari ini tiba juga. Hari yang saya gelar, Bermulanya Kanvas Kehidupan Yang lebih Gemilang.

Hari ini, saya telah berjaya mengumpul kekuatan di dalam diri saya. Alhamdulillah, dengan ini dengan gembiranya saya nak berkongsi dengan anda bahawa, kini cuti saya sudah berakhir! Ingat lagi saya katakan, saya bercuti? Kini seronok dan sangat gembira ingin saya nyatakan sudah tamat segala cuti yang bermula sejak sebulan yang lalu.

Sebulan ini banyak benda telah saya pelajari, dari sudut IQ, SQ dan EQ saya sendiri. Apakah itu? Tak dapat saya nak ceritakan kesemuanya, namun saya akan selitkan di dalam penulisan demi penulisan selepas ini, insyaALLAH. Saya teramat gembira kerana sebenarnya, saya telah mengharungi detik-detik kepayahan bagi diri saya. Dan kini, semuanya berakhir dengan kesenangan. Maksud saya, tiada air mata mengiringi pengakhiran dugaan-dugaan ini. Semuanya saya terima dan lalui dengan hati yang lapang dan redha. Kerana saya sentiasa tahu, perancangan ALLAH adalah yang paling baik untuk saya. Dan saya pasti, dugaan yang turun itu ada sebabnya, ada hikmahnya. Alhamdulillah, ada satu hikmahnya yang telah saya fahami. Namun, saya menyimpannya sendiri. Hanya ALLAH SWT yang tahu apa maksudku..

Sebulan yang lalu juga banyak mengubah diri saya. Secara fizikalnya mungkin kelihatan sama, namun saya benar-benar pasti ada bahagian dalam saya yang semakin pulih. Pulih? Adakah Dik Mal berpenyakit? Ya, tapi bukan sakit yang perlu saya rujuk ke hospital. Mungkin adalah sejenis penyakit berkaitan dengan cara saya berfikir dan menghadapi kehidupan. Bahagian dalaman saya semakin pulih, walaupun dalam sebulan ini juga, ia dilukai dan dilukai dengan dugaan dan hasutan-hasutan, namun saya bersyukur kerana sentiasa diberi kesempatan untuk mengawal diri saya sendiri. Dan saya amat gembira kerana, sebulan ini adalan satu injakan yang sangat berharga sepanjang kehidupan saya selama 22 tahun.

Siapa pernah menyangka dengan siapa saya akan bertemu, apa yang akan saya lihat dari kehidupan saya, kehidupan orang lain, dan apa pelajaran yang ingin di sampaikan ALLAH kepada saya. Amat bermakna sekali. Saya juga amat gembira kerana di duga sebegini rupa, kerana akhirnya saya mempelajari perkara baru. Dan ia amat bermakna sekali untuk saya .

Saya masih ingat pernah di tanya seseorang mengenai kehidupan, melalui YM. Mungkin kerana gaya bahasa beliau yang agak tinggi untuk saya, buat saya tak faham apa pertanyaan beliau. Jenuh saya memikirkan soalan itu mencari jawapannya, dan alhamdulillah, jawapan saya perolehi kini. Namun, buat masa ini, saya menyimpannya sendirian. InsyaALLAH kelak tiba masanya, akan saya kongsikan bersama.

Sebulan ini juga saya lalui bertahun lamanya. Hari-hari saya penuh dengan perubahan monsun :D Ada monsun timur laut, barat daya, ada riibut taufan, dan hujanan. Ada juga hari panas terik dan mendung berterusan. Alhamdulillah, kini ibarat sudah penghujung musim, tiba lah kini musim bunga :) Musim saya tersenyum gembira.

Ramai yang bertanya apa yang jadi? Masalah pelajarankah? Sakitkah? Masalah keluarga? Peribadi? Bisnes? Masalah kewangan? Apa yang saya mampu katakan? Ia bukanlah masalah. Ia dugaan yang memberi pelajaran. Dan saya, cuma menerimanya seperti kebiasaan saya, tetapi kali ini penuh menghayatinya. Kini, saya mampu senyum lebih baik berbanding sebulan yang lalu. Sebulan ini juga, saya banyakkan berbicara dengan kawan-kawan di YM. Tak saya nafikan, ramai yang merasakan Dik Mal biasa saja. Itu kerana saya sendiri tidak membataskan diri saya untuk diam membatu sepanjang cuti :D Kerana, seperti ramai tahu, saya gemar bercakap. Tapi, cuma apabila saya rasa mahu bercakap, dan saya selesa untuk bercakap :D

Sebulan yang lalu ini juga membawa saya lebih mendekati SQ dan EQ saya. Alhamdulillah, semakin banyak yang saya fahami kerana menempuhi ia sendiri. Ada sesetengah perkara yang tak mampu saya kongsikan setiap masa, cuma mampu saya luahkan pada ketika individu tertentu sahaja. Kerana saya juga manusia biasa, memerlukan dokongan dalam mengahadapi kehidupan.

Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca, abang-abang, kakak-kakak yang banyak memberi galakan, bertanya khabar, berutus email. Semua itu amat manis untuk saya kenangkan. Memang benar, ia amat manis! Terima kasih khusus untuk Abg Azhar, Kak Linn, Raymond, Abg Shueq, Sheeda, Aini, Bee, As dan ramai lagi yang tak sempat nak saya coretkan untuk perhatian semua. Juga, terima kasih akhirnya kepada Afiqme untuk perkataan fast healer beliau, buat saya pikir lebih jauh. Terima kasih kepada semua, dan syukur ke hadrat Illahi.

Banyak kata yang tak mampu nak di coretkan menjadi barisan ayat :D Cukup kata GEMBIRA dan CERIA menggantikan seluruh perasaan saya. Dengan ini, saya akhiri entri ini dengan penuh rasa kesyukuran. Alhamdulillah. :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Semalam, saya berkesempatan untuk menonton filem Ayat Ayat Cinta di YouTube.Com. Filem ini di angkat dari sebuah Novel bertajuk Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Ramai orang sudah berpeluang membaca novel itu. Saya belum :D InsyaALLAH esok.

Sebenarnya sepanjang filem itu, memang kisah cinta sesama manusia nya itu menggamit perasaan. Tapi, sebenarnya, ada perkara tertentu yang telah benar-benar masuk ke dalam hati saya. Dan saya ingin berkongsikan kisahnya dengan anda. Sesungguhnya memang sudah lama saya dengar kisah Zulaikha. Namun ada sesuatu yang lebih menyentuh hati ini :) Dan saya sertakan bahagian filem itu di sini untuk di hayati semua.Bermula dari minit ke 4:40 ya!


Say petik, bait-bait paling bermakna bagi saya di dalam filem ini. Lupakan kisah cinta di dalam cerita ini. Renungkan bahagian ini. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

‘Ingat lagi siapa dirimu. Apa yang kau telah lakukan selama ini. Tidakkah kau sombong Fahri? Kau merasa paling benar, kau merasa paling suci.’

‘Yusuf tahu ALLAH sedang berbicara padanya. Kamu mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?Kata Yusuf : Ya ALLAH jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta!’

‘ALLAH sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas’

‘Sabar dan Ikhlas’

Air mata memang tidak terbendung apabila habis dialog ini saya dengari. Sungguh ia menusuk hati. Sedangkan kita selalu lupa, setiap dugaan yang turun itu pastinya berhikmah. Sedarkah manusia?

Lihatlah, kasih sayang ALLAH kepada hambanya. Dan hamba itu sering lupa dan tidak bersyukur. Ada juga yang bersyukur di mulut kerana itu pakaiannya. Namun hatinya tidak pernah bersyukur. Lihatlah apabila anda bangun pagi tadi. Udara yang anda sedut, matahari yang menyinar, maka mengapa anda masih tidak bersyukur. Layakkah anda menerima sesuatu yang anda pinta, jika anda tidak pernah mengenal erti syukur? Syukur ALhamdulillah, atas semua yang aku milikki hari ini.

Sekian entri pendek hari ini. Saya mula merasakan cuti saya bakal berakhir tak lama lagi :D Sekarang pun sudah mulai bekerja. Perlahan-lahan, menyalakan obor ku kembali :) Salam hujung minggu!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Entri kali ini ringkas. Tak tahu nak tulis apa. Tapi sebenarnya saya nak kongsikan nasyid yang satu ini. Pertama kali saya layan lagu ini, tahun 2004. Memang sayu mendengarnya. Biasanya saya dengar sambil-sambil saya stay up malam2 kat matrik. Itu la sebabnya bilik saya mengumpul paling banyak bateri AA sebab nak guna malam-malam sambil dengar kaset. Cubalah, dengarkan lagu ini di balik hening malam… Tatkala anda lihat orang lain tidur, malam terang… angin sepoi bahasa.. dengarkan.. nescaya sekeping hati anda akan begetar. Dan kalau anda mendengarkan bait-baitnya, pastinya anda rasa sesuautu.. tak percaya? Cubalah :) Saya sertakan liriknya sekali ya!Ini antara nasyid yang paling menyentuh hati saya. Ada lagi satu, lain kali share :DSekian update. Saya masih bercuti. Cuti-cuti Malaysia………….. :)

p/s : Aini ingat lagi tak kita dulu-dulu suka kaset ni :D mesti aini baca ni kan :D hehe.. :) [AIni adalah sahabat saya masa matrik dulu :)]


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner