Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Malam ini, pemikiran saya serasa lebih berat berbanding biasa. Tetapi tidak mengapa. Saya sudah memilih untuk mendahulukan teman-teman. Selain itu, ia cuma masalah picisan diri saya sendiri. Malam ini, saya rasa agak berat. Kerana bermain dengan pelbagai perasaan yang datang di sebalik setiap teman yang berborak dengan saya sepanjang malam ini :) Memang agak berat. Rasa macam nak demam pun ada! Dah jauh saya describe perkara ini. Tentu cukup untuk anda bayangkannya.

Baiklah, dalam semua borak malam ini, saya cantumkannya di dalam entri ini. Dan saya pilih tajuk, Bolehkah Anda Mencapai Kesempurnaan? Bolehkah? Kesempurnaan seperti apa? Banyak aspek. Kerana semua permasalahan yang saya bincangkan hari ini juga meliputi banyak sekali aspek.

Kesempurnaan sebagai seorang teman, kesempurnaan sebagai seorang sahabat, kesempurnaan sebagai seorang muslim dan muslimah, kesempurnaan sebagai seorang pelajar, kesempurnaan sebagai seorang manusia. Bermacam-macam.

Bagi saya, siapa pun anda, anda berhak untuk menjadi lebih baik. Malahan anda sepatutnya memastikan hari ini untuk anda adalah sentiasa lebih baik daripada semalam. Soalnya adakah anda boleh mencapai kesempurnaan itu? Jawapan saya tidak boleh. Kerana, anda adalah manusia biasa dan anda ada emosi. Emosi adalah keperluan manusia. Namun! Anda boleh menghampiri kesempurnaan.

Bagaimana pula? Mudah saja. Jadilah kawan yang baik, sahabat yang memahami, muslim dan muslimah yang lebih baik setiap ketikanya, pelajar yang akur pada tugasnya dan pelajarannya, dan manusia yang lebih baik daripada apa adanya. Ringankan hati anda untuk memberi, berkongsi, memahami dan menghulurkan tangan pada yang memerlukan.

Jangan pula anda undahg pertelingkahan, pergaduhan, ketidaksefahaman. Carilah keindahan di sebalik kesemua yang menghampiri anda. Pasti anda akan terlihat manisnya kehidupan.

Mungkin bagi sesetengah orang, sukar sedikit untuk memahami entri ini. Namun kepada semua yang ada ber-YM dengan saya malam ini, pasti anda dapat sedikit manfaat, bergantung kepada permasalahan anda masing-masing. Kepada sahabat-sahabatku, teguhkan hatimu. Niat yang baik, insyaALLAH di permudahkan urusanmu.

Selamat Malam!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner