Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Saya ingin update blog hari ini. Tapi saya tak tahu apa nak tulis .Mungkin sebab minda saya tertumpu pada test matematik saya yang akan saya ambil esok. Saya amat meminati matematik dan tak sabar nak tunggu esok. Rasa eager dalam diri saya pada subjek Matematik menyebabkan saya sanggup duduk membaca buku Matematik, yang tak sanggup di lakukan oleh orang lain. Kata orang, buku Matematik bukan untuk di baca. Tapi sebenarnya, bagi saya jika anda baca buku Matematik, Matematik akan jadi lagi mudah :D

Belajar Matematik mendedahkan saya pada kebolehan hidup yang lain. Antara yang saya paling perasan adalah sikap diri sendiri yang laju macam ketika saya mengira jawapan soalan Matematik :D Kenapa? Saya cakap laju, taip laju, makan laju, berjalan laju, semuanya laju. Saya suka membayangkan otak saya seperti kalkulator yang sudah di set kan formula. Cuma perlu masukkan data, dan jawapannya keluar. Jawapan tepat pula tu! Saya suka, rasa sangat energetic dan kemas serta tersusun

Itu cuma sedikit mengenai diri saya. Apa yang lebih ingin saya kongsikan ialah………………bila anda nak buat sesuatu, pastikan anda meminati perkara itu barulah anda akan melakukannya sepenuh dan sesungguh hati. Contohnya? Jika anda nak mulakan perniagaan, pilihlah perkara yang anda minat dan ada ilmu. Jika anda nak pilih course untuk program Ijazah anda, pilihlah sesuatu yang anda minat bukan apa yang orang di keliling anda minat. Mengetahui apa yang anda minat juga adalah penting. Kerana rata-rata orang minat benda yang di minati masyarakat, tapi sebenarnya itu bukanlah apa yang mereka paling minat :)

Kedua, setelah anda mengenal minat, berusaha untuk meraih minat anda. Usaha! Saya sanggup baca buku Matematik sebab saya minat. Bila saya rasa perlu, saya akan baca dari mula, berbanding terus lihat contoh. Mudah bagi saya, jika tiada konsep dan kefahaman, maka tiada penyelesaian. Jadi jika anda minat membuka kedai kek, sanggup tak anda nak belajar selok belok perkara untuk membuka kedai kek? Mengupah pekerja? Bancuh kek setiap hari? Melalui zaman-zaman ekonomi meleset? Kek tak habis? Tiada sambutan? Sanggupkah anda terus berusaha? Cuma untuk meraih sebuah kedai kek yang gemilang? Fikirkan.

Ketiga, untuk meraih impian anda. Pelajari sesuatu yang baru setiap hari. INi sangat penting! Mempelajari sesuatu yang baru setiap hari, walaupun kecil akan sentiasa menjadikan minda anda sentiasa menerima kemasukan input baru :) Cuba pelajari sesuatu yang berkaitan dengan impian anda setiap hari. Jika anda minat menjahit, belajarlah mengenal alat-alat jahitan hari ini :) Berguna bukan? Tahukah anda, millionair dan billionaire di dunia ini, sentiasa mempelajari sesuautu yang baru setiap hari walaupun kecil. Adakah anda pun begitu? Dan satu fakta menarik yang saya suka kongsikan ialah, Donald Trump sendiritidur hanya 4 jam sehari ( mengikut apa yang saya baca di dalam buku beliau ) bermula 1pagi sehingga 5pagi dan mula membaca akhbar pada jam 5pagi. Soalannya, berapa jam anda tidur :D Trump sentiasa mempelajari sesuatu yang baru setiap hari dan sentiasa up-to-date dengan isu-isu semasa. Mungkin itu sebabnya beliau baca akhbar pada jam 5. Tujuannya? Untuk stay on the top :) Jadi jika anda ingin stay on the top ( pada bidang anda masing-masing ) , cubalah pelajari sesuatu yang baru. Dan sentiasa baca akhbar hari-hari :D Barulah anda on-the-top!

Ops! Ingatkan tak mahu menulis. Tapi siap pun satu entri. Semoga bermanfaat. Saya nak sambung ulangkaji untuk test esok. Doakan supaya saya tenang dan menjawab test dengan jayanya! Saya cuma mahu markah penuh esok :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki. Sedar atau tidak, kerana blok keyakinan yang anda gunakan bertahun, maka anda salah dalam tindakan. Namun, anda boleh perbaiki rezeki anda, dengan mengubah sesuautu. Mahu tahu apa ia? Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner