Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Lihat gambar di bawah ini. Ya, itu bukan adik saya. CUma sekeping gambar yang saya ambil dari Google.Com :D

senyum

Hari ini saya ingin menulis tentang senyuman. Dan kerana itu anda melihat gambar ini pada hari ini. Kemungkinan minggu ini sangat menyakitkan untuk anda. Anda stress, kerja banyak, kena OT, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah cinta, masalah tempat kerja, peperiksaan yang makin dekat mahupun assignment yang belum siap. Banyaknya masalah!

Dan hari ini juga, saya tak mahu cerita bagaimana nak selesaikan masalah anda atau beri tips menyelesaikan masalah. Saya lebih nak tumpukan kepada, bagaimana anda, sebenarnya, boleh terus tersenyum walaupun anda melalui minggu yang SAKIT!

Lihat gambar di atas, gambar seorang budak lelaki tersenyum. Agak-agak anda, kenapa dia tersenyum? Mungkin ada sesuatu yang lucu kan? Mungkin……………Mungkin juga anda fikir saya nak kata, cari sesuatu yang lucu untuk alihkan fokus anda supaya anda dapat menarik aura gembira kepada anda. Itu pun anda boleh buat, namun saya ada cadangan lain yang lebih berkesan!

Cuba anda bangun dari tempat anda duduk sekarang, dan alih ke satu tempat yang paling anda rasa selesa (best) yang ada paling dekat dengan anda. Mungkin jendela rumah, depan TV, tepi katil, atau di tepi taman bunga anda. Mana-mana saja asalkan anda selesa. Sekarang, saya pinta anda duduk. Cuba bayangkan suasana yang anda tempuh sejak pagi tadi.

Ops! Mungkin ada yang sudah beranggapan, Dik Mal nak beritahu anda supaya fikir apa yang anda buat sejak pagi tadi yang telah menyebabkan anda sentiasa menarik perkara negatif kepada anda. Tidak sama sekali. Sebenarnya saya ingin anda………

………. fikirkan beberapa perkara yang anda terlepas pandang pagi tadi. Ketika anda bangun dan membuka jendela di bilik tidur anda, sedarkah anda ada matahari sedang mula memancarkan cahayanya ke seluruh alam dan anda tersenyum. Mungkin anda kurang perasan, selepas anda bersarapan pagi tadi, anda bersiap sedia memakai kasut di bangku, dan anda ternampak taman, lantas anda pergi ke taman bunga anda dan menghirup udara yang segar. Anda nampak bunga-bunga yang indah lalu anda senyum. Anda mula memandu kereta melewati kawasan sekolah, anda lihat anak-anak bersalaman dengan ibu bapa sebelum ke sekolah. Si ibu mencium pipi anaknya dan di balas pula. Petang hari ini, ketika anda pergi bersenam, anda nampak seorang perempuan tua sedang berjalan-jalan di temani anaknya dengan penuh kasih sayang. Dan malam ini, anda terlihat ada bulan yang indah menghiasi malam gelita lantas sekali lagi anda tersenyum.

Adakah anda lupa, betapa indahnya alam ini sehingga anda tersenyum tanpa di suruh. Senyum di dalam situasi yang saya maksudkan adalah kesyukuran. Rasa syukur, takjub, gembira kerana berdepanan dengan segala kejadian yang indah ini.

Rasa syukur anda (gratitude) akan membawa anda menghampiri banyak aura positif, seterusnya minda anda akan merasakan, bahawa, setiap hari adalah indah. Dan semua masalah itu cuma picisan sahaja. Hanya ibarat soalan matematik yang perlukan penyelesaian. Once it solved, then its over :)

Jadi saya mengharapkan anda supaya lebih kerap merenungkan betapa indahnya alam ini, dan betapa kompleksnya ciptaan ALLAH di dunia ini, apalah sangat masalah kita yang kita rasakan kompleks? Pasti ada penyelesaiannya bukan? :) Salam kejayaan untuk anda semua!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.


Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner