Tue 25 Mar 2008
Bermulanya Kanvas Kehidupan Yang Lebih Gemilang
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog. Syukur Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi, akhirnya hari ini tiba juga. Hari yang saya gelar, Bermulanya Kanvas Kehidupan Yang lebih Gemilang.
Hari ini, saya telah berjaya mengumpul kekuatan di dalam diri saya. Alhamdulillah, dengan ini dengan gembiranya saya nak berkongsi dengan anda bahawa, kini cuti saya sudah berakhir! Ingat lagi saya katakan, saya bercuti? Kini seronok dan sangat gembira ingin saya nyatakan sudah tamat segala cuti yang bermula sejak sebulan yang lalu.
Sebulan ini banyak benda telah saya pelajari, dari sudut IQ, SQ dan EQ saya sendiri. Apakah itu? Tak dapat saya nak ceritakan kesemuanya, namun saya akan selitkan di dalam penulisan demi penulisan selepas ini, insyaALLAH. Saya teramat gembira kerana sebenarnya, saya telah mengharungi detik-detik kepayahan bagi diri saya. Dan kini, semuanya berakhir dengan kesenangan. Maksud saya, tiada air mata mengiringi pengakhiran dugaan-dugaan ini. Semuanya saya terima dan lalui dengan hati yang lapang dan redha. Kerana saya sentiasa tahu, perancangan ALLAH adalah yang paling baik untuk saya. Dan saya pasti, dugaan yang turun itu ada sebabnya, ada hikmahnya. Alhamdulillah, ada satu hikmahnya yang telah saya fahami. Namun, saya menyimpannya sendiri. Hanya ALLAH SWT yang tahu apa maksudku..
Sebulan yang lalu juga banyak mengubah diri saya. Secara fizikalnya mungkin kelihatan sama, namun saya benar-benar pasti ada bahagian dalam saya yang semakin pulih. Pulih? Adakah Dik Mal berpenyakit? Ya, tapi bukan sakit yang perlu saya rujuk ke hospital. Mungkin adalah sejenis penyakit berkaitan dengan cara saya berfikir dan menghadapi kehidupan. Bahagian dalaman saya semakin pulih, walaupun dalam sebulan ini juga, ia dilukai dan dilukai dengan dugaan dan hasutan-hasutan, namun saya bersyukur kerana sentiasa diberi kesempatan untuk mengawal diri saya sendiri. Dan saya amat gembira kerana, sebulan ini adalan satu injakan yang sangat berharga sepanjang kehidupan saya selama 22 tahun.
Siapa pernah menyangka dengan siapa saya akan bertemu, apa yang akan saya lihat dari kehidupan saya, kehidupan orang lain, dan apa pelajaran yang ingin di sampaikan ALLAH kepada saya. Amat bermakna sekali. Saya juga amat gembira kerana di duga sebegini rupa, kerana akhirnya saya mempelajari perkara baru. Dan ia amat bermakna sekali untuk saya .
Saya masih ingat pernah di tanya seseorang mengenai kehidupan, melalui YM. Mungkin kerana gaya bahasa beliau yang agak tinggi untuk saya, buat saya tak faham apa pertanyaan beliau. Jenuh saya memikirkan soalan itu mencari jawapannya, dan alhamdulillah, jawapan saya perolehi kini. Namun, buat masa ini, saya menyimpannya sendirian. InsyaALLAH kelak tiba masanya, akan saya kongsikan bersama.
Sebulan ini juga saya lalui bertahun lamanya. Hari-hari saya penuh dengan perubahan monsun
Ada monsun timur laut, barat daya, ada riibut taufan, dan hujanan. Ada juga hari panas terik dan mendung berterusan. Alhamdulillah, kini ibarat sudah penghujung musim, tiba lah kini musim bunga
Musim saya tersenyum gembira.
Ramai yang bertanya apa yang jadi? Masalah pelajarankah? Sakitkah? Masalah keluarga? Peribadi? Bisnes? Masalah kewangan? Apa yang saya mampu katakan? Ia bukanlah masalah. Ia dugaan yang memberi pelajaran. Dan saya, cuma menerimanya seperti kebiasaan saya, tetapi kali ini penuh menghayatinya. Kini, saya mampu senyum lebih baik berbanding sebulan yang lalu. Sebulan ini juga, saya banyakkan berbicara dengan kawan-kawan di YM. Tak saya nafikan, ramai yang merasakan Dik Mal biasa saja. Itu kerana saya sendiri tidak membataskan diri saya untuk diam membatu sepanjang cuti
Kerana, seperti ramai tahu, saya gemar bercakap. Tapi, cuma apabila saya rasa mahu bercakap, dan saya selesa untuk bercakap
Sebulan yang lalu ini juga membawa saya lebih mendekati SQ dan EQ saya. Alhamdulillah, semakin banyak yang saya fahami kerana menempuhi ia sendiri. Ada sesetengah perkara yang tak mampu saya kongsikan setiap masa, cuma mampu saya luahkan pada ketika individu tertentu sahaja. Kerana saya juga manusia biasa, memerlukan dokongan dalam mengahadapi kehidupan.
Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca, abang-abang, kakak-kakak yang banyak memberi galakan, bertanya khabar, berutus email. Semua itu amat manis untuk saya kenangkan. Memang benar, ia amat manis! Terima kasih khusus untuk Abg Azhar, Kak Linn, Raymond, Abg Shueq, Sheeda, Aini, Bee, As dan ramai lagi yang tak sempat nak saya coretkan untuk perhatian semua. Juga, terima kasih akhirnya kepada Afiqme untuk perkataan fast healer beliau, buat saya pikir lebih jauh. Terima kasih kepada semua, dan syukur ke hadrat Illahi.
Banyak kata yang tak mampu nak di coretkan menjadi barisan ayat
Cukup kata GEMBIRA dan CERIA menggantikan seluruh perasaan saya. Dengan ini, saya akhiri entri ini dengan penuh rasa kesyukuran. Alhamdulillah.
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

March 25th, 2008 at 9:49 pm
Selamat kembali, Dik Mal.
Daripada penulisan Dik Mal, dapat saya rasakan susatu gelombang yang ceria.
Semoga Dik Mal dikelilingi hari yang penuh dengan kegembiraan dan dilimpahi rahmat.
Raymond Chua’s last blog post..Is Your Dream Trying to Tell You Something
March 25th, 2008 at 11:15 pm
Pastinya cuti Dik Mal penuh dengan muhasabah diri yang memberikan banyak ilham untuk memulakan kehidupan baru…selamat kembali.
azrin’s last blog post..20 PETUA MURAH REZEKI
March 26th, 2008 at 6:53 am
wah.. bagus2 .. huhu.. benda yng baik tu janganla simpan lame2 yee.. kongsilah bersama-sama.. hehe!
March 26th, 2008 at 7:45 am
akak setia menanti entri baru dikmal..pagi ni Alhamdulillah dah musim bunga..heee. Teruskan perjuangan dikmal..
bibi’s last blog post..Astaka Minda - Penulis dan Blog: Trend Masa Kini
March 26th, 2008 at 8:44 am
Ya, yang paling penting, pastinya sekarang ini dah membuak-buak semangat kembali bekerja. No doubt. I love writing. Menulis mendatangkan kepuasan. Melalui penulisanlah saya menterjemahkan alam.
Dik Mal’s last blog post..Bermulanya Kanvas Kehidupan Yang Lebih Gemilang
March 26th, 2008 at 12:01 pm
Alhamdulillah syukur nikmat kepada allah yang memberi rahmat, setiap kejadian ada maksud yang tersembunyi, berguru dengan allah, pasti ada jawapannya. selagi allah berada hampir dengan kita, selagi itulah dia akan menunjukan dirinya untuk dikenali, pengasih dan penyayangnya sehinggakan kehampiran dengannya menjadikan jiwa kita semakin tenang.
JIWA ITU LAKSANA CERMIN.
March 26th, 2008 at 2:25 pm
saya baru sahaja kehilangan orang tua… lepas baca artikel Dik Mal ini.. rasanya,ceria semula. TQ.
March 26th, 2008 at 3:46 pm
Benar Mizan, ketenangan itu pula, paling indah di antara semua di depan mata.
Salihin, takziah dari Dik Mal…semoga Salihin terus tabah..insyaALLAH mereka berada di kalangan yang di cucuri rahmat..
March 26th, 2008 at 8:43 pm
Alhamdulillah…cik mal is back..
kumb@ng’s last blog post..Ketuanan Melayu vs Islam