Fri 14 Mar 2008
Ayat Ayat Cinta
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Semalam, saya berkesempatan untuk menonton filem Ayat Ayat Cinta di YouTube.Com. Filem ini di angkat dari sebuah Novel bertajuk Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Ramai orang sudah berpeluang membaca novel itu. Saya belum
InsyaALLAH esok.

Sebenarnya sepanjang filem itu, memang kisah cinta sesama manusia nya itu menggamit perasaan. Tapi, sebenarnya, ada perkara tertentu yang telah benar-benar masuk ke dalam hati saya. Dan saya ingin berkongsikan kisahnya dengan anda. Sesungguhnya memang sudah lama saya dengar kisah Zulaikha. Namun ada sesuatu yang lebih menyentuh hati ini
Dan saya sertakan bahagian filem itu di sini untuk di hayati semua.Bermula dari minit ke 4:40 ya!
Say petik, bait-bait paling bermakna bagi saya di dalam filem ini. Lupakan kisah cinta di dalam cerita ini. Renungkan bahagian ini. Semoga ia bermanfaat kepada semua.
‘Ingat lagi siapa dirimu. Apa yang kau telah lakukan selama ini. Tidakkah kau sombong Fahri? Kau merasa paling benar, kau merasa paling suci.’
‘Yusuf tahu ALLAH sedang berbicara padanya. Kamu mahu tahu apa yang dikatakan Yusuf?Kata Yusuf : Ya ALLAH jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta!’
‘ALLAH sedang berbicara kepadamu tentang sabar dan ikhlas’
‘Sabar dan Ikhlas’
Air mata memang tidak terbendung apabila habis dialog ini saya dengari. Sungguh ia menusuk hati. Sedangkan kita selalu lupa, setiap dugaan yang turun itu pastinya berhikmah. Sedarkah manusia?
Lihatlah, kasih sayang ALLAH kepada hambanya. Dan hamba itu sering lupa dan tidak bersyukur. Ada juga yang bersyukur di mulut kerana itu pakaiannya. Namun hatinya tidak pernah bersyukur. Lihatlah apabila anda bangun pagi tadi. Udara yang anda sedut, matahari yang menyinar, maka mengapa anda masih tidak bersyukur. Layakkah anda menerima sesuatu yang anda pinta, jika anda tidak pernah mengenal erti syukur? Syukur ALhamdulillah, atas semua yang aku milikki hari ini.
Sekian entri pendek hari ini. Saya mula merasakan cuti saya bakal berakhir tak lama lagi
Sekarang pun sudah mulai bekerja. Perlahan-lahan, menyalakan obor ku kembali
Salam hujung minggu!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

March 14th, 2008 at 4:57 pm
ehh.. boleh pulak tgk movie kat youtube ehh.. huhu
March 14th, 2008 at 5:10 pm
hehehe…boleh..
kawan kat Aussie bagitau, jadi Mal pun cepat2 la g tengok 
March 15th, 2008 at 7:32 am
Macam menarik je cerita ni, haha..
March 15th, 2008 at 8:25 am
Memang pun, tapi filem nya belum sampai sini… novelnya aja yang sampai..
Dik Mal’s last blog post..Lihat . Pelajari . Komen . 9 Video Semuanya
March 16th, 2008 at 12:02 am
Memang seronok apabila kita dapat motivasi dari movie. Suka tengok motivational movie, try tengok Freedom Writer..movie ni buat kita sedih dan cukup bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Korang trylah…
azrin’s last blog post..KETULUSAN HATI
March 16th, 2008 at 8:18 pm
waduh2… novelnye pun udah menggambarkan keseronokan movie ini dong..
ahib0205’s last blog post..ahib0205
March 19th, 2008 at 8:21 am
tak sabar nak baca buku @ tengok movie tu. Pernah nampak buku tu, menarik jer tapi tidak berkesempatan beli. Terima kasih dikmal.
bibi’s last blog post..Astaka Minda - Penulis dan Blog: Trend Masa Kini
March 19th, 2008 at 12:54 pm
Assalamualaikum,
Memang bagus banget novel tu.. saya dah baca dah, kisah bagaimana seorang anak muda bernama fahri yang menimba ilmu di negara orang berjaya menguasai cintanya kepada ‘yang satu’ mengatasi segala cintanya kepada sesama makhluk…sehingga berjaya menarik dan memberi sinar harapan terhadap insan lain. Satu siri motivasi hebat yang ditonjolkan oleh penulisnya.
March 19th, 2008 at 12:56 pm
Exactly! Itu yang sangat menarik tentang novel ini
Dik Mal’s last blog post..Nak Tahu Sesuatu??
March 20th, 2008 at 10:10 pm
Salam Dik Mal!
Nice to read that you r gaining ’strength’ by the day.
Setiap masalah atau hambatan yang kita hadapi adalah PELUANG untuk kita belajar sesuatu kan. Jadi, rebut peluang tu, k.
March 21st, 2008 at 12:55 pm
Bila hikmah ilmumu tinggi, keyakinanmu teguh, hatimu tercerahkan, maqam darjatmu makin dekat dengan-Nya, maka kau diberi-Nya kemampuan “melihat ke depan”, sebagai tanda kerelaanmu dan sebagai penghargaan atas harkatmu. Ini hanyalah sebahagian dari keredhaan-Nya, sebagai rahmat dan petunjuk-Nya, sebagai rahmat dan petunjuk-Nya. Allah telah berfirman: “Dan orang-orang yang berjihad demi Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (QS.29:69) Dan takutlah kepada Allah, nescaya Ia mengajarimu, dan memberimu kemampuan untuk mengawasi semesta alam, dengan izin yang jelas, yang tiada kegelapan di dalamnya, dan dengan tanda yang nyata, yang terang benderang bagai sang surya, dan dengan tutur kata yang manis, yang lebih menarik dari segala apa pun, dan dengan ilham yang benar, yang tak sedikit pun mengandung kekaburan, yang bersih dari dorongan setan dan dari rayuan iblis yang terkutuk.
Allah berfirman:
“Wahai Bani Adam, Akulah Allah, tak sesuatu pun layak dipuja kecuali Daku. Aku berfirman ‘Jadilah’, ia pun akan maujud. Taatilah Aku, nescaya kau akan Kubuat sedemikian rupa, sehingga jika berseru ‘jadilah’, ia pun akan maujud.” Dan Ia telah membuat ehwal serupa ini kepada beberapa Rasul-Nya, beberapa wali-Nya, dan orang-orang yang sangat diredhai-Nya di antara hamba-hamba-Nya.
Jiwa itu laksana Cermin, sedangkan Petunjuk Ilahi bagaikan Cahaya (Nur). Kalau Jiwa manusia itu benar-benar Bersih, pasti Cahaya Ilahi akan Tertangkap Jiwa.
khalifah’s last blog post..Hadiah “MISTERI ALAM” ( Bahagian 3 )
March 21st, 2008 at 5:07 pm
baca post mal je dah sedih…apalagi tengok…hehe
kumb@ng’s last blog post..Islam untuk semua
March 24th, 2008 at 2:23 pm
Have a nice day to all of you bloggers.
azrin’s last blog post..20 PETUA MURAH REZEKI
March 26th, 2008 at 3:50 pm
Eh Abg Azhar, post saya tidak dapat merangkumi keseluruhan pengajaran cerita itu. Abg Azhar mesti tengok tau nanti
bila sampai ke Malaysia lah..
Azrin, nice day for you too
Coachsha, yep. Ia adalah PELUANG paling bermakna untuk mempelajari sesuatu. ALhamdulillah coz I do learn a lot
Khalifah, terima kasih untuk ulasan anda. Ia amat bermakna untuk saya dan semua pembaca…
Sangat mengharagai kehadiran anda di sini 
July 5th, 2008 at 4:18 pm
memang sedih tenguk movie AAC..walaupun tak clear (pirates) tapi apabila melihat melalui mata hati terasa clear lah pulak (cewahh..), tapi yang boleh aku komen dengan jujur dan ikhlas disini orang seperti fahri masih ada didunia ini diantaranya ialah aku…tarak tipu punya..tapi itu sepuluh tahun yang lalu….nak renung pompuan pun dah meremang bulu roma…apatah lagi yang lain2..yang aku feel macam filem tu sebab aku dididik macam tu…..tapi itu semua kenangan lalu……aku dengan cahayamataku yang ketiga serta isteri yang tersayang mendoakan kalian semua sukses dan jangan lupa menonton AAC..mesti sebak giler (bagi yang ada hati dan nurani) ……6 star for AAC
December 16th, 2008 at 1:44 am
masyaallah……indah ciptaan tuhan yg esa coz da bg 1 ilham yg mantap kat kang abik….2la rugi yg amat bg deme yg x bc novel nie….mmg byk r lesson klo kt bc…tp la kan klo x tgk movie die pown x pew…koz byk lari dr silifes..anyway jgn lpe lak bc novel ketika cinta bertasbih 1&2,diatas sejadah cinta & dalam mihrab cinta & andai itu takdirnya(buku prima)