Thu 6 Mar 2008
Merindui Sesuatu Yang Amat Indah
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Entri kali ini ringkas. Tak tahu nak tulis apa. Tapi sebenarnya saya nak kongsikan nasyid yang satu ini. Pertama kali saya layan lagu ini, tahun 2004. Memang sayu mendengarnya. Biasanya saya dengar sambil-sambil saya stay up malam2 kat matrik. Itu la sebabnya bilik saya mengumpul paling banyak bateri AA sebab nak guna malam-malam sambil dengar kaset. Cubalah, dengarkan lagu ini di balik hening malam… Tatkala anda lihat orang lain tidur, malam terang… angin sepoi bahasa.. dengarkan.. nescaya sekeping hati anda akan begetar. Dan kalau anda mendengarkan bait-baitnya, pastinya anda rasa sesuautu.. tak percaya? Cubalah
Saya sertakan liriknya sekali ya!Ini antara nasyid yang paling menyentuh hati saya. Ada lagi satu, lain kali share :DSekian update. Saya masih bercuti. Cuti-cuti Malaysia…………..
p/s : Aini ingat lagi tak kita dulu-dulu suka kaset ni
mesti aini baca ni kan
hehe..
[AIni adalah sahabat saya masa matrik dulu :)]
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

March 10th, 2008 at 10:19 am
BERGURU KEPADA ALLAH, tiada yang nyata melainkan allah.
khalifah’s last blog post..Hadiah “MISTERI ALAM” ( Bahagian 2 )
March 10th, 2008 at 12:01 pm
hehe… DESTINASI CINTA YG KUCARI~~~ owwwhh…dahlama tak dengar lagu ni.. humm.. rindunya..mal, mengenang balik nostalgia lama.. hehhe.. thanks, 4 the nice songs!!really enjoy it… heheh.. sebenarnya, aini tgh tensen td wat proposal, takde idea, buka blog mal.. alhamdulillah, rasa tenang sket..
hope mal, sentiasa ceria n happy sokmo! heh!
March 10th, 2008 at 12:53 pm
Sesuatu yang indah itu memang mengasyikkan untuk dirindui lebih lebih lagi disaat diri diselubungi kesunyian dan dilanda gangguan emosi..hehe
zain’s last blog post..Erti kejayaan
March 10th, 2008 at 2:03 pm
Indah betul irama lagu ni. ala-ala sepi itu indah pula..hehehe
azrin’s last blog post..KOBARKAN SEMANGAT JIWA YANG LEMAH
March 26th, 2008 at 3:53 pm
sepi itu memang indah. jika dan hanya jika kita cuba memahami kenapa di utuskan sepi di sebalik gelak gempita. kerana sepi selalunya mengajar kita berfikir.