Archive for February, 2008

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Sedari atau tidak. Ketika kita berhadapan dengan banyak permasalahan, kita sering tidak rasional. Paling menarik, kita tidak sedar perbuatan yang kita lakukan itu salah :)

Sedar atau tidak? Anda mungkin ada masalah kewangan yang agak serius. Hutang anda yang menggunung memerlukan penjelasan yang segera. Susah nak kumpulkan duit, apatah lagi nak pinjam orang. Jadi, anda berkeputusan untuk, ikat perut! Ya, dengan ikat perut, anda ada lebih duit untuk bayar hutang bukan? Adakah anda bertindak sewajarnya? Fikirkan.

Anda memang perlu membayar hutang, tapi bukan dengan ikat perut. Hutang anda mungkin tercipta kerana kegagalan anda menguruskan kewangan anda dengan baik. Jadi pertamanya, urus kewangan anda terlebih dahulu. Saya pasti jika di senaraikan, ada banyak perkara yang tidak penting mendapat peruntukan kewangan yang besar dari anda. Ini yang perlu anda kurangkan, dan bukannya ikat perut!

Fikirkan pula apa yang akan anda dapat dengan ikat perut? Anda akan dapat gastrik mungkin? Atau anda akan dapat pening kepala. Pendek kata, kesihatan yang merudum. Ingat lagi pepatah otak yang cergas datang dari badan yang sihat? Jika badan tidak sihat, begitu jugalah otak anda. Jadi, adakah otak dan fikiran anda boleh beroperasi secara maksimum?

Tidak bukan? Lihat. Di dalam permasalahan, kita sering lupa. Lupa akan apa yang patut kita buat. Kita sering tidak rasional dengan harapan masalah ini di atasi dengan kadar yang singkat. Namun, apakah kesan berpanjangan yang akan menyusul selepas itu? fikirkan.

Kadang-kadang satu cara untuk tahu sekiranya anda bertindak rasional adalah dengan, berkongsi perasaan anda dengan teman rapat anda. Orang di luar masalah itu, akan melihat penyelesaian dari sudut yang rasional sekali. :)

Saya menulis dari pengalaman. Walaupun saya menulis motivasi, saya sendiri tidak terlepas daripada situasi seperti ini setiap hari. Jangan pula ada yang beranggapan penulis motivasi adalah seseorang yang sempurna! Semua manusia sama. Yang lebih penting, bagaimana anda meningkatkan kualiti hidup anda. :) Fikir-fikirkan. Jumpa lagi!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Semasa saya mula memutuskan untuk menulis EBook Matlamat, saya terus meletakkan tarikh 28 Disember 2007 sebagai tarikh pelancaran. Saya tidak ambil kira sama ada saya cukup tempoh atau tidak. Tapi saya yakin, 28 Disember, pasti siap EBook ni.

Apa baiknya setelah saya letakkan tarikh ini? Saya semakin cepat bekerja. Saya sentiasa fokus pada EBook ini. Kerana saya tahu, saya sudah letak tarikh 28 sebagai due date dan mesti menyiapkannya sebelum tarikh itu tiba. Syukur Alhamdulillah ia siap mengikut perancangan walaupun pelancarannya sedikit lewat. Saya meminda pelancaran kerana faktor cuti pada waktu itu. :)

Banyak perkara lain menarik saya untuk meninggalkan projek saya. Saya sibuk. Ada banyak kerja lain. Namun, kerana saya tahu 28 hb hanya beberapa hari saja lagi, maka saya bulatkan fokus dan akhirnya saya berjaya. Bagaimana pula anda? Ada tak anda tuliskan due date pada matlamat anda?

I Believe I Can Fly and Touch The Sky

Sudahkah anda subscribe ke blog ini? Jika belum, lakukannya sekarang. Klik di sini!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Sudahkah anda mendapatkan buku motivasi tulisan Dr Irfan bertajuk Nota Jutawan, Nota Motivasi? Gambar buku itu adalah seperti tertera di bawah :)

Syukur Alhamdulillah. Rezeki datang dari tempat yang tidak di sangka. Dan hari ini saya telah berjaya mendapatkan buku ini. Memang saya terlalu berkehendakkan buku itu. Seperti yang semua tahu, Dr Irfan dan kisah kejayaannya banyak meninggalkan kesan kepada saya.

Saya menyarankan anda memiliki buku ini. Sebab apa? Adakah kerana Dr Irfan idola saya? Memang ya :D Dan sebenarnya yang lebih penting, isi kandungannya ringkas dan santai. Saiznya yang handy, membolehkan saya membawanya ke mana saja. Baca dan ulang baca lagi :) TIps yang di ketengahkan sangat ringkas dan tepat. Namun, jika anda beri ruang untuk memikirkannya secara bersendirian, maka anda akan ketahui bahawa memang isinya penting sekali.

Ada ruangan untuk catatan, dan paling saya suka. Buku ini berwarna warni 100% !

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan di pasaran sekarang atau dapatkan melalui laman web Dr Irfan. Klik sini untuk maklumat lanjut.

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)
Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Raise HandSemalam, adalah episod terakhir siri Dunia Baru di TV3. Saya bukan nak cerita tentang Opie atau episod akhir Dunia Baru tu. Tapi saya tertarik dengan kata-kata Mardihah (betul ke eja ni?).

Dalam cerita ini, Mardihah kata, walaupun dia nak bercerai dengan suaminya, tapi dia tetap gembira dan ceria. Kerana, kata Mardihah, dalam hidup ini, kita ada banyak pilihan. Kita boleh pilih untuk jadi wanita yang meraung-raung menangis, atau wanita yang kuat dan gembira dan seterusnya menghadapi dugaan hidup.

Sungguh simbolik apa bila di fikirkan. Ramai orang suka bersedih, berputus asa bila berdepan cabaran. Padahal sebenarnya? Mereka ada banyak pilihan lain. Berputus asa bukanlah pilihan terakhir. Jadi, mengapa perlu bersedih?

Kita tidak pernah di tinggalkan dengan satu pilihan sahaja. Sentiasa ada. Namun kita sebenarnya yang tidak mahu memilih dan tidak melihat pilihan. Cuba lapangkan fikiran anda dan jangan lagi mengecilkan skop pemikiran anda. Anda sentiasa ada pilihan. Sentiasa ada! Jadi pilihlah untuk berjaya!

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)
Delivered by FeedBurner

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yup! Seperti tajuknya di atas. Saya sudah kembali. Fuh! Sudah 11 hari saya menghilangkan diri :) Itu secara official. Sebenarnya lebih lama dari itu. Saya juga menerima email dari ramai orang, bertanyakan apa yang terjadi. Baiklah, sebenarnya ia adalah berkaitan dengan masalah di dalam keluarga. Dan ingin saya highlight sedikit di sini bahawa, ia bukan berkenaan seperti yang ramai orang sangkakan :)

Saya bersyukur ke hadrat Illahi, kerana masih lagi berpeluang untuk bekerja seperti biasa. Berpeluang mengumpulkan semangat dan kembali menulis. Syukur Alhamdulillah

Terima kasih juga kepada semua yang rajin menghantar mesej samada di telefon bimbit, email, komen dan lain-lain. Saya menghargai perhatian anda semuanya :) Terima kasih.

Kini, saya sudah kembali. InsyaALLAH, malam hari ini saya akan cuba karangkan kembali artikel-artikel untk kegunaan semua. Saya terlalu seronok kerana sudah mula menaip. Tidak lagi terdiam saja :)

Sampai sini dulu! Jumpa esok!

p.s : Itu picture anak saudara kesayangan saya. Comel kan? Hehehe :D