Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Saya sebenarnya kan sedang bercuti. :D Tetapi, rasa terpanggil nak kongsi sesuatu di sini. Syukur atas kasih sayangNya yang sentiasa menyelimuti kehidupan saya. Keduanya, terima kasih kawan-kawan atas semua sokongan…. Saya terima email, sms, dan komen-komen yang buat saya rasa semangat.. Saya seronok kerana kalian memahami maksud saya..

Namun, mungkin saya sendiri alpa dalam menulis, hingga mungkin membangkitkan perasaan di kalangan pembaca. Ada yang sedikit sebanyak merasakan saya seperti mahu give up. Oh tidak sama sekali. Jika ada orang di atas bumi yang paling susah anda nak runtuhkan semangatnya, ia adalah saya :D Saya tidak langsung merasakan putus asa atau apa-apa yang berkaitan.

Cuma, emosi saya kurang stabi. Kadang saya rasa bersemangat, kadang rasa kurang bersemangat. Dan semangat itulah yang ingin saya cantumkan semula. Saya masih ada banyak tanggungjawab selagi hidup di atas bumi ini. Lantaran itu saya bercuti, sebab saya perlu kekuatan dalaman yang pada tafsiran saya ’solid’. Sekarang, hidup sedikit calar balar :D . Tapi saya yakin, semuanya adalah yang terbaik untuk saya dari ALLAH SWT. Ingat, tiada sesuatu pun yang di ciptakanNya itu tidak bermanfaat. Semuanya bermanfaat. Cuma mata, tidak nampak manfaatnya, dan otak tidak mahu memikirkan.

Tiap patah bicara yang saya taip di sini, adalah untuk menaikkan semangat saya sendiri, dan menyalurkan anda semangat juga. Saya meluahkan, tetapi ia adalah simbolik kepada rawatan untuk jiwa saya sendiri. Memang, memang banyak perbezaan ketara berbanding saya beberapa tahun yang lalu. Mungkin abang angkat saya sentiasa menyedari ini. :)

Saya mahu menyelesaikan masalah saya. Jadi, saya perlu menghentikan mainan emosi saya. Saya perlu fokus pada penyelesaiannya. Itu yang saya lakukan sekarang. Malahan, selain dunia online, ada tanggungjawab yang di sandarkan pada saya di dunia nyata. Itu juga sebab saya tak dapat berada depan laptop seperti sebelum ini.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan ya! Saya sayang anda semua :) Anda semua ibarat kakak-kakak dan abang-abang serta adik-adik yang menyinarkan hidup saya. Seronok :) Terima kasih semua semangat yang terus diberikan kepada saya. Saya ok, cuma saya mahu mengumpulkan semoula fokus, semangat dan mengatur jalan yang baru dalam mengejar matlamat. Kerana jalan yang saya pilih sebelum ini, sedikit salah. Syukur, saya sedarinya dari awal!:)

Hiasi peribadi, live strong! (pinjam kata-kata Abg Shueqry!) :) Saya sering memikirkan perihal ini kebelakangan ini, ada harga yang perlu di jelaskan untuk mencicip kejayaan. :)

p.s : hubungi saya di e.norakmal@gmail.com :)

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner