Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Maafkan saya sekali lagi atas kekurangan saya sendiri. Blog ini kurang terurus kebelakangan ini. Ada komitmen yang menuntut saya mengurangkan aktiviti online saya. Tapi ia tidak sama sekali membuatkan saya lupa pada blog ini :) Saya menyayangi perjalanan blog ini dan semua pembacanya.

Kali ini, saya membuat satu keputusan yang agak drastik pada semua orang. Saya terpaksa memperlahankan aktiviti di blog ini. Update ada seperti biasa tapi, tidak lagi sekerap selalu. Malahan sejak kebelakangan ini pun, ia semakin perlahan. Saya perlu memberikan sepenuh komitmen kepada sesuatu perkara.

Malahan, kebelakangan ini, emosi saya tidak stabil. Saya amat khuatir, jika emosi saya berterusan mengatasi fikiran saya. Jadi, saya juga memperlahankan aktiviti blog untuk mencari kembali jiwa yang kosong. Saya perlu mengubati fikiran dan emosi saya. Supaya saya dapat menguatkan diri, dan memberikan yang terbaik untuk blog ini dan semua pembacanya.. :)

Sebelum saya mula bercuti, saya mempunyai rasa yakin, ramai orang akan berkerut memikirkan apa yang terjadi. Ketahuilah, saya adalah manusia biasa seperti anda. Cuba memperbaiki diri dan membantu sesama yang memerlukan. Saya pasti anda memahami bahawa saya juga seperti anda. Melalui kegetiran hidup yang sama. Dan insyaALLAH, saya akan menempuhinya dengan jayanya. Paling tidak, saya pasti tentang itu.

Beginilah kehidupan. Apabila anda berdepan masalah. Cuba anda atasi masalah itu. Do what it takes, and never push yourself. Listen to what your heart, your body want to have. Kalau minda dan badan anda mahukan rehat, berikan kerehatan. Jangan paksa diri anda dan seterusnya melukakan hati anda sendiri.

Saya sedikit kalah pada kali ini, dan saya mengambil rehat yang paling panjang kali ini, kerana saya ingin mendapatkan semula sesuatu yang saya kesan mulai susut dan hilang dalam diri :) Alhamdulillah saya berjaya mengesan kehendak diri saya. Saya perlukan kerehatan. Bukan rehat dari menghadap laptop semata-mata, jiwa saya memerlukan kerehatan.

Bagaimanapun, saya tetap akan lampirkan tips-tips bersesuaian dari semasa ke semasa. Cuma kekerapannya, tidaklah lagi seperti biasa. Berikan saya masa, doakan saya, insyaALLAH saya akan mampu mengumpul kembali semangat ini

Sehingga itu, sayangi diri anda. Bercakaplah dengan diri anda. Kemudian, berusaha, berdoa dan tawakal. InsyaALLAH kejayaan menjadi milik anda. Sampai jumpa lagi. Salam sayang untuk pembaca blog ini :)

Anda tetap boleh menghubungi saya melalui alamat email : e.norakmal@gmail.com. Sampai jumpa lagi. :) Assalamualaikum.

p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner