Sun 24 Feb 2008
Sedarkah Anda, Anda Di Limpahi Kasih SayangNya Sentiasa?
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Alhamdulillah. Pagi ini masih di beri kesempatan lagi untuk berkongsi cerita. Kebetulan hari ini saya tiada kelas, jadi saya peruntukkan masa untuk mengemaskini blog ini
Terima kasih kepada semua yang telah melontarkan komen di blog ini. Saya amat menghargai kesemua anda
Thanks..
Beberapa hari yang lalu, saya di duga sekali lagi. Lantas, kelemahan diri seorang manusia terpancar jelas di pandangan mata dan laku saya.
Saya bersedih dan bertanya kepada diri, kenapa ini terjadi. Kenapa tidak seperti yang aku mahukan. Seperti yang sering aku gambarkan. Sering aku bayangkan?
ALLAH mengurniakan aku sesuatu yang sangat bertentangan apa yang aku mahu… apakah hikmahNya ALLAH. Sungguh bodoh dan dangkal fikiran manusia, hinggakan sering terlupa, bahawa sesuatu itu terjadi atas kehendakNya, sesuatu itu terjadi kerana ALLAH melimpahkan kasih sayangNya kepada setiap hamba. Namun syukur kebodohan ini tidak kekal lama. Sesungguhnya saya percaya, pencarian sendiri kebelakangan ini, membawa saya lebih cepat mengesan apa sebabnya semua ini di turunkan kepada saya.
Maka tidak berapa lama kemudian, saya bersyukur yang amat kepada ALLAH SWT. Dalam tidak sedar, ALLAH mengabulkan doa ku. ALLAH memperkenankan apa yang aku pohon. ALAH Maha Penyayang. Sukar untuk di ceritakan apa yang saya doakan, namun saya terpempan sendiri kerana semakin memahami banyak perkara. Benar seketika yang lain saya melihat, tetapi tidak meneliti. Membuatkan saya buta kehidupan.
Sesungguhnya kita sering lupa, bahawa bila kita di turunkan dugaan, kita selalu mendengar cakap-cakap bahawa mungkin kita semakin lupa padaNya kerana kehidupan dunia. Namun, fahamkah anda sebenar-benarnya. Atau sekadar meng-amin-kan kata-kata bijak pandai. Telitilah, jangan melihat lagi..
Saya melihat, bahawa dugaan ini di turunkan kerana ALLAH memperkenankan doa saya. Doa yang pernah terlafaz sepenuh hati satu masa dahulu. Sungguh ALAH Maha Penyayang. Sememangnya manusia sering lupa bila mengecapi rentak dunia, dan kali ini saya merasakan, ibarat di selamatkan daripada tarian dunia. Ya ALLAH, ALLAH Maha Penyayang.
Perhatikan, sekiranya ALLAH menciptakan sesuatu itu, ia pasti bermanfaat. Seperti juga dugaan di dalam hidup. Kesemua dugaan itu di turunkan, ia adalah sesuatu yang bermanfaat kepada manusia. Namun sering kita tidak nampak, kerana cuma melihat dan mengiakan kata bijak pandai
Renung-renungkan
Entri bersambung esok insyaALLAH
Ketenangan itu hampir pasti. Ketenangan itu semakin menghampiri..
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

February 24th, 2008 at 3:38 pm
salam motivasi..
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Allah Maha Pemurah
Allah Maha Pengampun
Segalanya dalam Genggaman Allah
motivasi juara’s last blog post..By: adila
February 24th, 2008 at 5:27 pm
Salam Motivasi,
Ya benar
Dik Mal’s last blog post..Hari Ahad Lagi , Hari Penamaan Calon
February 24th, 2008 at 8:51 pm
Hanya tuhan yang tahu cara atau benda yang terbaik untuk kita.
Terima kasih kerana berkongsikan video yang menarik ini.
Raymond Chua’s last blog post..The Second Sign of Victim – Complaining
February 25th, 2008 at 12:41 am
Salam Dik Mal,
Sengaja diturunkan dugaan atau cubaan hanyalah utk mendidik kita, selain kita semakin matang dan kuat. Adalah juga utk kita bersiap diri utk hadapi ujian yg besar lagi. Selagi perjalanan kita belum berakhir disitulah ujian tetap mendatang tanpa disangka. Kadang kala apa yg kita hendak belum tentu baik utk kita. Hidup adalah satu pejuangan. Tak ada apa yg diciptanya sia-sia termasuk dugaan positive atau negative. Salam.
February 25th, 2008 at 11:55 am
wahai jiwa2 yang tenang kembalilah kepada tuhan mu dalam keadaan redha lagi diredhai, apa jua yang allah turunkan kepada kita baik, buruk, kaya, miskin dan sebagainya adalah untuk bermuasabah diri (REDHA), dalam hidup ini kita bergantung hanya padanya bukan dengan makhluk sebab itu kita kena cari benih faedah setara atau disebalik setiap kejadian ada hikmahnya yang tersembunyi. INGAT KITA HANYALAH MAKHLUKNYA SAHAJA, TIADA YANG NYATA HANYA ALLAH DAN DIRI ZAHIR INI ADALAH PENANGGUNG DIRI RAHSIA…… YANG BATIN.
February 26th, 2008 at 8:12 am
Saat kita diturunkan dugaan, saat itu juga menuntut kita membuat keputusan2 yang besar.biasanya selepas dugaan, bahagia pasti datang.namun utk hadapi SAAT DUGAAN itu..memang ‘ni’mat’ yang tidak terhingga..hanya mereka yang pernah melaluinya saja yg tahu dan faham betapa seksa, perit, pahit, kelat malah manis…moga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Yang Maha Pelindung…ameen.
February 27th, 2008 at 6:12 pm
Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari dan DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Tuhan mahu memberikan kita pelangi yang indah….
azrin’s last blog post..PETUA KEJAYAAN DALAM HIDUP