Alhamdulillah. Pagi ini masih di beri kesempatan lagi untuk berkongsi cerita. Kebetulan hari ini saya tiada kelas, jadi saya peruntukkan masa untuk mengemaskini blog ini :) Terima kasih kepada semua yang telah melontarkan komen di blog ini. Saya amat menghargai kesemua anda :) Thanks..

Beberapa hari yang lalu, saya di duga sekali lagi. Lantas, kelemahan diri seorang manusia terpancar jelas di pandangan mata dan laku saya. :) Saya bersedih dan bertanya kepada diri, kenapa ini terjadi. Kenapa tidak seperti yang aku mahukan. Seperti yang sering aku gambarkan. Sering aku bayangkan?

ALLAH mengurniakan aku sesuatu yang sangat bertentangan apa yang aku mahu… apakah hikmahNya ALLAH. Sungguh bodoh dan dangkal fikiran manusia, hinggakan sering terlupa, bahawa sesuatu itu terjadi atas kehendakNya, sesuatu itu terjadi kerana ALLAH melimpahkan kasih sayangNya kepada setiap hamba. Namun syukur kebodohan ini tidak kekal lama. Sesungguhnya saya percaya, pencarian sendiri kebelakangan ini, membawa saya lebih cepat mengesan apa sebabnya semua ini di turunkan kepada saya.

Maka tidak berapa lama kemudian, saya bersyukur yang amat kepada ALLAH SWT. Dalam tidak sedar, ALLAH mengabulkan doa ku. ALLAH memperkenankan apa yang aku pohon. ALAH Maha Penyayang. Sukar untuk di ceritakan apa yang saya doakan, namun saya terpempan sendiri kerana semakin memahami banyak perkara. Benar seketika yang lain saya melihat, tetapi tidak meneliti. Membuatkan saya buta kehidupan.

Sesungguhnya kita sering lupa, bahawa bila kita di turunkan dugaan, kita selalu mendengar cakap-cakap bahawa mungkin kita semakin lupa padaNya kerana kehidupan dunia. Namun, fahamkah anda sebenar-benarnya. Atau sekadar meng-amin-kan kata-kata bijak pandai. Telitilah, jangan melihat lagi..

Saya melihat, bahawa dugaan ini di turunkan kerana ALLAH memperkenankan doa saya. Doa yang pernah terlafaz sepenuh hati satu masa dahulu. Sungguh ALAH Maha Penyayang. Sememangnya manusia sering lupa bila mengecapi rentak dunia, dan kali ini saya merasakan, ibarat di selamatkan daripada tarian dunia. Ya ALLAH, ALLAH Maha Penyayang.

Perhatikan, sekiranya ALLAH menciptakan sesuatu itu, ia pasti bermanfaat. Seperti juga dugaan di dalam hidup. Kesemua dugaan itu di turunkan, ia adalah sesuatu yang bermanfaat kepada manusia. Namun sering kita tidak nampak, kerana cuma melihat dan mengiakan kata bijak pandai :)

Renung-renungkan :) Entri bersambung esok insyaALLAH :) Ketenangan itu hampir pasti. Ketenangan itu semakin menghampiri..


p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini. :) Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma)

Delivered by FeedBurner