Sun 17 Feb 2008
Anda Perlu Bersyukur dan Meraikan Kejayaan Anda
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Saya sering cerita tentang cara mencapai kejayaan. Hari ini sesuatu yang lebih istimewa. Mengenai bagaimana anda menghargai tiap kejayaan anda. Pertamanya kejayaan anda datang dari ALLAH SWT. Syukuri nikmat ini
Saya bersukur sangat-sangat kerana kehidupan saya menjadi lebih baik setiap hari. Bila merenung kembali kepada masa silam, kini saya tahu kenapa semuanya terjadi.. Syukur alhamdulillah atas semua pengajaran yang dikurniakan kepada saya .. Syukur alhamdulillah.
Kedua, hargai kejayaan anda dengan meraikannya. Walau sekecil-kecil kejayaan, beri kegembiraan pada diri anda yang berusaha bersama anda untuk mencapainya. Untuk apa? Inilah caranya secara halus untuk anda membina keyakinan dan struktur dalam yang kuat dan positif. Untuk apa? Untuk menarik lebih banyak kejayaan kepada anda.
Saya secara peribadi mengamalkan ini. Betul. Di ruangan sebelah vision board saya, ada ruangan untuk pencapaian saya. Saya akan cipta poster mini untuk mengingati kejayaan saya. Dan tampal padanya. Saya akan beritahu pada kawan-kawan akan kejayaan saya. Saya akan bawa diri saya bersiar-siar di tempat yang saya suka untuk meraikannnya.
Saya bukan saja menarik kejayaan kepada diri saya, malahan saya mengukuhkan keyakinan saya. Setiap masa, kita perlu menganjakkan diri kepada keadaan yang lebih baik
Saya yakin, anda juga boleh melakukannya. Paling penting, anda benar-benar ikhlas melakukannya. Bukan kerana hari ini anda baca mengenainya di blog saya. Lakukannya untuk diri anda
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

February 19th, 2008 at 1:12 am
Saya ada sebuah jurnal kejayaan di mana saya menulis sekurang-kurangnya 5 kejayaan saya sebelum saya pergi tidur pada setiap malam.
Tak kira kejayaan besar ataupun kecil. Kadang-kadang download file yang menarik atau berfaedah dari internet atau menolong jiran-jiran pun saya senaraikan.
Ianya penting untuk menarik lebih banyak kejayaan ke dalam hidup kita.
Raymond Chua’s last blog post..The Little Organ That Affect Your Success
February 19th, 2008 at 9:23 am
Ya, saya juga menulis kejayaan saya. Itu sebenarnya menarik lebih banyak kejayaan kepada saya..
Dik Mal’s last blog post..Sedikit Pengumuman Penting!
February 21st, 2008 at 11:40 pm
salam juara..
kejayaan kecil ke, besar ke, kita mestilah bersyukur kerana dapat mencapai kejayaan dengan izin Allah.
zaiful’s last blog post..By: afham
February 24th, 2008 at 9:40 am
Salam Juara,
Benar
Sekecil-kecil kejayaan, adalah kurniaanNya.. betapa kasih sayangNya tidak pernah putus..
March 2nd, 2008 at 4:39 pm
salam ,terima kasih akhirnya saya bertemu dengan sebuah blog , yang mampu membantu self esteem bangkit semula …