Sat 16 Feb 2008
Bila Kita Mengharungi Masalah, KEBIASAANNYA Kita Tidak Rasional
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Sedari atau tidak. Ketika kita berhadapan dengan banyak permasalahan, kita sering tidak rasional. Paling menarik, kita tidak sedar perbuatan yang kita lakukan itu salah
Sedar atau tidak? Anda mungkin ada masalah kewangan yang agak serius. Hutang anda yang menggunung memerlukan penjelasan yang segera. Susah nak kumpulkan duit, apatah lagi nak pinjam orang. Jadi, anda berkeputusan untuk, ikat perut! Ya, dengan ikat perut, anda ada lebih duit untuk bayar hutang bukan? Adakah anda bertindak sewajarnya? Fikirkan.
Anda memang perlu membayar hutang, tapi bukan dengan ikat perut. Hutang anda mungkin tercipta kerana kegagalan anda menguruskan kewangan anda dengan baik. Jadi pertamanya, urus kewangan anda terlebih dahulu. Saya pasti jika di senaraikan, ada banyak perkara yang tidak penting mendapat peruntukan kewangan yang besar dari anda. Ini yang perlu anda kurangkan, dan bukannya ikat perut!
Fikirkan pula apa yang akan anda dapat dengan ikat perut? Anda akan dapat gastrik mungkin? Atau anda akan dapat pening kepala. Pendek kata, kesihatan yang merudum. Ingat lagi pepatah otak yang cergas datang dari badan yang sihat? Jika badan tidak sihat, begitu jugalah otak anda. Jadi, adakah otak dan fikiran anda boleh beroperasi secara maksimum?

Tidak bukan? Lihat. Di dalam permasalahan, kita sering lupa. Lupa akan apa yang patut kita buat. Kita sering tidak rasional dengan harapan masalah ini di atasi dengan kadar yang singkat. Namun, apakah kesan berpanjangan yang akan menyusul selepas itu? fikirkan.
Kadang-kadang satu cara untuk tahu sekiranya anda bertindak rasional adalah dengan, berkongsi perasaan anda dengan teman rapat anda. Orang di luar masalah itu, akan melihat penyelesaian dari sudut yang rasional sekali.
Saya menulis dari pengalaman. Walaupun saya menulis motivasi, saya sendiri tidak terlepas daripada situasi seperti ini setiap hari. Jangan pula ada yang beranggapan penulis motivasi adalah seseorang yang sempurna! Semua manusia sama. Yang lebih penting, bagaimana anda meningkatkan kualiti hidup anda.
Fikir-fikirkan. Jumpa lagi!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

February 16th, 2008 at 11:30 pm
Ya, Dikmal saya setuju setinggi mana pun kita, kita tetap kita semua org sama. Perlu bantu membantu dgn kesabaran dan nasihat menasihati dgn penuh hikmah. Perlu terus mempertingkatkan diri, kalau jatuh bangun lagi dan terus memperbaiki diri kita dari masa ke semasa.
Jangan buat keputusan ketika tengah marah, selalu nya akan berakhir dgn tidak memuaskan. Perlu banyak berfikir apa akibatnya dari tindakan kita itu. Yang selalu berlaku manusia selalu di pengaruhi emosi. Sedangkan kepintaran selalu terlupa digunakan. Jadi hati2 lah dgn emosi ini ianya satu kemahiran yg semua org perlu belajar. Sekian dulu. Jumpa lagi, senyum selalu dan ceria selalu.
February 17th, 2008 at 12:49 am
Assalamu’alaikum.. kuatkan semangat anda. Saat kita berduka dan bersendirian, Allah melihat kita. Saat kita tiada tempat mengadu, DIAlah satu-satunya tempat yang masih ada untuk kita mengadu. Sesungguhnya dalam kesulitan dan kepayahan itu datang bersama kelapangan dan ketenangan.
azrin’s last blog post..MALAPETAKA DARWINISMA TERHADAP KEMANUSIAAN
February 17th, 2008 at 1:03 am
sebagai manusia biasa kita tak pernah lari dari kesilpan. Kesilapan yg dilakukan sama ada sedar atau tidak. “Bila Kita Mengharungi Masalah, KEBIASAANNYA Kita Tidak Rasional” Saya setuju dgn tajuk post kali ini. Pada pndpt sy, punca jd begitu sbb minda kita di bawah paras minda sedar. So, apa2 keputusan yg kita buat perlu kita fikir berkali2.
Better kita luahkan kpd shbt atau kengkawan kita kerana mcm yg sis tulis kat atas td. Depa leh nilai dgn rasional sbb minda depa still pada paras sedar.
Sekali kita naik, 10 akan tarik kita turun. Bagi kita yg nk berjaya, pelbagai dugaan akan kita terima. Sy baru2 ni down jugak. So apa2 pun we must take time n think about it. Share Everything… Dipersilakan utk berkongsi..
ahib0205’s last blog post..ahib0205
February 17th, 2008 at 7:51 am
malam tadi saya bermimpi… mimpi saya ibarat menatap sebuah bahan bacaan.. yang rumusannya seperti ini : kita di kehendaki hidup dan memperbaiki keadaan setiap masa.. erm, jangan cepat putus asa…. sehingga kita mengetahui resipi kehidupan sebenar… sehingga kita memahami intipati sebenar.. dasarnya kita tahu, tetapi kita jarang faham.. itu yang di terapkan di blog ini
Dik Mal’s last blog post..Bila Kita Mengharungi Masalah, KEBIASAANNYA Kita Tidak Rasional
February 17th, 2008 at 9:22 am
Saya setuju sgt ngan tajuk tu.Dan dikmal…nak dpt atau tahu RESEPI kehidupan sebenar..tiada cara lebih mantap melainkan melaluinya sendiri…membaca atau perkongsian dari org lain takkan sama.Benar..kita bole berkongsi masalah dgn org lain..tapi make sure pilih org yg tepat..jika tidak kita bkn saja lagi down, malah lagi merumitkan keadaan dan masalah yg sedia ada.Dulu..saya mmg pernah luah masalah kpd org yg kurang tepat..nasib baik saya sedar…saya tak buat dan ulang kesilapan…kali kedua ..pun saya terkena dgn orang yg sy rasa dah tepat tapi rupa2nya kurang tepat…so perlu slowly tak luah masalah..tapi yg payahnya org tu akan bertubi2 tanya masalah kita ..membuatkan kita terperangkap..DOA saya..temui yg benar2 tepat..Alhamdulillah..kini sy lebih senang luah masalah kepada kekasih sejati (ALLAH s.w.t)..mudah dan senang sekali…di mana2..bila2 masa shj..tanpa bersyarat lak tu..Allah Maha Berkuasa!
February 17th, 2008 at 9:16 pm
Kak Bibi, memang bila kita luahkan masalah padaNya, ketenangan yang tak dapat di gambarkan akan menyelinap diri.. ketika itu kita dapat rasa, betapa ALLAH itu Maha Penyayang.. betul kan
Dik Mal’s last blog post..Bila Kita Mengharungi Masalah, KEBIASAANNYA Kita Tidak Rasional
February 17th, 2008 at 10:11 pm
Terdapat perbezaan yang besar di antara memikirkan masalah hutang dan memikirkan cara untuk melangsaikan hutang.
Raymond Chua’s last blog post..What Kids Taught Me About The Law of Attraction
February 17th, 2008 at 10:13 pm
Ya. berkait rapat dengan fokus kita… kepada masalah atau penyelesaiannya..
February 18th, 2008 at 6:42 pm
Apa yang berlaku semalam umpama sebuah mimpi di siang hari. Mimpi itu sudah belaku dan tidak mungkin berulang lagi. Apa yang kita lalui adalah hari ini. Namun hari esok masih samar kerana hari esok adalah satu bayangan. Satu bayangan yang penuh ketidakpastian. Begitulah hidup ini.
azrin’s last blog post..JANGAN BERPUTUS ASA
February 19th, 2008 at 9:22 am
Benar. Semalam ada sejarah. Tapi! Kita masih berpeluang untuk mengubah hari ini
Dik Mal’s last blog post..Sedikit Pengumuman Penting!