Fri 11 Jan 2008
Sentiasa Memaafi Kesalahan Orang Lain, Dan Jangan Mudah Menghukum
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
[9] Comments
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Hari ini, saya berasa puas kerana telah sekurang-kurangnya melembutkan hati seorang sahabat yang sedang marah. Syukur kerana ALLAH turunkan bermacam-macam idea untuk di jadikan bahan hujah kepada sahabat saya itu.
Sahabat saya ini, berasa amat marah kerana ramai orang suka memberi tuduhan yang melampau kepadanya. Hingga membuatkan dia rasa, sangat tertekan dan ibarat macam semua orang di dunia ini jahat. Saya tekankan kepada beliau, bahawa saya pernah berada di tempat beliau baru-baru ini, dan saya sungguh bersyukur, kerana walaupun satu dunia saya rasakan, telah membuatkan saya rasa marah dan geram, membuatkan saya rasa di perlekehkan, namun saya masih ada ALLAH SWT, dan cintaNya tak pernah gagal. Pada akhir perbincangan, sahabat saa kembali tenang dan kembali berfikir dengan tenang. Syukur Alhamdulillah.
Saya kemudian menyorot kembali kenangan-kenangan dan pengalaman-pengalaman sepanjang hidup saya. Bagaimana, saya melihat manusia mudah menjatuhi hukuman kepada orang lain. Dan jarang sekali memaafi kesilapan segelintir yang lain. Dulu, saya juga seperti itu! Walaupun tahu, kita di suruh saling memaafi, bersabar bila menghadapi dugaan, kenapa masih tak mampu menghulurkan kemaafan.
Di dalam kehidupan ini, kita harus belajar memaafi kesilapan orang. Belajar let go. Apa hikmahnya bersabar? Apa hikmahnya memaafi kesilapan orang? Anda harus fikirkan sendiri. Cuma saya ingin bertanyakan sesuatu. Siapa kita untuk menghukumi orang lain, sedangkan diri sendiri masih banyak cacat celanya? Seharusnya kita bersama-sama saling nasihat menasihati, lengkap-melengkapi, bermaafan dan wujudkan kehidupan yang lebih baik sesama manusia. InsyaALLAH mendatangkan kebahagiaan dan ketenangan. Anda berhak memilih. Renung-renungkan
p.s : CUma entri pendek je
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!


