Thu 17 Jan 2008
Sudah 17 Hari Berlalu
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Sudah 17 hari berlalu di dalam bulan Januari. Bagaimana dengan azam anda? Adakah ia sudah mula menghala ke arah sepatutnya. Adalah baik jika anda melakukan sedikit analisa pada hari ini. Luangkan 10-15 minit untuk analisa sama ada, anda sudah mula mengambil langkah atau tidak.
Suka untuk saya kongsikan bahawa saya sudah pun mencapai matlamat saya yang pertama pada 9 Januari 2008 baru-baru ini. Baru lagi
Dan ia adalah sebenarnya azam tahun lepas yang saya bawa ke tahun ini. Syukur matlamat pertama telah tercapai. Kini saya sedang menuju ke arah matlamat ke 2 dan ke 3.
Ingin saya tanyakan kepada anda, apakah yang telah anda lakukan untuk memastikan minda separa sedar anda menangkap matlamat anda ini, dan seterusnya memberikan idea-idea yang baik untuk anda. Sudahkah anda bina vision board anda? SUdah kah anda tuliskan mission statement anda? Sudahkah anda kongsikan dengan mereka yang terdekat dengan anda?
Jangan cuma bermain di bibir saja. Jika matlamat anda hanya terucap di bibir, ia adalah satu impian tanpa titik semata-mata. Pada akhirnya, anda tidak akan mencapai apa-apa matlamat anda. Dan, pada ketika itu, anda akan mula menunding jari kepada orang lain, apabila matlamat tidak berjaya di capai
Kita, bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
Jadi, luangkan sedikit masa pada hari ini. Jika anda belum ada mission statement, rangkakan mission statement anda. Kemudian luangkan masa untuk fikirkan apa yang perlu anda lakukan. Kemudian, luangkan masa untuk anda mula bina vision board anda.
Apa itu vision board? Vision board boleh saya katakan sebagai satu papan yang di penuhi dengan gambar matlamat anda. Dan ia di letakkan di tempat yang anda sering nampak. Tujuannya? Supaya anda sentiasa in-line dengan tindakan, dan minda anda menangkap apa yang anda mahukan. COntohnya, jika anda mahukan sebuah kereta BMW. Cari gambar BMW itu, dan lekatkan bersama di vision board anda
Juga, berikan ruangan di sebelahnya untuk merakamkan ucapan tahniah dan keseronokan apabila anda berjaya mencapai matlamat anda. Di bilik saya, vision board sudah disediakan, dan kini adalah masa menghargai setiap satu kejayaan dalam hidup saya. Syukur.
Bagaimana pula dengan anda? Mulakan gerak kejayaan anda hari ini juga!
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

January 17th, 2008 at 7:27 pm
Yer!! Saya akan berusaha bersungguh2 untuk mencapai matlamat saya!! TQ!! Saya pun, Alhamdulillah dah capai matlamat pertama saya!! Hehehe…usaha perlu diteruskan lagi!! Cayo-cayo!!
January 17th, 2008 at 10:12 pm
Sehingga kini, saya masih selari dengan matlamat saya.
Apa yang saya lakukan setiap pagi ialah meditasi, visusalisasi, bersyukur dan membaca matlamat saya. Lepas tu lemaskan diri dalam suasana positif seperti dengar radio yang penuh dengan gelak-ketawa serta jenaka daripada DJ, baca buku motivasi dan tulis blog saya.
(Mulai esok nak tambahkan satu lagi iaitu nak salin matlamat saya setiap pagi)
Sebelum tidur pula buat latihan VAKS seperti yang diajarkan oleh T Harv Eker, baca matlamat dan hypnosis.
Rasanya itu je.
Raymond Chua’s last blog post..How Much Time You Spend A Day for The Law of Attraction?
January 18th, 2008 at 7:52 am
Yaa..akak dah write down matlamat akak…baru semalam minta tlg penasihat (penulis/penasihat hala tuju hidup) semak dan seimbangkan.Bagus jugak..ada beberapa idea yg kita tak terfikir..so, atleast akak dah ada draftnya…mungkin akak akan tunjukkan kpd 5 org lagi…mana tau ada idea2 bernas utk memperbaik dan memperkukuhkan matlamat akak..termasuk dikmal???(kalau sudi laa.Satu soklan drp penasihat akak…nape u nak matlamat camtuh..?padahal nampak mcm dah selesa bekerja?…heeeeeeee tu yg sedap jawab tuh…pjg lebar lak kang jwb kat sini..nanti arr akak pon nak wat blog gak laa..
January 18th, 2008 at 3:17 pm
Wanwma, biar saya teka.. mungkin matlamat anda yang pertama ialah, menubuhkan website sendiri
betul tak? ! Muharram yang lalu kan..
Raymond, saya sungguh kagum dengan anda. saya buat seperti yang Raymond buat. termasuklah pagi-pagi mencari perkara2 yang cuma akan buat saya gembira, excited, bertenaga. dan cuma satu yang saya belum buat dan nak mula buat esok, sama macam Raymond, yakni menyalin matlamat. :)satu perkara yang lain yang kadang2 saya skip buat ialah meditasi. saya sentiasa cuba mengingatkan diri saya untuk meditasi setiap pagi…
Kak Bibi, tahniah sebab dah tulis! Bagus sekali
Nanti, tentu sedikit-sedikit akak rasa hari-hari mendatang fun. sebab sentiasa ada perkara yang akak nak buat kan untuk capai matlamat akak.. boleh saja share dgn saya
no problem..
p.s email saya : e.norakmal@gmail.com
January 24th, 2008 at 7:28 am
dikmal..dah terima lum matlamat akak sent via e-mail?tak sbr nak dgr komen..heee