Fri 11 Jan 2008
Sentiasa Memaafi Kesalahan Orang Lain, Dan Jangan Mudah Menghukum
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Hari ini, saya berasa puas kerana telah sekurang-kurangnya melembutkan hati seorang sahabat yang sedang marah. Syukur kerana ALLAH turunkan bermacam-macam idea untuk di jadikan bahan hujah kepada sahabat saya itu.
Sahabat saya ini, berasa amat marah kerana ramai orang suka memberi tuduhan yang melampau kepadanya. Hingga membuatkan dia rasa, sangat tertekan dan ibarat macam semua orang di dunia ini jahat. Saya tekankan kepada beliau, bahawa saya pernah berada di tempat beliau baru-baru ini, dan saya sungguh bersyukur, kerana walaupun satu dunia saya rasakan, telah membuatkan saya rasa marah dan geram, membuatkan saya rasa di perlekehkan, namun saya masih ada ALLAH SWT, dan cintaNya tak pernah gagal. Pada akhir perbincangan, sahabat saa kembali tenang dan kembali berfikir dengan tenang. Syukur Alhamdulillah.
Saya kemudian menyorot kembali kenangan-kenangan dan pengalaman-pengalaman sepanjang hidup saya. Bagaimana, saya melihat manusia mudah menjatuhi hukuman kepada orang lain. Dan jarang sekali memaafi kesilapan segelintir yang lain. Dulu, saya juga seperti itu! Walaupun tahu, kita di suruh saling memaafi, bersabar bila menghadapi dugaan, kenapa masih tak mampu menghulurkan kemaafan.
Di dalam kehidupan ini, kita harus belajar memaafi kesilapan orang. Belajar let go. Apa hikmahnya bersabar? Apa hikmahnya memaafi kesilapan orang? Anda harus fikirkan sendiri. Cuma saya ingin bertanyakan sesuatu. Siapa kita untuk menghukumi orang lain, sedangkan diri sendiri masih banyak cacat celanya? Seharusnya kita bersama-sama saling nasihat menasihati, lengkap-melengkapi, bermaafan dan wujudkan kehidupan yang lebih baik sesama manusia. InsyaALLAH mendatangkan kebahagiaan dan ketenangan. Anda berhak memilih. Renung-renungkan
p.s : CUma entri pendek je
p.s : Sudahkah anda mendapatkan EBook Magnet Rezeki? Saya pasti anda memerlukannya. Anda perlukan kunci untuk membuka minda. Siapa tahu jika anda akan menemuinya selepas membaca EBook ini.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut. Salam Kejayaan.
January 12th, 2008 at 9:33 am
Yerp.. ‘let go’ tuh satu cara yang baik bila marah atau ada apa2 unsur negatif dalam minda … bila dah tenang baru boleh fikir untuk selesaikan masalah…
paling mudah bila kita anggap hidup kita tiada masalah… kerana masalah itu apa? masalah itu juga ujian dari Allah.. maka ia satu kurnia dari Nya… apakah mampu untuk kita mempertikaikan kurniaNya? … ketika senang kita nikmati kurniaNya tetapi kenapa ketika susah kita tidak panjatkan kesyukuran serta nikmati kesusahan itu… Dua perkataan yang kontra, ‘nikmati’ dan ‘kesusahan’ bukanlah gabungan perkataan yang wajar… tetapi apabila kepercayaan mengatasi batasan logika, maka hidup menjadi tenang dan penuh kenikmatan.. syukur alhamdulilah…
Afiqme’s last blog post..Kata pemisah
January 12th, 2008 at 10:33 am
alhamdulillah syukur TERIMA KASIH YA ALLAH SEKARANG dengan limpah kurnianya berpesan2lah dengan kebenaran dan berpesan2lah dengan kesabaran, memaafkan orang lain adalah satu jihad untuk membersihkan hati bukan setakat memaafkan orang lain sahaja yang penting ialah memaafkan diri sendiri kerana dengan memaafkan diri sendiri TENAGA ini akan menyebar ke seluruh alam (LOA), ini yang kita tak perasaan, hanya hati yang bersih sahaja cahaya keimanan dan ketuhanan akan tertangkap di jiwa (MAKRIFATULLAH), ZERO MIND PROCESS.
January 12th, 2008 at 1:43 pm
Marilah kita bermaaf-maafan..
luth’s last blog post..DARI KOTA MEKAH KE KOTA MADINAH
January 13th, 2008 at 10:59 pm
Tahniah atas kejayaan yang dikecapi.
Ada celebrate tak?
Raymond Chua’s last blog post..Have You Ever Feel Grateful To Our Earth
January 14th, 2008 at 1:38 am
hm… sama2 la kita amalkan sblm tido kita akan memaafkan semua org
Jgn mudah menghukum mksd sis sama x dgn jgn mudah menuduh melulu? huuhuhu
P/s: ada kawan sy jenis panas baran. mcm mana ek nk cool down dia? dh try byk cara dh. cdgn?
ahib0205’s last blog post..wooooii…. bangun!
January 15th, 2008 at 4:57 pm
pilihlah untuk senyum bila marah..
anda berhak untuk senyum bila2 masa.. !!
hehe..
tapi, belum tentu anda berhak untuk marah sesuka hati .huhu…
eilanur’s last blog post..sEkILaS PaNDanG NeGaRA OraNG..
January 16th, 2008 at 8:08 am
Dik Mal’s last blog post..Sentiasa Memaafi Kesalahan Orang Lain, Dan Jangan Mudah Menghukum
January 16th, 2008 at 8:17 am
TAHNIAH..muda2 lagi dikmal dah nampak berjaya..malu rasanya akak dah 33 thn…tp baru terkial2 nak tulis matlamat…akak dah print dan baru sat abis baca ebuku dikmal yg free pasal matlamat tuh…tak tau nak komen katne..so akak ambik peluang komen kat sini.
Keseluruhan..baik dan bagus…usaha yg baik…akak baru juga beli dan baca tulisan Azizi Ali..ala buku nipis..tp rege Rm19.90 tak silap..tulis pasal matlamat jer..ala tajuknya lupa…tu pesal dah pandai tulis matlamat…(maknanya ada kesedaran la)sebelum ni tak tau pun matlamat hidup tu PERLU ditulis..kalau tak jd ANGAN2 je la..so dikmal..akak lebih suka kalau kat ms 27 tu dikmal bg contoh sket almaklumler ibu2 mcm akak ni blur sket..karang tersalah tulis karang lain lak langkah n pelaksanaannya.ok…senyum2 selalu
January 16th, 2008 at 8:20 am
Kak Bibi, akan ada susulan mengenainya.. bila sampai masanya saya akan umumkan.. dalam minggu ini juga