Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Sebenarnya, hari ni saya nak tulis sesuatu yang istimewa kat blog ni. Namun, saya dah tuliskan sebahagian daripadanya kat blog yang personal saya. Jadi, saya copy paste dulu baru sambung post kat blog ini :D

Ok, saya mulakan entri kali ini dengan ayat di atas :) Fai, saya pun pilih lagu gak.. :D Ngehehe :) Hari ni 31 Disember 2007. Hari akhir dalam tahun 2007. Esoknya adalah hari baru dalam 2008. Saya sebenarnya akan amat merindui tahun 2007 yang merupakan TAHUN KESEDARAN bagi saya.

Kesedaran yang macam mana tu? Dalam banyak aspek, terutamnya dari sudut spiritual. Baiklah, saya nak sangat cerita something pada pembaca blog ni mengenai tahun 2007 saya. Kalau anda tak suka membaca sesuatu yang personal, anda bolehlah beredar ke blog yang lain. :D Saya akan menulis sesuatu yang personal di sini.

Tahun 2007. Awal tahun saya di mulakan sebagai seorang DJ. Ya DJ! Ops tapi tu tak bermakna saya akan pergi rebut jawatan yang di tinggalkan Hani dalam Pagi di Era :D Saya selalu jadi DJ kat chat room Kuala Lumpur. Yup, YM CHat. Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu langsung. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan, Abg Kumbang merupakan insan yang paling kenal saya di alam siber ni :) Tapi, mungkin beliau tak pernah dengar saya DJ pun :D Selepas DJ kat chat room, saya pun beralih ke komuniti online, jadi DJ pertama yang launchingkan GCC masa tu. Syoknya :) Itu adalah pada awal tahun 2007. Dan pada awal 2007 juga, saya dalam kekecewaan

Ramai yang tidak tahu, bahawa saya pernah mengambil keputusan untuk mendalami bidang insurans takaful :) Ya, Takaful. Pada hujung 2006, saya berkenalan dengan seorang sahabat dan saya mula mendalami bidang ini. Saya mula hadir meeting kecil-kecilan. Saya layankan aje :) Namun, jodoh tak lama. Saya quit dari bidang itu atas alasan peribadi yang tak perlu saya nyatakan di sini. Saya tak sempat nak ambil exam pun. Di sebabkan kekecewaan saya, saya pun mengembara semula dalam dunia online.

Entah macam mana, saya tiba-tiba amat berminat dengan blog Dr Irfan Khairi. Abg Kumbang pun tahu, berapa kerap saya cerita dan sebut nama Irfan pada beliau :D Saya mahu berjaya seperti beliau. Saya tak ada buku beliau pada masa tu. Walaupun saya dah pernah bac buku tu di perpustakaan. Saya tiada buku itu di rumah sebagai koleksi peribadi. Terima Kasih yang tak terhingga pada Abg Kumbang yang menghadiahkan buku tu kepada saya. :)

Disebabkan minat nak mendalami ilmu online, saya gagahkan diri untuk memulakan sebuah blog percuma di norakmal.blogspot.com. Awalnya, saya nak tulis pasal kejayaan perniagaan internet. Pasal tips perniagaan internet. Namun! Apabila saya terbaca sebuah entri dari SmartZul bertajuk : Jangan Tulis PAsal Perniagaan Internet Boleh Tak? (kalau tak silap ya :D ) Saya pun terkesima.

Memang benar, terlampau banyak blog yang bincang pasal tu. Jadi, saya pun tak tau nak tulis pasal apa. Namun, syukur alhamdulillah, masalah ini tak kekal lama. Masa saya ke perpustakaan untuk buat assignment, saya terjumpa satu buku. Dan di dalam buku tu mengajar saya bagaimana mengenali kecenderungan diri. Pertama, katanya cari 3 sahabat. Cari 3 sahabat yang kenal kita betul2. Jadi, saya pilih tiga sahabat yang berbeza. Satu, kawan dari sekolah rendah, darjah 1. Satu, kawan dari darjah 5 dan merupakan kawan baik saya. Satu lagi, kawan semasa di matrik dan merupakan roomate saya.

Buku tu beri tips untuk tanya pada mereka ni, apa 3 perkara yang sangat menyerlah pada saya. Dan bandingkan ketiganya, pada ciri yang mempunyai hampir persamaan, itulah kelebihan saya. Jadi, saya pun sms mereka untuk dapatkan jawapan. resah betul, lepas sehari baru mereka balas sms :D

Jawapan mereka, yang kawan 1 kata saya ni best listener masa kawan ada masalah, dan boleh jadi pengajar yang baik. Kawan 2 kata, saya boleh jadi kaunselor dan tempat rujuk kawan-kawan kalau ada masalah cinta :D Kawan 3 kata, saya seorang teman yang suka luangkan masa dan selalu abaikan diri demi kepentingan orang lain (sounds great, tapi realitinya tidak bagus)

Jadi saya terus dapat kesimpulan untuk, pilih niche motivasi. Kemudian dari situlah titik tolak saya menulis motivasi dengan mendalam. Pada awalnya saya lebih selesa menulis perihal cerpen cinta dan Kisah Mia, namun akhirnya, saya menemui cinta sejati yang sejak dulu lagi sudah ada dalam hati. Saya cintakan kegembiraan manusia di sekeliling saya. :)

Sejak dari situ, saya baca buku demi buku mengenai pembangunan diri. Dulu saya cuma baca, sekarang saya cuba dalami. Fahami dan bandingkan dengan keadaan diri saya sebelum menemui cinta sejati tu :) SUngguh menarik rentetan perjalanan hidup ini sebenarnya.

Syukur, sejak hari itu, saya semakin minat dan seronok mempelajari bidang ini. Semakin merasakan bidang ini adalah bidang saya, semakin merasakan gembira yang tak terungkap dengan kata-kata.

Saya amat bersyukur, kerana melalui blog ini juga, saya di dedahkan dengan pelbagai ragam manusia. Saya secara pelrahan-lahan menyuntik sifat sabar dan bersangka baik. Alhamdulillah, saya di kenalkan dengan Kak Linn, Shueqry, Fai, Labanon, Smartzul, Kak Tom, Jimie, Raymond dan ramai lagi insan yan sangat baik dengan saya. Apa yang seronoknya mereka ini? Mereka ni, bila saya borak dengan mereka, saya rasa gembira. It makes me feel like, kami seperti sebuah keluarga.

Dari blog motivasi saya, saya mula berkenalan dengan para pembaca saya yang datang dari segenap pelusuk Malaysia. Ada yang berpangkat adik, kakak, abang. Semua perkenalan saya sambut dengan kesyukuran. Saya rasa seronok sangat tahun ini. Seperti juga Fai, penhujung tahun 2007 saya adalah sangat menggembirakan.

Betapa ALLAH sayangkan hambanya dan sentiasa menurunkan nikmat agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. Betapa rezeki dari ALLAH itu ada di mana-mana. Betapa kadang kala kita leka akan nikmat-nikmat ini.

Pagi tadi, masa bersarapan di kedai, saya terlihat kelibat seorang buta melintas jalan sambil di pimpin seseroang. Betapa bersyukurnya saya kerana di kurniakan penglihatan yang baik. Sedangkan kadang kala saya merungut kerana saya ni rabun. Namun, apabila semakin saya mengenali orang dan kehidupan, semakin bersyukur saya kepada ALLAH atas segala nikmat ini.

p.s : Terima Kasih kepada semua. Terima kasih yang tak terhingga kepada 3 sahabat yang saya nyatakan membuatkan saya mengambil keputusan menulsi motivasi. Yakni, An, Cyda dan Aini :) Love u all!

p.s : Terima Kasih kepada Abg Kumbang, sebab selalu je tak pernah bosan layan budak sorang ni :) Abang yang bagus ni. Bila nak ajak makan nasi minyak?> Wink**

p.s.s : Terima Kasih kepada semua blogger yang sempoi dan best gile :) Especially Kak Linn, Fai dan Shueqry yang sentiasa tak bosan melayan karenah saya bila-bila masa pun

Dah habis? Ok sekarang saya nak sambung pasal motivasi pula. Sudahkah anda menetapkan matlamat untk 2008? Matlamat ye, bukannya azam lapuk! Kebanyakan orang, kebiasaannya tanam azam baru, sayangnya mereka tak siram dan baja, mereka kambus terus azam tu :D

Jadi macam mana anda? Sudahkah anda tulis aim anda? Saya dah tulis. Saya tulis pada manila kad yang besar dan tampal kat bilik saya. :) Adakah semua aim tahun 2007 anda berjaya dicapai? Jika tak, kaji kenapa tak dpat capai, dan apakah tindakan anda seterusnya.

p.s : Selamat Maju Jaya