Mon 31 Dec 2007
Hari Terakhir 2007
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Sebenarnya, hari ni saya nak tulis sesuatu yang istimewa kat blog ni. Namun, saya dah tuliskan sebahagian daripadanya kat blog yang personal saya. Jadi, saya copy paste dulu baru sambung post kat blog ini
Ok, saya mulakan entri kali ini dengan ayat di atas
Fai, saya pun pilih lagu gak..
Ngehehe
Hari ni 31 Disember 2007. Hari akhir dalam tahun 2007. Esoknya adalah hari baru dalam 2008. Saya sebenarnya akan amat merindui tahun 2007 yang merupakan TAHUN KESEDARAN bagi saya.
Kesedaran yang macam mana tu? Dalam banyak aspek, terutamnya dari sudut spiritual. Baiklah, saya nak sangat cerita something pada pembaca blog ni mengenai tahun 2007 saya. Kalau anda tak suka membaca sesuatu yang personal, anda bolehlah beredar ke blog yang lain.
Saya akan menulis sesuatu yang personal di sini.
Tahun 2007. Awal tahun saya di mulakan sebagai seorang DJ. Ya DJ! Ops tapi tu tak bermakna saya akan pergi rebut jawatan yang di tinggalkan Hani dalam Pagi di Era
Saya selalu jadi DJ kat chat room Kuala Lumpur. Yup, YM CHat. Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu langsung. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan, Abg Kumbang merupakan insan yang paling kenal saya di alam siber ni
Tapi, mungkin beliau tak pernah dengar saya DJ pun
Selepas DJ kat chat room, saya pun beralih ke komuniti online, jadi DJ pertama yang launchingkan GCC masa tu. Syoknya
Itu adalah pada awal tahun 2007. Dan pada awal 2007 juga, saya dalam kekecewaan
Ramai yang tidak tahu, bahawa saya pernah mengambil keputusan untuk mendalami bidang insurans takaful
Ya, Takaful. Pada hujung 2006, saya berkenalan dengan seorang sahabat dan saya mula mendalami bidang ini. Saya mula hadir meeting kecil-kecilan. Saya layankan aje
Namun, jodoh tak lama. Saya quit dari bidang itu atas alasan peribadi yang tak perlu saya nyatakan di sini. Saya tak sempat nak ambil exam pun. Di sebabkan kekecewaan saya, saya pun mengembara semula dalam dunia online.
Entah macam mana, saya tiba-tiba amat berminat dengan blog Dr Irfan Khairi. Abg Kumbang pun tahu, berapa kerap saya cerita dan sebut nama Irfan pada beliau
Saya mahu berjaya seperti beliau. Saya tak ada buku beliau pada masa tu. Walaupun saya dah pernah bac buku tu di perpustakaan. Saya tiada buku itu di rumah sebagai koleksi peribadi. Terima Kasih yang tak terhingga pada Abg Kumbang yang menghadiahkan buku tu kepada saya.
Disebabkan minat nak mendalami ilmu online, saya gagahkan diri untuk memulakan sebuah blog percuma di norakmal.blogspot.com. Awalnya, saya nak tulis pasal kejayaan perniagaan internet. Pasal tips perniagaan internet. Namun! Apabila saya terbaca sebuah entri dari SmartZul bertajuk : Jangan Tulis PAsal Perniagaan Internet Boleh Tak? (kalau tak silap ya
) Saya pun terkesima.
Memang benar, terlampau banyak blog yang bincang pasal tu. Jadi, saya pun tak tau nak tulis pasal apa. Namun, syukur alhamdulillah, masalah ini tak kekal lama. Masa saya ke perpustakaan untuk buat assignment, saya terjumpa satu buku. Dan di dalam buku tu mengajar saya bagaimana mengenali kecenderungan diri. Pertama, katanya cari 3 sahabat. Cari 3 sahabat yang kenal kita betul2. Jadi, saya pilih tiga sahabat yang berbeza. Satu, kawan dari sekolah rendah, darjah 1. Satu, kawan dari darjah 5 dan merupakan kawan baik saya. Satu lagi, kawan semasa di matrik dan merupakan roomate saya.
Buku tu beri tips untuk tanya pada mereka ni, apa 3 perkara yang sangat menyerlah pada saya. Dan bandingkan ketiganya, pada ciri yang mempunyai hampir persamaan, itulah kelebihan saya. Jadi, saya pun sms mereka untuk dapatkan jawapan. resah betul, lepas sehari baru mereka balas sms
Jawapan mereka, yang kawan 1 kata saya ni best listener masa kawan ada masalah, dan boleh jadi pengajar yang baik. Kawan 2 kata, saya boleh jadi kaunselor dan tempat rujuk kawan-kawan kalau ada masalah cinta
Kawan 3 kata, saya seorang teman yang suka luangkan masa dan selalu abaikan diri demi kepentingan orang lain (sounds great, tapi realitinya tidak bagus)
Jadi saya terus dapat kesimpulan untuk, pilih niche motivasi. Kemudian dari situlah titik tolak saya menulis motivasi dengan mendalam. Pada awalnya saya lebih selesa menulis perihal cerpen cinta dan Kisah Mia, namun akhirnya, saya menemui cinta sejati yang sejak dulu lagi sudah ada dalam hati. Saya cintakan kegembiraan manusia di sekeliling saya.
Sejak dari situ, saya baca buku demi buku mengenai pembangunan diri. Dulu saya cuma baca, sekarang saya cuba dalami. Fahami dan bandingkan dengan keadaan diri saya sebelum menemui cinta sejati tu
SUngguh menarik rentetan perjalanan hidup ini sebenarnya.
Syukur, sejak hari itu, saya semakin minat dan seronok mempelajari bidang ini. Semakin merasakan bidang ini adalah bidang saya, semakin merasakan gembira yang tak terungkap dengan kata-kata.
Saya amat bersyukur, kerana melalui blog ini juga, saya di dedahkan dengan pelbagai ragam manusia. Saya secara pelrahan-lahan menyuntik sifat sabar dan bersangka baik. Alhamdulillah, saya di kenalkan dengan Kak Linn, Shueqry, Fai, Labanon, Smartzul, Kak Tom, Jimie, Raymond dan ramai lagi insan yan sangat baik dengan saya. Apa yang seronoknya mereka ini? Mereka ni, bila saya borak dengan mereka, saya rasa gembira. It makes me feel like, kami seperti sebuah keluarga.
Dari blog motivasi saya, saya mula berkenalan dengan para pembaca saya yang datang dari segenap pelusuk Malaysia. Ada yang berpangkat adik, kakak, abang. Semua perkenalan saya sambut dengan kesyukuran. Saya rasa seronok sangat tahun ini. Seperti juga Fai, penhujung tahun 2007 saya adalah sangat menggembirakan.
Betapa ALLAH sayangkan hambanya dan sentiasa menurunkan nikmat agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang selesa. Betapa rezeki dari ALLAH itu ada di mana-mana. Betapa kadang kala kita leka akan nikmat-nikmat ini.
Pagi tadi, masa bersarapan di kedai, saya terlihat kelibat seorang buta melintas jalan sambil di pimpin seseroang. Betapa bersyukurnya saya kerana di kurniakan penglihatan yang baik. Sedangkan kadang kala saya merungut kerana saya ni rabun. Namun, apabila semakin saya mengenali orang dan kehidupan, semakin bersyukur saya kepada ALLAH atas segala nikmat ini.
p.s : Terima Kasih kepada semua. Terima kasih yang tak terhingga kepada 3 sahabat yang saya nyatakan membuatkan saya mengambil keputusan menulsi motivasi. Yakni, An, Cyda dan Aini
Love u all!
p.s : Terima Kasih kepada Abg Kumbang, sebab selalu je tak pernah bosan layan budak sorang ni
Abang yang bagus ni. Bila nak ajak makan nasi minyak?> Wink**
p.s.s : Terima Kasih kepada semua blogger yang sempoi dan best gile
Especially Kak Linn, Fai dan Shueqry yang sentiasa tak bosan melayan karenah saya bila-bila masa pun
Dah habis? Ok sekarang saya nak sambung pasal motivasi pula. Sudahkah anda menetapkan matlamat untk 2008? Matlamat ye, bukannya azam lapuk! Kebanyakan orang, kebiasaannya tanam azam baru, sayangnya mereka tak siram dan baja, mereka kambus terus azam tu
Jadi macam mana anda? Sudahkah anda tulis aim anda? Saya dah tulis. Saya tulis pada manila kad yang besar dan tampal kat bilik saya.
Adakah semua aim tahun 2007 anda berjaya dicapai? Jika tak, kaji kenapa tak dpat capai, dan apakah tindakan anda seterusnya.
p.s : Selamat Maju Jaya
December 31st, 2007 at 2:38 pm
Oh, gitu mulanya titik permulaan tu …
Raymond Chua’s last blog post..Create Your Vision Board for The Year 2008
December 31st, 2007 at 3:40 pm
TAHNIAH, sejarah telah tercipta untuk anda tahun 2007, satu proses ke arah mencapai matlamat, teruskan usaha anda, bersyukur dan berterima kasih selalu kepada yang maha esa dialah segala2nya, ingatlah dia selalu pasti apa yang kita rancang berhasil, “Berbuat baiklah kepada satu orang dan pesankan kepada orang yang menerima kebaikan Anda itu suatu amanah untuk berbuat baik kepada tiga orang lainnya, tanpa melihat siapa dia. “ saya berpesan untuk diri saya sendiri dan pembaca2 blog anda ini supaya dapat menyebar luaskan ilmu yang bermanafaat kepada seluruh manusia di dunia ini.
we love you.
January 1st, 2008 at 2:57 am
Hii
That was inspire me .great and congrulation
would you exchange link with me
thanks
http://www.agroorganik.com/blog
kulkas
January 1st, 2008 at 8:15 pm
terima kasih kepada semua. semoga kita semua sentiasa bersemangat dan berjaya
January 3rd, 2008 at 7:53 am
entry yg sgt menarik dkerana berjaya menyentuh perasaan. Sebuah persahabatan yg terjalin tidak akan bermakna jika masing2 hnya mementignkan diri sendiri.
Setiap pengorbanan demi seorg shbt akan jauh lbh bermakna berbanding dgn sebuah pertolongan dgn bayaran oleh sesorg. Hehee apa da bg komen gini.
Anyway apa yg sy nk highlight ialah sebuah persahabatan yg indah terjalin antara sis dgn ur friend
P/s: Good luck. Lets go on with our aim 2008!
ahib0205’s last blog post..Akaun Maybank + Debit Card Public Bank
January 3rd, 2008 at 4:30 pm
Sebuah kisah dan perjalanan yang menarik untuk menjadi motivasi kepada pembaca. Semoga 2008 akan membawa lebih kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup awak…
Happy New Year!!
January 3rd, 2008 at 5:52 pm
Terima Kasih Zain
semoga bermanfaat untuk awak juga 
Dik Mal’s last blog post..Jaga Kesihatan Gaya Jimie Ray!
January 9th, 2008 at 10:14 am
Salam dari saya…
Hari ini juga hari terakhir tahun 1428…maghrib nanti sudah masuk 1429…selamat menyambut awal muharram.
Cukup menarik pengisian di blog ini. Hebat.
Oh!ya..jgn lupa doa akhir tahun selepas asr nanti dan doa awal tahun selepas maghrib nanti. Semuga tahun baru ini akan memberikan lebih sinar kepada kita semua.
Rosli’s last blog post..The Wind Of Change: A black in the White House?
January 20th, 2008 at 12:33 pm
hmm… alhamdulillah, syukur padaNYA…
hmm.. mal, TAHNIAH kerana di atas segala usaha mal selama ini, telah membuahkan hasil dan dapat memberikan informasi yg berguna untuk orang lain… alhamdulillah, aini bangga dengan usaha mal selama ini.. tak sangka mal berminat dengan bidang motivasi ini.. tapi, sebenarnya, aini dah nampak dari dulu lagi, sejak kita mula kenal(walaupon hanya sekejap.about 1tahun setengah)…tapi, aini boleh lihat potensi mal untuk menjadi motivater yg baik.. insyallah… semoga berjaya dunia akhirat… aini akan selalu mengikuti perkembangan mal dalam entri ini..
January 20th, 2008 at 7:36 pm
Aini, terima kasih
dah nampak dari dulu, nape tak bagitau
hehe.. gurau!
all the best dalam study
Dik Mal’s last blog post..Kenapa Kadang-Kadang Susah Nak TUrunkan Berat Badan?
July 6th, 2008 at 12:12 am
tahniah!!! terus kan usaha anda. Pasti ramai yang mendapat manafaatnya.