Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Hari ini adalah hari yang saya selalu nantikan dalam sepanjang minggu. Kenapa? Mao tao kenapa? :D

Sebab malam ini ada segmen Jejak Jutawan di Radio 24. Mendengar Jutawan bercakap adalah kesukaan saya. Tahukah anda, setiap kali talk show tu, saya akan guna hingga 4 kertas a4 untuk catat buah cakap mereka ini. Untuk apa? Biasalah, mengkaji pattern tindakan Jutawan lah :) hehehe.. mana tau apabila sudah banyak kumpulkan, ia boleh di gubah menjadi buku ku. :)

Malam ini, ada segmen Jejak Jutawan sekali lagi. Dan malam ini, Dr Irfan Khairi akan menemuramah Chef Li! Ya! Ini adalah antara yang tak sabar saya nak dengar. SIapa Chef Li? Chef Li adalah penulis 4 buku bestseller. Dan buku beliau yang paling saya gemari adalah buku Jutawan Senyap. :)

Saya suka sangat buku tu dan gaya penulisannya yang sempoi menyebabkan saya habiskan membaca buku tu dalam masa kurang 4 jam. Dari masa saya dalam keretapi hinggalah sampai ke rumah, di atas sofa. Memang seronok membaca buku ni. Buat saya rasa bahawa dalam hidup ini, benar-benar wujud orang biasa dengan usaha berganda-ganda.

Chef Li akan membongkar rahsia bagaimana degngan menjadi usahawan makanan dengan membuka gerai-gerai pun boleh menjadi jutawan! Saya amat berminat untuk dengar secara LIVE :) Mesti tak boleh di lepaskan. Saya sebenarnya asalnya sangat suka baking. Akak pun minat baking. Mana la tau, ada rezeki kami boleh melangkah setapak ke hadapan :) Amin. Seronok baking ni. Kalau di banding dengan masak lauk pauk, saya labih suka baking :D Tapi, kalau makan, apa pun suka. Hehe :D

Jadi, malam ini,mungkin dalam jam 8 malam, boleh dengar secara langsung dr www.radio24.com.my . Oh ya, gunakan browser IE, baru boleh dengar jelas. Kalau guna Firefox, mungkin tak dengar apa-apa :) Jangan ketinggalan ya!