Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Sebenarnya, saya tidak berhasrat menulis hari ini. Mungkin esok selepas saya terima kembali laptop saya. Tapi, saya telah terbaca beberapa mesej dari chat box di blog orang lain. Ia di tulis oleh seseorang pelajar kalau tak silap.

Tatkala saya membaca mesej beliau, saya teringat keadaan diri saya dahulu. Dan mungkin juga keadaan anda semua. Dan juga keadaan yang di alami ramai pelajar dewasa ini. Saya berkesempatan mengajar para pelajar dari pelbagai tahap, dari kela yang no 1 hingga la kelas yang akhir sekali. Dan persepsi minda mereka ternyata berbeza.

TUjuan saya menulis ini adalah untuk membantu anda mengetahui akan peranan diri anda. Tidak sama sekali bertujuan mencari gaduh :D

Ramai pelajar ini mempunyai sifat memandang rendah kemampuan diri. Rasa tak yakin boleh buat semua saranan . Tak boleh buat semua kerja . Tak boleh jawab exam kerana soalannya susah. Saya juga seperti ini dulunya. Namun sekarang setelah memahami peranan saya terhadap diri saya, saya mula sayang diri saya.

Ya! Tahu tak anda. Bila anda cakap macam tu, betapa sedihnya diri anda? Merajuk tak dia? Ya, anda cakap dia tak mampu! Sedangkan? Anda sebenarnya sedang menambahkan unsur-unsur tak percaya diri kepadanya. Apa jadi lepas tu? Diri macam merajuk, makin menjadi2 ketakmampuan diri tu. :)

Sedangkan, sepatutnya anda menghargai diri anda. Ucapkan tahniah apa bila berjaya. Dorong dengan kata-kata semangat apabila gagal. Sayangi diri anda, seperti mana anda sayang keluarga anda. Maka anda perlu lebih sayang diri anda. Saya sayang diri saya sekarang.  Badan saya ini, bekerja sama dengan inner force saya, untuk mengukir kejayaan. Tapi, kalau inner force saya selalu marah2 badan saya, tentuk tak seia sekata kan? Lantas bagaimana nak berjaya?

Kuncinya : Percaya dan Sayangi Diri Anda.