Wed 19 Dec 2007
Dik Mal Kembali Dengan Gembira!
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Syukur Alhamdulillah. Syukur sangat sebab hari ni saya dapat meluangkan masa untuk menulsi di blog yang paling saya sayang ni.
Entri kali ini adalah khusus untuk menjawab semua tanya tanya anda semua
Yer lah, ramai sudah tanya ke mana saya pergi. Saya tak ke mana - mana sebenarnya. Masih di depan laptop online seperti biasa setiap pagi sehingga lewat malam.
Saya sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini. Saya sedang mencuba-cuba dengan adsense. Ya, bilangan blog yang perlu dikendalikan makin banyak. Alhamdulillah juga, ada perkembangan yang positif dari kerja-kerja tu. Syukur sangat. Dalam masa yang sama, alhamdulillah lagi sekali kerana Nuffnang saya dah dapat request first payment. Alhamdulillah. Saya rasa amat bersyukur sangat kepada ALLAH SWT atas segala rezeki yang diberi kepada saya.
Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, Kak Linn ada berkongsi dengan saya beberapa siri video yang amat menyentuh perasaan. Dan saya rasa amat terpanggil untuk berkongsi kepada anda. BEnar, video ini amat menyentuh hati. Bagaimana selalunya kita sebagai umat Islam, terlupa kepadaNya. Sering mengeluh di duga, sering merasakan tidak difahami. Sedangkan ALLAH SWT telah meninggalkan sesuatu yang amat beharga kepada kita semua.
Saya mohon kepada anda semua, beri masa dan fokus untuk melihat ketiga-tiga video ini. Saya meluangkan masa dua kali untuk ulang tengok. Benar, aku melihat, tetapi hatiku buta! Semoga, apa yang cuba disampaikan di dalam video ini, dapat memberi manfaat kepada anda juga.
Sebenarnya, bila saya berseorangan, saya suka berfikir. Kadang-kadang tatkala saya berfikir, saya leka dengan fikiran. Itu yang sampai nak update blog pun, tak siap-siap
Maafkan saya. Dalam masa yang sama juga, saya sedang menyiapkan Goal Setting Guide untuk anda
Sebenarnya juga, saya gembira dan ceria beberapa hari ini. Walaupun tidur kurang dari biasa, tapi saya tetap girang. Hati telah menemui sesuatu. Alhamdulillah.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua. Jumpa lagi!
p.s : Alhamdulillah. Bilangan subscribers blog ini juga semakin bertambah. Sehingga hari ini, hari ini ketika saya masuk blog ini di lewat petang, bilangan pembaca telah menceceh 81 orang. Semoga ukhwah kita semua semakin utuh! InsyaALLAH . Jika anda ada permasalahan, boleh emailkan kepada saya : e.norakmal@gmail.com . Dan saya mohon kepada anda, jika apa yang di kongsikan di blog ini, artikel, komen pandangan , apa saja, dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik, maka gunakanlah. Semoga ilmu yang berterusan ini, membantu menyelamatkan kehidupan ramai orang.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

December 19th, 2007 at 11:52 pm
Terima kasih kepada Dik Mal dan Linn kerana sudi berkongsikan video yang penuh bermakna ini.
Saya enjoylah tonton video ini.
Apakah blog Dik Mal dikira surat cinta juga?
Raymond’s last blog post..Shift Happens – The Answer Is the Law of Attraction
December 20th, 2007 at 12:21 am
Bagaimana ye tu Raymond?
Bg saya, saya menulis kerana ada satu force dari dalam untuk berkongsi. Rasanya sekarang jiwa terisi. Dulu rasa seperti jiwa kosong..
ps : Saya tak semapt bls email Raymond
nanti saya balas ya
December 21st, 2007 at 11:43 am
terima kasih ya allah sekarang engkau telah membukakan kami semua pembaca2 blog ini, pintu2 ilmu yang bermanafaat, pintu2 hati yang bersih, pintu2 kecerdikan yang tinggi, pintu2 rahmat, pintu2 nikmat, pintu2 rezeki yang halal dan melimpah ruah, pintu2 kasih sayang dengan semua makhluk ciptaan mu, amin.
semoga tuhan mengampuni dan merahmati hidup kita semua hari ini, amin.
saya percaya anda, anda orang yang luar biasa hebat, anda menariknya ke dalam hidup anda.
we love you,
mizan
December 21st, 2007 at 8:29 pm
Mizan, terima kasih. Semoga bermanfaat kepada semua.
December 30th, 2007 at 11:15 pm
alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk membaca dan menghayati rakaman video yang disertakan.. terima kasih kepada linn dan mal kerana sudi berkongsi video tadi.. saya benar2 menghayatinya dan hampir menitiskan airmata tatkala mendengar rintihan doa seorang penonton yg berada di studio pada masa itu.
semoga kita beroleh manfaat dari surat cintaNYA… amin..
December 30th, 2007 at 11:17 pm
Einin
kawan yang di rindui.. bukan kawan! sahabat sebenarnya
thanks akhirnya sampai ke sini
p.s : rindu betul!
Dik Mal’s last blog post..Very Inspirational and Honest Writing from Patric Chan