Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Bulan Disember adalah bulan ramai di antara kita mulai menulis target untuk tahun depan, tahun 2008. Sudahkah anda menulis target anda tahun depan? Target itu nanti tidak semestinya hanya target semata-mata. Ia semestinya di susuli dengan plan untuk membolehkan ia tercapai. It does not happen by miracles. Kita semestinya perlu melakukan sesuatu untuk memastikan ia terjadi.

Seperti juga jika anda nak makan telur goreng. Anda perlu dapatkan kuali, minyak dan perlu goreng telur itu, barulah dapat hasilnya. Anda takkan dapat hasil jika anda cuma duduk dan tenung telur itu dengan harapan bila anda bangun satu pagi, telur itu bertukar menjadi telur goreng. Setiap matlamat itu merupakan hasil akhir. Dan hasil akhir ini melalui satu proses. Tengok pada kilang-kilang, ambil contoh kilang buat kordial nenas. Dari asal nya nenas ni dalam bentuk asalnya, untuk mendapatkan hasil akhir, ia perlu melalui beberapa proses yang lain. Yang pastinya, nenas yang asal tadi (dgn kulit) takkan bertukar begitu saja jadi kordial ! :)

Usaha anda yang berterusan ini akan memastikan dan menjadikan anda sentiasa bertenaga dan bermotivasi. Aura-aura ceria dan gembira akan menghiasi diri dan hari anda. Dengan semua itu,anda akan jadi lebih bersemangat sentiasa! Diri anda akan dikelilingi aura positif. Jadi apa kelebihannya? Anda akan menarik pelbagai peluang yang akan menjadikan impian anda satu kenyataan.

Saya juga telah menerima email pada petang hari ini bertanyakan sesuatu. Beliau mahukan kepastian mengenai penetapan matlamat. Ada orang cakap kata, kita perlu fokus hanya pada satu matlamat dan apabila tercapai matlamat tersebut, baru kita kejar matlamat yang lain. Persoalannya betul ke macam tu? Sebab  dalam masa yang sama pula, orang lain beri idea yang lain. Yakni meletakkan matlamat dan mencapainya dalam masa yang sama. Yakni serentak. Terima Kasih kepada pengirim. Seperti DIk Mal janjikan, ini jawapannya.

Sebenarnya memang ada banyak teori tentang penetapan matlamat ni. Sama ada nak fokus kepada satu sahaja, atau banyak. Si A akan kata, kejar semua impian anda serentak. Dengan fokus yang baik, anda akan berjaya mencapai semuanya. Anda cuma tahu strategi yang telah diguna pakai oleh orang lain sebelum ini dan kemudiannya anda pula apply dan akan berjaya. Cuma perlu fokus yang bersungguh-sungguh. Si B pula kata, baik anda fokus pada satu matlamat, ini akan memastikan fokus anda 100% jatuh pada matlamat yang satu. Si C pula akan kata, letakkan matlamat yang besar. Dan si D pula akan kata, pecahkan matlamat anda lebih kecil mengikut kemampuan anda.

Jadi yang mana satu yang betul? Tiada yang salah. Semuanya betul. Namun ia bergantung kepada kemampuan diri anda dan kemampuan anda menggunakan minda anda. Jika anda masih belajar untuk menguasai minda anda, akal anda, maka anda lebih sesuai untuk menetapkan matlamat yang lebih kecil dan sesuai untuk jangka masa pendek. Apa rasionalnya? Matlamat yang lebih kecil disertai action yang tepat akan memudahkan anda mencapai kejayaan. Kejayaan-kejayaan kecil ini pula akan meningkatkan konsep diri anda. Anda akan semakin yakin dan percaya pada diri anda. Jika anda sudah yakin akan kemampuan anda. Dan anda benar-benar mempunyai hasrat yang jitu dan ikhlas pada impian anda, maka fokuskan kepada satu matlamat anda.

Dan saya lebih suka menyarankan anda fokus kepada satu matlamat anda pada satu-satu masa. Ia memberikan anda fokus 100%. Anda dapat beri perhatian tak berbelah bagi, dapat beri fokus, dapat rangka plan yang menyeluruh untuk memastikan impian anda tercapai. Bayangkan telur ayam tadi. Adalah lebih mudah bila anda cuma tumpu pada tugas menggoreng telur saja di dapur. (satu matlamat) berbanding jika dalam masa dan dapur yang sama, anda nak masak gulai telur, sambal telur, mahupun telur rebus. Fokus anda perlu dipecahkan. Jika anda betul-betul dapat pastikan anda dapat masak gulai telur, sambal telur, telur rebus dan telur goreng dalam masa yang sama, tentu masalah tak timbul. Tapi, kalau anda sibuk dengan gulai telur, telur goreng pula boleh hangus. Ini contoh mudah dalam menetapkan matlamat. Pilih yang mana sesuai dengan kemampuan diri anda sendiri.

Selamat Mencuba! :)