Sun 2 Dec 2007
Law Of Attraction ke atas saya!
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Hari ini, saya agak sibuk. Saya perlu menghadiri jemputan perkahwinan di dua tempat. Jadi, masa yang agak terhad pagi ini, saya gunakan untuk kemas kini blog ini.
Malam tadi, dan sepanjang semalam. Saya sibuk memikirkan susun atur pejabat-rumah saya ini. Saya mahukan sesuatu yang segar untuk 2008. Ya, saya memang suka ubah susun atur ruang kerja mengikut selera saya
Dan banyak yang dah pun saya tuliskan. Anda boleh baca di blog personal saya di : http://www.dikmal.com/blog/2007/12/02/rak-buku-baru-diperlukan/.html
Jadi sekali lagi, saya kongsikan gambar rak buku yang saya mahukan di blog ini. Ia seperti tertera di bawah :

Jadi malam tadi, saya memang dah setkan dalam fikiran saya, saya akan dapat almari seperti ini. Memang seronok sebab saya suka susun buku-buku saya dalam satu rak yang sama. Dan rak buku macam dalam gambar tu akan menyenangkan saya
Lepas tu, kalau ada pulak kerusi macam tu. Syioknya !
Kemudian saya tertidur. Pagi ini, saya berkesempatan bersarapan pagi di Ampang Waterfront. Tiba-tiba masa tunggu ayah dan mak keluar dari kereta. Mata saya tertancap pada satu pemandangan yang indah
Rupanya saya berada di depan sebuah kedai perabot. Saya jarang tengok barang di dalamnya. Saya tak pernah pun nak tinjau barangannya. Dan kedai tu pun selalu buka lambat. Tapi hari ni, tiba-tiba, saya ternampak sebuah rak buku. Saling tak tumpah macam yang ada dalam gambar ni. Cuma ada perbezaan sedikit saja. Namun memenuhi kriteria saya nak : comel, berwarna gelap, moden
Harganya? RM999. Ouh! Siapa sangka apa yang saya selalu bayangkan malam tadi, benar-benar timbul di depan mata? Sebenarnya, saya yakin ini terjadi mungkin kerana, ini adalah antara benda2 yang benar-benar saya mahukan.
Ya bestnya, bila saya cerita pada mak pagi tadi, mak kata, rak buku tu mungkin besar untuk bilik saya. Saya pun cakap baru malam tadi saya terbayangkan rak buku, dan tulis pasal rak buku. Pagi ni pula terjumpa! Mak kata : MIMPI KOT? Saya? Diam dan sengih. Ni kan kerja minda dan kehendakNya ![]()
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

December 2nd, 2007 at 1:32 pm
Memandangkan sudah ada petunjuk, langkah seterusnya ialah manefestasikan wang yang diperlukan.
Mungkin peluang rezeki pula yang akan datang kali ini.
Raymond’s last blog post..I Will Always Love You
December 2nd, 2007 at 6:08 pm
betul tu Raymond… amin, rezeki pula yang datang kali ini..
December 3rd, 2007 at 8:40 pm
siapa kata LOA tak memberi kesan? Ni Buktinya!
Yup, langkah seterusnya is attracting money
Saya doakan moga DikMal berjaya!
-Shueqry-
shueqry’s last blog post..Sediakan Pernyataan Misi Anda
December 5th, 2007 at 9:58 pm
Thanks Abg Shueqry..
inilah buktinya… semoga saya berjaya!
amin
December 7th, 2007 at 10:18 am
Saya merantau banyak blog dan banyak yang membicarakan pasal LOA. Saya terjumpa satu buku pasal LOA nih beberapa tahun dulu masa perkataan nih tak glamour lagi. Tapi dia tak panggil LOA… kalau tak silap dia panggil the “balance of universe”! Tetapi applikasi peggunaannya dan ceritanya sebijik.
Balance of universe ni lebih kurangnya bagaimana kalau kita berfikir secara positif, kita membuat sesuatu yang positif dan something good will happen to us. Ia adalah cara alam (saya anggap itu kuasa Allah - tapi ada org puteh ni tak percaya kan) mengisi ruang vakum…
Ada satu cerita, dia nih memang susah nak carik parking kat satu kawasan restaurant yang ramai orang kaya-kaya datang minum kerana pada di belakang fikiran dia, kereta dia yg kecik tuh tak sesuai untuk tempat itu (macam subconsciously). Tapi lama kelamaan dia menukar fikiran dia secara positif bahawa duit akan datang kepadanya, dia cari mentor dan mula berniaga, dia dapati sekarang, bila dia sampaike restauran itu untuk jumpa mentornya, pasti akan ada parking kosong atau kebetulan ada kereta akan keluar. Dan itu selalu sangat dah macam bukan kebetulan.
Kesimpulan komen saya yang panjang mcm artikel dalam blog ni, saya pun dah cuba berfikiran postif (part cari parking kat tempat yang sesak).. Alhamdullillah, sekarang ni senang nak carik parking…. haha…
DrAzwan’s last blog post..Bakal Iklan Raya Yasmin Ahmad untuk Petronas Tahun Depan
December 7th, 2007 at 9:41 pm
Ya Dr Azwan. Nama saja LOA. Ibarat satu branding baru. Yang penting , konsepnya.. Yang diguna pakai walaupun sebelum orang jumpa dan guna istilah LOA.
Prinsip ini ada di mana-mana. Ibarat juga pepatah, buat baik di balas baik.