Archive for November, 2007

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang untuk menulis sesuatu yang saya pasti mempunyai ramai peminat tersendiri. Kali ini, saya akan menulis beberapa siri artikel menyentuh perihal Law of Attraction. Saya juga pasti, anda pernah mendengar dan membaca mengenainya. Blog Shueqry Berkata, Blog Linn Comel dan Blog Raymond adalah antara blog Malaysia yang telah pun membincangkan perkara ini secara detail di dalam entri-entri terdahulu.

Saya pula, telah mengambil inisiatif untuk menulis mengenai LOA di dalam bentuk artikel bersiri. Objektifnya? Membolehkan anda memahami secara mudah akan konsep LOA. Juga, kerana sepanjang minggu ini, saya perlu memenuhi beberapa tuntutan yang mustahak dan telah di jadualkan lebih awal.

Sekiranya anda adalah pembeli Pakej B Ebook Magnet Rezeki, anda pasti sudah menerima EBook Tambahan yang dijanjikan. Siri pertama EBook ini menekankan mengenai Hukum Mental. Terkandung di dalamnya segala jenis hukum yang pernah anda dengar dan baca sebelum ini. Mungkin anda tahu mengenainya. Mungkin juga tidak.

Hukum Daya Tarik atau Law of Attraction adalah di antara yang telah di huraikan di dalam EBook Hukum Mental tersebut.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom mulakan :) (more…)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Orang yang berjaya hatinya bersih, terisi dengan sikap yang baik-baik dan akhlak yang baik. Untuk membersihkan hati, kita perlu sentiasa memaafkan semua orang sebelum kita masuk tidur, lafazkan di dalam hati.

Maafkan semua orang yang menyakiti hati Anda seikhlas hati, sehingga rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari kita. Bila ini berlaku, fikiran-fikiran negatif dan semua tanggapan buruk-buruk akan hilang dengan sendirinya.

Saya ibaratkan ini seperti sebuah bilik gelap yang sebelum ini penuh dengan kekosongan, kegelapan dan kehitaman dan bila Anda memaafkan seseorang, tiba-tiba akan timbul cahaya dalam bilik tu, meneranginya dan membuatkannya jadi ceria. Bilik itu ibarat hati Anda.

Apabila hati bersih, Anda akan jadi mudah tersenyum, optimis, bersemangat dan bermotivasi. Ada beberapa lagi kesan daripada memaafkan orang lain, antaranya :

  • Dapat menyucikan hati dari sikap kurang baik
  • Menenangkan fikiran
  • Menyembuhkan tanda-tanda awal penyakit
  • Mencantikkan wajah
  • Menaikkan seri muka
  • Mudah menarik hidayah daripada Allah

Jadi, positifkan jiwa Anda hari ini juga!

- Shueqry -
all for one, one for all.

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Masuk bulan ini, sudah 10 bulan saya menulis mengenai motivasi dan pembangunan diri. Dalam diam banyak sungguh pencapaian peribadi yang telah saya perolehi. ALhamdulillah ketenangan yang di dambakan telah saya kecapi. Semoga anda juga begitu

Terima Kasih Kepada Anda Semua. Entri ini saya tulis sebagai tanda terima kasih kepada anda semua pembaca blog ini. Tidak kira sama ada anda membaca senyap-senyap mahupun aktif melontar kan komen. Saya tetap menghargai anda. Sokongan anda semua tanpa berbelah bagi, menjadikan saya lebih bersemangat untuk menulis

Adalah satu kepuasan peribadi apabila melihat ramai orang mengmabil manfaat dari tulisan-tulisan ini. Di harapkan anda semua terus menyokong perjuangan blogger-blogger motivasi Malaysia ini.

Saban hari bila saya online, saya akan cek jumlah subscription blog ini. Jumlahnya ALhamdulillah semakin bertambah. Sudah mencecah 44 orang. Saya amat gembira dan terharu menerima perkembangan ini. Rasa di hargai dan di sayangi. Terima Kasih!

Saya menanam hasrat di dalam diri untuk muncul sebagai seroang blogger motivasi yang berjaya seperti Abg Shueqry. I will. Lets make it BIG now.

p.s : Entri ini di tulis sebagai meraikan kegembiraan saya atas pencapaian diri saya selama 10 bulan ini. Jika saya tidak mengambil langkah pertama 10 bulan yang lalu, siapalah saya sekarang ini… POWER OF DREAMS>

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Saya tahu anda dahagakan kejayaan. Ada yang terdesak mahu berjaya. Ada yang sentiasa mengimpikan kejayaan. Malah ada yang cuma meyakini tentang mitos kejayaan. Paling penting, anda sedar akan kemampuan anda untuk berjaya.

Jadi, bagaimana anda boleh membentuk kejayaan anda sendiri? Boleh kah dengan cuma switch off dan switch off fokus semata-mata? Saya ingin petik salah satu artikel tulisan Kak Linn Comel yang saya minati :

Kejayaan bukan satu kebetulan tetapi adalah hasil dari sebab dan akibat. Cara kita berfikir adalah sebab, tingkah laku adalah akibat. Jadi jika anda gagal dalam kehidupan anda, ianya adalah disebabkan oleh cara berfikir anda menjurus kepada kegagalan. Jika anda berjaya ianya adalah disebabkan oleh cara anda berfikir menjurus kearah kejayaan.

Ini adalah konsepnya. Ini lah konsep asasnya. Jika anda lapar, tentu minda anda fokus pada perut yang lapar dan makanan, maka kalau saya cerita apa pun pada anda, anda tetap fokus pada lapar dan makanan bukan? Tapi kalau tiba-tiba masa anda lapar tu, terjun seekor kucing dari atas bangunan jatuh di depan anda. Tentu anda tergamam dan terjerit-jerit. Nah, fokus anda dah lari pada kucing itu. Rasa lapar pun segera hilang. Mengapa? Sedangkan nasi sebutir pun belum di jamah?

Kembali kepada konsepnya. Jika cara berfikir anda menjurus kepada A, A yang anda akan dapat. Jika cara anda berfikir menjurus kepada B, B yang anda akan dapat. Dan fokus anda pada A boleh di alih kepada B dengan teknik yang betul. Sekarang, percaya tak anda, bahawa anda boleh berjaya dengan teknik yang betul?

p.s : Setiap manusia itu diciptakan sedia-hebat. Mana saya tau? Sebab manusia ada akal, itu yang membezakan manusia dengan ciptaan yang lain. Renungkan :)

Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Takut. Apa yang anda fahami dengan perkataan takut. Kalau di tanya pada kanak-kanak kecil, mungkin jawapan yang sinonim seperti : takut hantu, takut cikgu marah, takut mak marah, takut kena denda dan lain-lain. Kalau di tanya pada remaja yang baru nak mula berpacaran, jawabnya : takut di tolak bulat-bulat, takut nak luahkan sebab aku tak ada rupa dan lain-lain.

Jika di tanya pada seorang kerani, jawabnya : takut gaji lambat masuk, takut bos mintak laporan cepat, takut tak dapat cuti, takut kena buang kerja. Kalau di tanya pada mereka yang ingin berjaya jawabnya : takut gagal.

Apa maksud takut sebenarnya? Menurut Kamus Dewan yang saya semak, takut membawa maksud gentar, gerun menghadapi sesuatu yang boleh dianggapkan boleh membahayakan diri; berasa bimbang; tidak sanggup; dan lain-lain lagi.

Justeru itu, apa yang boleh kita fahamkan mengenai takut? Satu perasaan. Itu saja bagi saya. Takut adalah perasaan. Perasaan berkait rapat dengan emosi.

Saya pasti anda tahu akan peranan emosi dalam kehidupan anda. Emosi termasuklah rasa gembira, sedih, takut, ceria, marah, benci dan lain-lain. Apa baiknya emosi ini? Emosi yang stabil membolehkan anda sentiasa berada di dalam persekitaran yang positif dan menarik perkara yang positif kembali kepada anda. Sedangkan kegagalan mengawal emosi menyebabkan anda sentiasa  berada di dalam persekitaran yang negatif dan suram.

Maka, anda sepatutnya dapat fahami bahawa takut adalah satu perasaan, perasaan ini jika anda biarkan menguasai tindakan anda dan berlebih-lebihan; akan menyebabkan anda memberi reaksi negatif yang lain seperti : sedih, suram, tertekan dan lain-lain.

Bila minda anda menumpu kepada perasaan seperti ini, akan datang lagi perasaan lain yang lebih besar. Contohnya : cepat mengalah, cepat berpuas hati, tidak mahu mencuba dan lain-lain. Kerisauan yang terbit dari perasaan takut ini akan menarik banyak perasaan negatif, yang akhirnya akan menyebabkan anda cepat putus asa.

Seperti  yang saya sering katakan. Tiada manusia yang benar-benar gagal. Kegagalan yang sebenar adalah apabila mereka berputus asa. Untuk mengelakkan kegagalan, kawal perasaan takut anda. Dan anda ada potensi besar untuk berjaya.

Selamat Mencuba. Kejayaan Adalah Hak Milik Anda

p.s : Sudahkah anda mula menetapkan matlamat anda sempena tahun 2008 yang bakal menjelang? Tidak tahu menetapkan matlamat? Mahu tahu caranya? Blog ini bakal menghasilkan sebuah report berkenaan dengan Penetapan Matlamat (Goal Setting) sebelum hujung bulan Disember dan ia adalah percuma! Sudah tentu anda tidak mahu terlepas peluang mendapatkannya. Subscribe ke blog ini dan nantikan kemunculannya. Kami akan menghebahkan kemunculannya terus ke email anda. Subscribe ke blog ini sekarang juga. Klik sini untuk subscribe.  

p.s.s : Beri peluang kepada anda untuk lebih memahami potensi anda untuk meraih kejayaan. Kami di blog Motivasi Kejayaan amat menyarankan anda untuk mendapatkan e-buku ini sebagai bahan bacaan. Saya yakin jika anda membacanya dengan ikhlas, dan faham intipatinya, insyaALLAH anda akan merasakan anjakan paradigma di dalam diri anda. Klik sini untuk maklumat lanjut