Thu 29 Nov 2007
Simbol Kejayaan Meningkatkan Konsep Diri
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Sebelum anda membaca lebih lanjut, saya syorkan anda membaca artikel ini yang saya ambil dari blog Linn Comel. Artikel penuhnya boleh anda baca di sini.
mengapa kita perlu sentiasa menulis tentang kisah kejayaan diri kita ?. Minda kita hanya boleh berfikir satu perkara sahaja dalam satu waktu. Jadi fokus kita hanya satu maklumat atau informasi dalam satu saat.Jadi dengan cara ini, kita dapat manipulasi minda kita demi kebaikan.
Ketika kita menulis kisah kejayaan yang kita alami, kita telah mengisi memori minda kita dengan informasi yang positif. Ini seterusnya dapat memaksa minda sedar kita untuk fokus hanya pada hal-hal yang positif. Semakin banyak kita fokus kepada sesuatu yang positif, emosi kita akan menjadi positif, seterusnya diri kita juga akan menjadi lebih positif.
Semakin banyak kita mengisi minda kita dengan kisah kejayaan. Semakin itulah kita akan menjadi lebih positif. Yang penting, kisah kejayaan tersebut perlu ditulis.
Source : Blog Linn COmel
Saya telah mula menulis kisah kejayaan saya sendiri sejak disarankan oleh Kak Linn Comel. Saya benar-benar menulis
Bila di baca, memang saya berasa bangga pada diri saya. Dan sejak hari itu, saya rasa semakin baik. Semakin yakin diri, semakin bersemangat. Yang paling penting, rasa-rasa kurang semangat telah tiada.
Jika saya telah dapat memperbaiki konsep diri saya. Teruskanlah bukan? Sebenarnya selain menulis kisah kejayaan, ada banyak lagi cara yang boleh anda praktikan untuk memperbaiki konsep diri anda. ANtaranya? Melihat simbol kejayaan anda.
Apakah simbol kejayaan ini? Sesuatu yang membawa maksud kejayaan bagi anda. Mungkin autograf dari seseorang yang anda kagumi, mungkin piala yang anda menangi, mungkin hadiah dari seseorang dan mungkin juga pingat yang pernah anda terima. Kejayaan membawa input positif kepada minda kita. Jadi, bila kita selalu menatap kejayaan sendiri di depan mata, kita membawa input positif sendiri ke dalam minda. Jadi, minda anda juga akan menjadi positif. Ini akan meningkatkan konsep diri anda. Malahan, simbol kejayaan merupakan antara teknik yang telah Kak Linn kupaskan di dalam EBook Magnet Rezeki.
Saya setelah mengulang baca EBook ini, kemudian terhenti di sini untuk kali ini. Simbol kejayaan. Ya! Saya ingin buat apa yang disarankan. Bila saya baca, perkara pertama yang saya ingat ialah, piala Forum Sastera yang saya menangi semasa di Tingkatan 4, saya dapat Johan pada waktu itu. Dan satu lagi Piala Anugerah Citra Seni Sekolah Daerah Hulu Langat yang saya raih pada 2003. Anda tahu saya amat bangga dengan piala ini seketika dulu. Namun kerana kesibukan dan kerja lain, akhirnya, piala ini hilang dari mata. Dan sekarang? Terletak di bawah katil bilik sebelah! Bukan bilik saya pula tu. Betapa saya tak aware akan nilai sentimental piala ini pada saya. Sekarang, piala ini telah saya alihkan dari sana, supaya dapat say lihat setiap hari.
Kini juga baru saya mengerti, kenapa, kalau kita lihat meja CEO, meja BOS, meja PENGARAH, ada banyak piala-piala peribadi, ada banyak koleksi peribadi di susun di dalam cermin kaca yang khusus. Untuk apa? Menyemarakkan ras bangga pada diri sendiri.
Jadi, hari ini saya mengambil inisiatif untuk mengumpulkan kejayaan-kejayaan ini di tempat yang saya akan lihat setiap hari dan menjadikan saya terus bersemangat dan makin bangga akan diri saya. Malahan, anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Baiki konsep diri anda. Yakinkan diri anda. Tunjuk simbol kejayaan anda. Anda sememangnya membanggakan!
Salam Kejayaan Untuk Anda Semua
p.s : Dapatkan EBook Magnet Rezeki Sekarang. Dan mulakan perubahan dalam kehidupan anda. YA! Perubahan ke arah yang lebih baik
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

November 29th, 2007 at 11:06 pm
T Harv Eker juga menyarankan konsep ini. Beliau menyarankan kami untuk menulis sekurang-kurangnya 5 kejayaan yang dicapai setiap hari untuk 90 hari dan lihat hasilnya.
Jangan pandang rendah pada perkara yang mudah-mudah ini. Ambil satu tindakan ini adalah lebih baik daripada baca 10 buah buku motivasi dan tidak membuat apa-apa langsung.
Selamat mencuba!
Raymond’s last blog post..3 Ways To Be In The Alpha State
November 29th, 2007 at 11:11 pm
5 kejayaan sehari selama 90 hari… bgus tu
memang benar, buat satu tindakan ini, lebih bermakna dari banyak baca sahaja…
Dik Mal’s last blog post..Simbol Kejayaan Meningkatkan Konsep Diri
December 1st, 2007 at 4:29 am
Salam DikMal, moga sihat hendaknya.
Saya juga amal teknik ini, kejayaan-kejayaan kecil yang saya capai. saya tulis kesemuanya dalam sebuah buku yang saya bawa ke mana-mana dan saya baca bila-bila masa.
Ada rekod masa, tarikh dan tempat kejayaan tu tercipta..
Walaupun Adsense saya pernah dapat 1 sen saja sehari, tapi ia membuat saya gembira dan bila esoknya dapat lagi $2, saya tetap gembira lalu menuliskannya di dalam buku kecil tu.
Tiap kali baca kesemuanya, memang naik semangat!
-Shueqry-
shueqry’s last blog post..Blog Oh Blog…