Sebelum anda membaca lebih lanjut, saya syorkan anda membaca artikel ini yang saya ambil dari blog Linn Comel. Artikel penuhnya boleh anda baca di sini.

mengapa kita perlu sentiasa menulis tentang kisah kejayaan diri kita ?. Minda kita hanya boleh berfikir satu perkara sahaja dalam satu waktu. Jadi fokus kita hanya satu maklumat atau informasi dalam satu saat.Jadi dengan cara ini, kita dapat manipulasi minda kita demi kebaikan.

Ketika kita menulis kisah kejayaan yang kita alami, kita telah mengisi memori minda kita dengan informasi yang positif. Ini seterusnya dapat memaksa minda sedar kita untuk fokus hanya pada hal-hal yang positif. Semakin banyak kita fokus kepada sesuatu yang positif, emosi kita akan menjadi positif, seterusnya diri kita juga akan menjadi lebih positif.

Semakin banyak kita mengisi minda kita dengan kisah kejayaan. Semakin itulah kita akan menjadi lebih positif. Yang penting, kisah kejayaan tersebut perlu ditulis.
Source : Blog Linn COmel

Saya telah mula menulis kisah kejayaan saya sendiri sejak disarankan oleh Kak Linn Comel. Saya benar-benar menulis :) Bila di baca, memang saya berasa bangga pada diri saya. Dan sejak hari itu, saya rasa semakin baik. Semakin yakin diri, semakin bersemangat. Yang paling penting, rasa-rasa kurang semangat telah tiada.

Jika saya telah dapat memperbaiki konsep diri saya. Teruskanlah bukan? Sebenarnya selain menulis kisah kejayaan, ada banyak lagi cara yang boleh anda praktikan untuk memperbaiki konsep diri anda. ANtaranya? Melihat simbol kejayaan anda.

Apakah simbol kejayaan ini? Sesuatu yang membawa maksud kejayaan bagi anda. Mungkin autograf dari seseorang yang anda kagumi, mungkin piala yang anda menangi, mungkin hadiah dari seseorang dan mungkin juga pingat yang pernah anda terima. Kejayaan membawa input positif kepada minda kita. Jadi, bila kita selalu menatap kejayaan sendiri di depan mata, kita membawa input positif sendiri ke dalam minda. Jadi, minda anda juga akan menjadi positif. Ini akan meningkatkan konsep diri anda. Malahan, simbol kejayaan merupakan antara teknik yang telah Kak Linn kupaskan di dalam EBook Magnet Rezeki.

Saya setelah mengulang baca EBook ini, kemudian terhenti di sini untuk kali ini. Simbol kejayaan. Ya! Saya ingin buat apa yang disarankan. Bila saya baca, perkara pertama yang saya ingat ialah, piala Forum Sastera yang saya menangi semasa di Tingkatan 4, saya dapat Johan pada waktu itu. Dan satu lagi Piala Anugerah Citra Seni Sekolah Daerah Hulu Langat yang saya raih pada 2003. Anda tahu saya amat bangga dengan piala ini seketika dulu. Namun kerana kesibukan dan kerja lain, akhirnya, piala ini hilang dari mata. Dan sekarang? Terletak di bawah katil bilik sebelah! Bukan bilik saya pula tu. Betapa saya tak aware akan nilai sentimental piala ini pada saya. Sekarang, piala ini telah saya alihkan dari sana, supaya dapat say lihat setiap hari.

Kini juga baru saya mengerti, kenapa, kalau kita lihat meja CEO, meja BOS, meja PENGARAH, ada banyak piala-piala peribadi, ada banyak koleksi peribadi di susun di dalam cermin kaca yang khusus. Untuk apa? Menyemarakkan ras bangga pada diri sendiri. :)

Jadi, hari ini saya mengambil inisiatif untuk mengumpulkan kejayaan-kejayaan ini di tempat yang saya akan lihat setiap hari dan menjadikan saya terus bersemangat dan makin bangga akan diri saya. Malahan, anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Baiki konsep diri anda. Yakinkan diri anda. Tunjuk simbol kejayaan anda. Anda sememangnya membanggakan! :)

Salam Kejayaan Untuk Anda Semua

p.s : Dapatkan EBook Magnet Rezeki Sekarang. Dan mulakan perubahan dalam kehidupan anda. YA! Perubahan ke arah yang lebih baik