Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Emosi yang baik akan menjadikan keadaan harian anda lebih baik. Emosi marah, masam, geram akan menyebabkan anda semakin marah, masam dan geram sepanjang hari. Tak percaya? Baiklah jom kita kaji situasi di bawah

Siti bangun lambat pagi ini kerana beliau tertidur lambat malam tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Sedangkan waktu mula bekerja ialah jam 8 pagi. Ini bermakna beliau masih ada satu jam untuk mandi, bersiap dan terus ke tempat kerja. Terpaksa lupakan makan. Sesudah bersiap, Siti bergegas ke stesen bas. Bas yang ditunggu-tunggu pun tiba setelah lama menunggu. Namun, bas itu penuh! Marah betul SIti. Nak bergayut di tangga bas pun tak dapat. Dengan muka masam mencuka dan nak cepat sampai ke pejabat, Siti bertekad menggunakan perkhidmatan teksi. Sampai di tempat kerja, nah, kopak poket Siti dek penangan tambang teksi tadi. Suram lagi Siti, belum lagi berdepan dengan Bos nak beritahu sebab lambat…Mungkin akan kena marah….

Kali ini kita bincangkan mengenai emosi. Siti bangun lambat pagi ini. Pukul 7 pagi. Jadi Siti rasa terkejar-kejar dan tak tenang. Moodnya tentulah risau lambat sampai tempat kerja. Bila tunggu bas, bas pula penuh. Marah la dia! Sebab akan buat dia sampai lewat ke pejabat. Bila terpaksa naik teksi. Lagi la marah, habislah duit. Bila sampai pejabat, mungkin kena marah dengan bos. Lagi create perasaan negatif

Sememangnya kalau dari sudut pandangan kehidupan biasa, kita dapati, memanglah begitu kehidupan ni di teruskan. Bangun pagi, kalau lambat, memang akan kelam kabut. Kalau bas penuh, memanglah geram sebab kena fikir alternetif lain pula ( kalau fikir!) dan macam-macam lagi. Sedangkan anda terlupa, itu semuanya emosi dan boleh anda ubah emosi anda sejak awal lagi.

Dalam kes ini, SIti ada pilihan untuk telefon atau sms Bos beliau pada awal pagi dan mengkhabarkan tentang keterlewatan itu. Tentu keadaan akan jadi lebih baik kan> Sekurang-kurangnya bos sudah tahu. Anda pun tak perlu runsing sebab terlambat. Jadi mood anda akan lebih tenang dan fokus anda akan di alih kepada nak cepat sampai ke pejabat dengan selamat.

Seringkali dalam situasi yang lain, anda cuba mengekalkan mood anda di pagi hari, tetapi tetap datang dugaan kepada anda yang menyebabkan mood anda mudah berubah! Bagaimana? Katakan sabar, dan tukar situasi kepada positif. Banyakkan bersabar. Orang yang banyak bersabar itu hatinya tenang. Di sinilah hikmah sabar yang sering kita cari. Hati yang tenang akan memacu kewarasan fikiran dan akhirnya? Menjadikan hari anda lebih baik dari semalam :)

Ini adalah contoh mudah, bagaimana anda sepatutnya memacu emosi anda di pagi hari, untuk mewujudkan hari yang ceria seterusnya produktif untuk anda.