Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Alhamdulillah setelah 4 hari bercuti, saya kembali semula online seperti biasa. Alhamdulillah juga, dalam masa 4 hari ini, fikiran saya benar-benar tenang. Dalam masa 4 hari ini, saya gembira. Bersemangat dan makin bersemangat!

Tentunya saya merindui anda semua. Rindukan respon anda. Blog ini dan kesemuanya! Kepada mereka yang ada mengutus email, ada meninggalkan pertanyaan, tak kira di blog ini, YM mahupun cara lain, insyaALLAH hari ini saya akan mulai respon.

Pagi hari Selasa yang ceria ini telah saya mulakan dengan mendengar mp3 Aspalela dendangan Apek. Saya suka keseronokannya :D bagi saya, Apek adalah ikon gembira saya. Bila saya ingat APek, hati saya gembira :) Mood yang baik pada pagi hari akan menjadikan saya lebih bersemangat dan seronok bekerja. Apa kata anda?

Sambil-sambil saya mula catit isi-isi penting sepanjang percutian saya, anda boleh layan lagu gembira di bawah ini dengan saya. Saya tak dapat nak cari video yang bersesuaian, cuma ini yang ada. Yang pentingnya, lagunya :)