Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang untuk menulis sesuatu yang saya pasti mempunyai ramai peminat tersendiri. Kali ini, saya akan menulis beberapa siri artikel menyentuh perihal Law of Attraction. Saya juga pasti, anda pernah mendengar dan membaca mengenainya. Blog Shueqry Berkata, Blog Linn Comel dan Blog Raymond adalah antara blog Malaysia yang telah pun membincangkan perkara ini secara detail di dalam entri-entri terdahulu.

Saya pula, telah mengambil inisiatif untuk menulis mengenai LOA di dalam bentuk artikel bersiri. Objektifnya? Membolehkan anda memahami secara mudah akan konsep LOA. Juga, kerana sepanjang minggu ini, saya perlu memenuhi beberapa tuntutan yang mustahak dan telah di jadualkan lebih awal.

Sekiranya anda adalah pembeli Pakej B Ebook Magnet Rezeki, anda pasti sudah menerima EBook Tambahan yang dijanjikan. Siri pertama EBook ini menekankan mengenai Hukum Mental. Terkandung di dalamnya segala jenis hukum yang pernah anda dengar dan baca sebelum ini. Mungkin anda tahu mengenainya. Mungkin juga tidak.

Hukum Daya Tarik atau Law of Attraction adalah di antara yang telah di huraikan di dalam EBook Hukum Mental tersebut.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom mulakan :)

Apa Itu Law of Attraction?
Sebelum itu, anda perlu mengetahui fakta ini. Ya, ia adalah fakta, bukan ciptaan atau rekaan saya :

Fikiran kita (anda) mempunyai getaran (vibration). Setiap kali kita berfikir atau menggunakan akal kita untuk berfikir, kita akan menghantarkan getaran tertentu dalam bentuk gelombang ke alam semesta.

Jadi apa kaitannya dengan LOA? LOA adalah satu hukum alam yang mudah untuk di fahami jika anda membenarkan hati (akal fikiran) anda untuk memahaminya. John Assaraf di dalam Buku Bestseller The Secret, telah memberi satu penjelasan mudah mengenai LOA :

JOHN ASSARAF – The simplest way for me to look at the law of attraction is if I think of myself as a magnet, and I know that a magnet will atract to it. (Page 7 : The Secret)

Hukum ini menyatakan, diri anda bertindak sebagai magnet, dan anda menarik perkara-perkara yang sesuai dengan keadaan pemikiran anda kepada anda. Jika anda fikirkan perkara yang baik, maka perkara yang baik yang akan kembali kepada anda. Jika anda fikirkan perkara yang buruk, maka perkara yang buruk yang akan datang kepada anda. Jika anda memikirkan perkara yang baik dengan lebih beremosi, maka lebih cepatlah perkara yang baik itu kembali kepada anda. Dan sebaliknya.

Saya tahu, akan ada daripada anda yang akan kata : Boleh dipercayai ke? Betul ke benda ni? Atau satu lagi mitos?

Maka saya akan jawab. Ada beberapa kategori respon akan muncul daripada kes LOA ini.

Kategori 1 : Mereka percaya, dan LOA bertindak ke atas mereka setiap masa.
Kategori 2 : Mereka partially agree, dan LOA masih bertindak ke atas mereka.
Kategori 3 : Mereka tak percaya, dan LOA masih bertindak ke atas mereka.

Apa maksudnya? LOA adalah satu hukum alam yang tetap bertindak ke atas anda tak kira sama ada anda percaya atau tidak. Ia adalah sejenis hukum yang bekerja 24 jam sehari, 365 setahun :D Tiada siapa akan terkecuali dari tarikan hukum ini. It works everwhere, everytime.

Attraction

Lihat gambarajah di atas. Kerana anda sering memikirkan perkara negatif seperti sedih, marah, dengki, iri hati, geram, kegagalan dan putus asa secara berterusan dan penuh perasaan; maka semakin banyak situasi seumpama itu akan kembali kepada anda.

Apabila anda lebih banyak memfokuskan kepada rasa gembira, ceria, duit, bersemangat, success; maka lebih banyak perihal seperti ini akan kembali kepada anda. Sedarkah anda? Atau mungkin selama ini anda merasakan ia adalah kebetulan. Tiada kebetulan. Mesti ada sesuatu sebab mengapa sesuatu yang lain itu terjadi.

Ini adalah contoh melibatkan emosi. Bagaimana perkara lain? Pernahkah anda berdepan situasi seperti ini : Anda teringatkan kawan lama anda. Tiba-tiba beberapa hari selepas itu, anda ternampak kelibat seseorang seakan beliau, atau mungkin beliau menelefon anda? Kebetulan? Tidak. Ia adalah LOA

Apabila minda anda fokus kepada sesuatu benda/emosi/perkara/kejadian; dalam masa yang sama anda telah attract sesuatu yang seumpama dengannya ke dalam hidup anda. Ia tidak semestinya sama, tetapi membawa kesan yang sama. Anda fikirkan kegagalan, anda fokus pada gagal, anda dengar orang bercerita tentang gagal, dan anda menebalkan rasa takut pada gagal. Dan akhirnya?

Anda fikirkan kejayaan. Anda mula memfokuskan minda padanya. Anda mula mendengar apa yang orang lain kata mengenainya. Bila anda mendengar mengenainya, anda akan berfikir lebih mengenainya (kejayaan)

Ini adalah sedikit sebanyak fahaman dan penjelasan konsep Law of Attraction yang boleh saya huraikan. Mungkin anda ada tambahan? Sila tingalkan komen anda di bawah ini.

Siri Artikel ini bersambung esok.

p.s : Adakah anda sedar akan potensi diri anda? Anda sudah mulai faham mengenai LOA. Lihat, orang yang kaya selalu fokus kepada wang (duit) dan sentiasa memikirkan bagaimana dia boleh menjemput duit ke dalam hidupnya. Ingin menjemput duit ke dalam kehidupan anda sendiri? Klik sini untuk maklumat lanjut.

p.s.s : Artikel kali ini adalah artikel bersiri. Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk membaca artikel seterusnya, anda boleh subscribe ke blog ini dan artikel terkini akan di hantarkan ke email anda secara PERCUMA. Klik sini untuk subscribe.