Mon 12 Nov 2007
Motivasi Diri : 3 Langkah Memulakan Hari Dengan Penuh Gaya
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Anda mungkin mendambakan hari yang penuh ceria, gembira, penuh dengan kejayaan dan semuanya yang indah belaka. Untuk itu, anda memerlukan perancangan masa yang baik. Soalnya, adakah anda merancang masa anda? Jika tidak, anda perlu mulakan sekarang. Merancang masa anda dengan baik membolehkan anda tahu secara detail rutin yang perlu anda lalui pada sesuatu hari itu.
Ini menjadikan anda tidak gopoh, sentiasa bersedia dan akan meghasilkan kerja yang bagus dan cemerlang. Bagaimana anda boleh mendapatkan seharian yang sebegitu rupa? 3 Tips Untuk Anda Memulakan Hari Anda Dengan Penuh Gaya akan membantu anda. J
Susun masa anda dengan teratur. Dari waktu anda tiba di pejabat atau sekolah sehingga tamat waktu petang, anda perlu susun waktu anda dengan perkara yang perlu. Susun dengan ketertiban masa. Jangan pula susun dengan meninggalkan senggang masa kosong dengan alasan tak tahu nak buat apa! Ini akan menyediakan anda perasaan : ‘ takpa aku ada extra setengah jam lagi’. Setengah jam anda yang anda sangka menyelamatkan anda akan menyebabkan anda leka dan sibuk sepanjang hari.
Utamakan yang lebih penting pada hari itu. Ketika anda mula menulis JADUAL HARI INI anda, mulakan dengan mencatat perkara penting yang perlu anda selesaikan pada hari ini. Mungkin ada mesyuarat yang perlu di hadiri, laporan, assignment yang perlu di serahkan pada hari ini, dan lain-lain. Apabila anda mendahulukan jadual anda dengan perkara yang paling penting, anda sudah mula meletakkan fokus pada kerja anda. Jadi anda takkan ada simptom : ‘ops terlupa!’ Dengan kesedaran kepentingan kerja-kerja terbabit akan membolehkan anda meneruskan hari anda dengan cemerlang
Sentiasa menepis cubaan dan dugaan dengan berfikiran positif dan bersangka baik. Anda mungkin telah mencatatkan anda ada mesyuarat jam 10 pagi. Dan anda ingin membuat salinan dokumen tertentu pada jam 9.30. Tapi tiba-tiba mesin fotostat itu rosak! Ini bukan dalam perancangan anda langsung. Ketepikan kes ini. Sudah sampai masa mesin itu nak rosak, anda tak boleh berbuat apa-apa. Jangan rosakkan emosi anda dan jangan undang gelabah tak bertempat.
Sekiranya anda mengekalkan tips-tips ini sepanjang hari anda, insyaALLAH anda akan dapat melengkapkan hari anda setiap kali dengan penuh gaya! Selamat Mencuba.
p.s : Sudahkah anda mendapatkan magnet rezeki? Ubah kehidupan anda! Ubah cara anda menjemput rezeki ke dalam hidup anda. Dapatkan magnet rezeki sekarang. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

November 12th, 2007 at 7:10 pm
Assalamualaikum dikmal,
Masa seperti emas, tapi emas boleh dibeli, masa yang berlalu tidak boleh dibeli atau ditukar ganti. Perumpamaan itu mungkin sesuai hanya untuk menunjukkan masa itu sangat bernilai seperti emas…
Dalam merancang pengurusan masa, kita kena nilai dari segi keutamaannya. Seorang pelajar harus tahu apa keutamaannya sama ada untuk belajar, atau mengadap permainan video gamenya. Kalau ada perancangan mengikut keutamaan seperti yang dikmal nyatakan, rasanya tak ada lagi rungutan tak cukup masa daripada remaja kita hari ini. Semua orang yang berjaya hanya memiliki 24 jam sehari sama seperti orang lain. Jika begitu orang yang kurang berjaya tidak harus merungut tak cukup masa. Oleh itu cadangan pengurusan masa ini perlu kita aplikasikan dalam hidup. Moga-moga kita tidak ditinggalkan masa dan boleh selalu mengejar masa…
November 12th, 2007 at 7:47 pm
Memang benar. Orang gagal dan orang berjaya juga ada 24 jam yang sama.
Dik Mal’s last blog post..Motivasi Diri : 3 Langkah Memulakan Hari Dengan Penuh Gaya