Sun 11 Nov 2007
Report Pertama Motivasi Kejayaan.Com
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Goal Setting Guide 2008
Alhamdulillah. Setelah hampir 10 bulan menulis mengenai motivasi diri dan pembangunan minda, kali ini saya telah mengambil keputusan untuk melangkah setapak lebih ke hadapan. Pada ketika ini, saya dalam proses untuk menghasilkan Laporan berbahasa Melayu berkenaan dengan Goal Setting ( Penetapan Matlamat ) khusus untuk pembaca blog ini dan rakyat Malaysia.Setelah menerima banyak permintaan untuk menulis sesuatu di dalam bentuk koleksi, maka saya rasakan ini adalah langkah permulaan yang terbaik yang perlu saya lakukan. Saya ingin membantu diri saya, membantu anda, dan anda berpeluang membantu orang lain dalam mencipta kehidupan yang lebih baik.
Laporan itu kelak bakal merangkumi keseluruhan skop, secara mudah, mengenai Penetapan Matlamat, Cara Menetapkan Matlamat dan lain-lain lagi. Boleh saya katakan, laporan ini akan memberikan anda pemahaman yang lebih jelas tentang cara menetapkan matlamat.
Laporan ini saya tulis, kerana saya ingin menambah baik kefahaman ramai orang tentang penetapan matlamat. Kebanyakan orang faham mengenai matlamat. Tetapi hanya 3% orang di dunia yang benar-benar menulis matlamat dan melakukannya.
Semua persoalan-persoalan kecil ini akan cuba saya rungkaikan di dalam Laporan ini. Doakan saya kesihatan dan kecerdasan yang berpanjangan supaya saya dapat menyiapkannya selewat-lewatnya sebelum masuk tahun baru. Tujuannya? Supaya anda boleh mengambil semangat tahun baru dan mula melakukan sesuatu untuk diri anda!
Harga Laporan ini? Sudah tentu anda mahu tahu bukan? Seperti pernah saya katakan kepada semua orang yang bertanyakan pada saya bila nak tulis EBOOK? Jawapan saya : InsyALLAH, kalau tiada aral, saya akan tulis dan kalau siap pada tahun 2007, semuanya PERCUMA
Semoga anda mendapat manfaat yang baik daripada Laporan itu kelak.
Nantikannya! Sudah tak lama lagi
Untuk mengelakkan anda terlepas Laporan ini, anda boleh klik sini untuk subscribe ke blog ini. Dan sebarang maklumat lanjut berkenannya akan di kirimkan terus ke email anda. Privasi anda kami hargai.
p.s : EBook Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan dan Meninggalkan Jauh Kegagalan yang Di Alami! Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan. Klik sini untuk maklumat lanjut!
p.s.s : Logo Goal Setting Guide yang anda lihat di atas, adalah sekadar logo biasa yang saya guna sebagai pemangkin semangat saya. Ia juga menjadi penghias wallpaper laptop saya pada ketika ini . ![]()
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!
6 Respon to “ Report Pertama Motivasi Kejayaan.Com ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from Motivasi Harian | Tips Motivasi Online » Blog Archive » Study Says Mind Beats Matter
November 11th, 2007 at 12:49 pm[...] Motivasi Kejayaan akan menghasilkan Laporan pertamanya tak lama lagi. Anda sudah baca mengenainya? Klik sini untuk maklumat lanjut. Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover [...]
-
Pingback from Motivasi Harian | Tips Motivasi Online » Blog Archive » Di Sebalik Tabir EBook Matlamat
May 13th, 2008 at 9:25 pm[...] Pada hari pertama saya mendedahkan mengenai projek EBook Matlamat itu, ia di namakan sebagai Goal Setting Guide 2008. Anda boleh klik di sini untuk membaca mengenainya. [...]

November 11th, 2007 at 5:42 pm
Tahniah dikmal kerana semakin ‘panas’ sekarang. Moga-moga berjaya berjaya siapkan laporan ni dengan baik untuk memberi kebaikan kepada semua. Doa dan salam hormat daripada saya.
November 11th, 2007 at 5:48 pm
Terima Kasih Zam
Saya amat menghargai sokongan anda dan semua pembaca kepada blog ini. Sangat rasa di hargai dan di sayangi !
Terima kasih semua.
p.s : InsyaALLAH laporan ini akan memberi manfaat kepada semua jika digunakan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Dik Mal’s last blog post..Study Says Mind Beats Matter
November 12th, 2007 at 3:16 am
Wah! Laporan ini keluar tepat pada masanya. Maklumlah dah sampai penghujung tahun. Banyak orang yang akan menetapkan matlamat baru pada hari Tahun Baru.
Akan tetapi kebanyakkan hanya menetapkannya dalam minda sahaja dan tidak ditulis atau dicatatkan. Akibatnya, kesemua matlamat tersebut akan dilupakan dalam masa seminggu.
Harap-harap laporan ini dapat membantu mereka yang belum lagi ada sistem yang baik untuk menetapkan matlamat mereka.
Teruskan usaha anda, Dik Mal.
Raymond’s last blog post..Solving Mathematical Questions In The Sleep With The Law Of Attraction
November 12th, 2007 at 9:05 am
Ya, saya tak pernah rasa bersungguh-sungguh nak siapkan report ini. Tapi satu masa dulu saya selalu kata pada kawan-kawan (blogger) insyaALLAH menjelang hujung tahun saya kuarkan EBook, dan ia mesti PERCUMA. Saya memang teringin sangat masa tu
Tapi takde perancangan pun masa tu.
Tup2 satu pagi ni, saya bangun dan rasa bersemangat sangat nak tulis pasal goal setting. Banyak terserempak dengan kes-kes goal setting, dan akhirnya mengambil keputusan untuk tulis.
Sedar tak sedar, saya menghampiri aim yang saya pernah tetapkan dulu. Walaupun ia cuma cakap dari saya. Its the magic of Law of Attraction.
Thanks ALLAH for giving me this strength to be extra-special
Dik Mal’s last blog post..Motivasi Diri : 3 Langkah Memulakan Hari Dengan Penuh Gaya