Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Pertama sekali, ingin saya tegaskan, sikap lebih penting daripada bakat. Walaupun kita ada bakat besar dalam sesuatu tapi jika tak dipandu dengan sikap yang baik dan attitude yang positif, bakat itu akan jadi sia-sia saja.

Dari pengalaman sendiri, saya sudah berjumpa dengan ramai orang yang berbakat. Mereka berbakat dalam teknikal komputer, membina laman web yang professional rekaannya dan atlit sukan renang yang cemerlang setiap kali diberi peluang menunjukkan aksinya.

Namun, sikap mereka tak berapa baik. Mereka kurang jujur, tidak amanah dan seringkali merendah-rendahkan orang lain.

Selain itu, mereka degil, keras kepala dan berlagak pandai bila dah maju sedikit daripada orang lain. Akibatnya, mereka jatuh dengan cepat.

Sikap lebih penting daripada bakat. Kepintaran emosi yang berkait rapat dengan sikap positif mampu membawa Anda pergi lebih jauh dan menjadikan Anda mampu menyerap kualiti-kualiti diri positif tanpa had, lalu menjadikan Anda lebih berjaya daripada orang lain dalam diam.

Tambahan pula, dengan sikap yang baik dan kawalan emosi yang kukuh, Anda mampu bergaul dengan semua orang disekeliling Anda yang sememangnya berbagai ragam dan dalam masa yang sama, menjadikan Anda seorang yang fleksibel dalam pergaulan, komunikasi serta pembawaan diri.

Anda akan mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa saja, cepat ngam “tune” ngan sesiapa jua yang Anda temui. Sikap sebegini membuat orang senang dengan Anda.

Kesan dalam jangka masa panjang, memudahkan Anda untuk mencapai apa saja yang Anda mahukan. Dengan itu, kejayaan boleh menjadi milik Anda!.

- Shueqry -
all for one, one for all.