Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Kali ini saya tak akan berbicara mengenai tips atau hukum atau motivasi. Tetapi saya ingin memberikan sedikit kelonggaran dalam blog ini. Hari-hari formal pun tak seronok kan?

Jadi kali ini saya nak menghimpunkan koleksi blog-blog motivasi yang boleh anda kunjungi setiap hari sebagai sumber bacaan online anda. Manusia memerlukan motivasi setiap hari. Tidak kira melalui pembacaan, melalui teguran atau nasihat, mahupun medium yang lain.

Dan sekiranya melalui pembacaan, blog-blog ini mungkin membantu anda :

Blog Shueqry berkata pula berbicara mengenai 7 Tips Membersihkan Hati. Jika anda ada persoalan boleh emailkan kepada penulisnya, Shueqry dan insyaALLAH akan berbalas email anda. Blog ini memang ada ramai peminat, jadi anda patut tahu mengenai blog ini! :) Oh ya, Shueqry juga merupakan penulis undangan di blog ini.

Blog Kak Linn Comel pula adalah antara tempat saya mendapatkan penjelasan tentang sesuatu konsep dengan mudah. Kak Linn selalu menulis dengan gaya penulisan yang ringkas dan memudahkan saya memahaminya. Terkini, nampak gaya Kak Linn sedikit sibuk. Tetapi jika anda merupakan pembeli EBook Magnet Rezeki, anda perlu tahu, Kak Linn sedang sibuk untuk kebajikan anda juga sebenarnya :)

Blog Attracting Your Goals dari Raymond pula! Blog ini mula saya kenali melalui Shueqry. Blog ini menekankan dan membincangkan serta sering memberikan contoh-contoh yang segar dalam artikelnya. Antara yang saya suka? Pastinya post berkenaan dengan Paul Potts! Pemenang rancangan Britain Got Talent. Saya pun macam Raymond, teringin nak tahu apa ada di dalam fokus Paul sepanjang pertandingan. Oh sebelum terlupa, Raymond, saya juga suka Connie macam awak! Kalau anda belum pernah lihat wajah Raymond, boleh klik sini untuk lihat beliau dalam kot hitam yang sangat menarik.

Blog Kumpulan Cerita Motivasi dan Entrepreneurship bercerita mengenai Jadilah Magnet Atas Suksesmu. Post yang saya tekankan di sini, memberi penekanan dan lebih contoh mengenai hukum Law of Attraction yang dibincangkan di dalam filem The Secret.

Kemudian, anda juga boleh mula mengunjungi blog Amin Idris. Amin Idris bukan sahaja seorang penulis buku, motivator malahan seseorang yang attitude nya saya kagumi. Banyak lagi yang perlu saya belajar dari beliau. Blog Amin Idris juga adalah salah satu contoh blog yang sering memberikan huraian sesuatu perkara dengan ringkas dan mudah. Saya suka membaca tips-tipsnya dan mudah di fahami.

Selain itu, banyak lagi sebenarnya blog yang menjadi kegemaran saya dan perlu anda kunjungi. Tapi kalau saya sambung tulis, tak habis la post ini nanti. Anda juga boleh lawati blog Amar Mahmood, blog Zul SmartUsaha, blog Irfan Khairi, blog Osman Affan, blog Zamri Mohammad dan blog Motivation Tips - Lis.

Semoga blog - blog ini memberikan manfaat kepada anda. Sekiranya anda rasa blog mereka sangat menarik dan khuatir tertinggal artikel terbaru mereka, anda bolehlah subscribe pada blog mereka. Dan, sekiranya anda rasakan blog saya adalah blog yang anda nak baca hari-hari, bolehlah anda subscribe pada blog ini, dan insyaALLAH dari masa ke semasa saya akan cuba memperbaiki dan menaik taraf blog ini untuk keselesaan semua.

Anda boleh klik sini untk subscribe. Oh ya! Dan jangan lepaskan peluang yang ini. Seorang sahabat di blog ini telah mengambil langkah yang tepat dengan tidak melepaskan peluang ini. Anda macam mana? Klik sini untuk mengetahuinya.