Tue 23 Oct 2007
Menyemarakkan Semangat Yang Merudum
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar? Lama tak bersua kan? Ya dah hampir 12 hari saya tak update blog ini. Maafkan saya. MAklumlah cuti raya. Bukan setakat cuti raya saja, masa sambutan Hari Raya baru masuk hari ke 7 pun, saya dah sibuk-sibuk dengan test dan pembentangan di universiti. Itu lah sebabnya anda tengok blog ini jadi berdebu.
Bukan hanya saya yang pergi bercuti. Shueqry dari Blog Shueqry Berkata pun masih bercuti nampaknya. Harap beliau kembali semula ke Kota Kinabalu dengan segera, sebab ramai pembacanya dah merindui beliau..
Saya pasti, bagi kebanyakan orang, cuti Hari Raya kali ini mungkin sedikit panjang berbanding dari tahun yang lalu. Kebanyakan orang bercuti sehingga semalam. Nak pula pada para blogger. Banyak blog yang saya kunjungi memang menunjukkan ciri-ciri masih dalam percutian. Sekali sekala apa salahnya kan?
Dan tentu anda juga setuju, lepas cuti berhari raya, rasa malas pula nak mula kerja. Cuti kan bagus? Dapat sedut udara yang segar, dapat berkunjung ke rumah saudara dan lain-lain. Tengok-tengok? Cuti dah habis, dan kena mula bekerja semula. Tapi kerja dah berlambak pula tu? Baru nak mulakan kerja, baru nak sentuh komputer, terima SMS ajak pergi beraya. Macam mana? Macam mana nak menyemarakkan semangat yang merudum setelah semangat hilang.
Saya berikan cara yang mudah. Pertama, tangkislah godaan yang banyak itu.
MEmang anda perlu berhari raya, tapi takkan lah sampai meja kerja berdebu-debu. Sekiranya anda menerima undangan yang memaksa dan menganggu jadual kerja anda, cuba ubahkan supaya ia tidak langsung menganggu kerja anda. Mungkin anda boleh cuba anjakkan waktu kerja, atau katakan pada kawan anda, anda akan pergi kemudian harinya.
Kemudian, bila di rumah, mood raya memang tak hilang bukan? Ada balang kuih raya, banyak lagu raya, rancangan sempena raya. Wah! Seronoknya. Sekali lagi, ubah sedikit suasana raya tu, dan tambahkan sedikit mood bekerja. Sekurang-kurangnya jika anda ada diari, pastikan diari anda mudah dilihat diantara susana raya tu
Ini akan sentiasa mengingatkan anda bahawa anda perlu bekerja.
Ketiganya, tegaskan diri untuk mula menyibukkan diri anda. FOkuskan minda anda bahawa anda sibuk dan mempunyai kerja yang banyak untuk disiapkan. Dengan kawalan minda yang baik dan feel yang cukup, sudah tentu anda akan mula menerima banyak tugasan dan akan menjadikan anda sibuk. Saya tahu perkara ini memang berlaku kerana banyak kali menghadapinya. Bila saya selalu merasakan saya sibuk dan tak cukup masa, sememangnya itu berlaku. Kerja datang bertimpa-timpa. Jadi, anda juga boleh cuba. Tapi awas! Anda juga perlu tahu macam mana nak hentikan kerja-kerja itu. Dengan fokus pula pada keadaan di mana anda rasakan, kerja-kerja anda siap pada waktu yang tepat, dan anda rasa selesa melakukannya.
Cara lain ? Suruh kawan-kawan, keluarga sentiasa ingatkan anda bahawa anda ada kerja
Mungkin anda ada tips yang lain yang boleh dikongsikan? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah ini ![]()
October 23rd, 2007 at 9:55 pm
Wah! Nampaknya godaan raya ni agak sukar ditangkis.
Tapi ia tidak bermakna mustahil.
Tahun Baru Cina pula bakal menjelma. Walaupun kelihatan beberapa bulan lagi, tapi masa berlalu dengan cepat sekali.
Skelip mata dah sampai. Apakah aku dapat post blog saya setiap hari seperti biasa.
Kita lihat nanti!
Raymond’s last blog post..And The Winner Goes To … Paul Potts
October 23rd, 2007 at 9:58 pm
Haha … saya suka CommentLuv Plugin ni.
Terkejut saya dari apabila link blog aku muncul kat bawah komen saya.
Rupa-rupanya plugin baru ye.
Raymond’s last blog post..And The Winner Goes To … Paul Potts
October 23rd, 2007 at 10:00 pm
Hehe Raymond, plugin baru… bagus la, dari sini dah tau apa post baru blog orang lain
Ya, Tahun Baru Cina pula lepas ni! Tentu sibuk nanti..
October 31st, 2007 at 4:11 pm
sorri ek??sye xphm lah….sye nk tau ada x sapa2 yg ada tips persediaan spm dlm msa terdekat nie??plez…i need it..paper dah nk start 12 hr bln nie…help me ye??
November 2nd, 2007 at 10:46 pm
Fida,
Kalau di tanya tips, jawabnya tenangkan diri, dan banyakkan ulangkaji.. tapi jangan paksa diri.. nanti otak blank satu apa pun tak masuk
mungkin blog http://www.motivasibelajar.com boleh membantu anda
selamat maju jaya
Dik Mal’s last blog post..Sedikit Modifikasi dan Naik Taraf pada Blog Ini
October 6th, 2008 at 4:52 am
paham2
yamakasi’s last blog post..download lagu….