Mon 1 Oct 2007
Jika Anda Mahukan Kejayaan, Anda Perlukan Perkara Ini
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Seminggu yang berlalu, saya agak sibuk. Juga, tiba-tiba kesihatan agak merudum. Kebarangkalian disebabkan minum ais yang banyak.
Tak mengapa tu, insyaALLAH sembuh. Baiklah tinggalkan kisah saya.
Hari ini saya nak ceritakan mengenai Jika Anda Mahukan Kejayaan, Anda Perlukan Perkara Ini.
Apakah perkara itu? Tak lain tak bukan, mind setting yang betul, kekuatan diri, usaha dan banyakkan belajar, berdoa, bersyukur, dan bermacam lagi. Saya cuma menyenaraikan sebahagiannya sahaja. Tetapi mulanya saya menulis tentang mind setting yang betul.
Tahukah anda, mind setting yang betul, amat penting? Baik, jangan peningkan diri anda. Kita ambil contoh mudah dan kita banding guna logik akal. Lupakan mitos-mitos yang anda selalu dengar. Jangan reka alasan. Cuba dengarkan contoh ini.
A : Merupakan mindset seorang yang malas. Hidupnya penuh dengan berfoya-foya. Tak pernah memikirkan masa depan. Mempunyai rasa dengki yang tinggi. Suka mengkritik orang lain, dan kritikannya langsung tak membina.
B : Merupakan mindset seorang yang rajin. Hidupnya penuh dengan impian. Selalu memikirkan masa depannya. Mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Selalu memberi kritikan yang membina.
C : Seorang yang emotionally broke. Ada masalah emosi. Selalu bermain dengan emosi. Selalu membiarkan emosi menguasai tindakannya.
D : Seorang yang tenang. Semua perkara di sambut dengan tenang. Tenang dan sabar adalah perkara yang menjadi amalannya.
E: Merupakan mindset seorang jutawan. FIkirannya berkisar tentang macam mana nak kembangkan perniagaan dan membantu orang lain. Mungkin pada masa silamnya ada kisah susah, tetapi dia lebih suka memikirkan kejayaannya.
Baiklah cukup ini sahaja buat kali ini. Anda lihat. Perbedaan 5 individu ini. Jauh tak bezanya? Ini yang saya cuba maksudkan dengan mindset yang betul. Jika anda mahukan kejayaan. Mindset yang tepat, akan menjadi asas kejayaan. Anda memerlukan asas yang cukup kuat, untuk memulakan langkah anda.
Cuba anda ingat kembali rupa pohon cengal. TInggi dan besar. Memakan masa bertahun-tahun untuk menjadi antara yang paling tinggi di dalam hutan. Lihatlah akarnya. Sangat mencengkam kan? Sangat kukuh akarnya. Itulah asasnya. Asas yang kukuh memungkinkan pohon cengal tumbuh lebih tinggi. Dan memakan masa.
Begitu juga kita, kita memerlukan asas yang kukuh. Barulah kita boleh pergi jauh. Tanpa asas yang kukuh, anda takkan jadi semegah pohon cengal. Mulakan dengan mengikis mitos-mitos yang anda selalu gunakan sebagai alasan. Renung-renungkan
Dan jika anda mahu dibantu, buku ini bakal membantu anda. klik di sini untuk mendapatkannya.
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

October 1st, 2007 at 9:49 pm
Bob Proctor kata, tumpukan pada kekayaan, membina kekayaan dan memberi servis terbaik pada orang lain melalui perniagaan, selain tu cuba membina Multiple Source Of Income untuk menjana kekayaan.
Saya mengaku, saya menggunakan mindset ke-5(E).
Saya mahu jadi jutawan, supaya dengan status jutawan, mudah utk saya menyebarkan ilmu, membantu orang lain dan menunjukkan cara agar mereka juga menjadi jutawan. Usaha menuju matlamat itu teklah bermula sekarang.
Thanks DikMal, artikel yang menyemarakkan semangat !
Shueqry
October 7th, 2007 at 10:17 pm
Saya amat yakin bahawa saya mempunyai mindset B dan E dan sedang berusaha untuk mencapai mindset D.
Tak percaya? Cabar aku