Tue 25 Sep 2007
Terima Kasih kepada Anda Semua
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!
Setelah agak lama meninggalkan blog tanpa jejak, saya kembali semula kali ini. Ke mana perginya saya? Hilang tiba-tiba. Tidak hilang sebenarnya, tetapi ada perkara lain yang perlu diuruskan terlebih dahulu. Namun saya percaya dan amat yakin, sepanjang saya tidak update blog ini, anda masih setia di sini dan masih mengekalkan motivasi diri anda.
Kepada Saudara Nazrul dan Saudari Shidah, saya memohon seribu kemaafan sekiranya agak lambat membalas respon anda berdua. InsyaALLAH, saya akan membalasnya secepat yang mungkin. Hari-hari saya yang lepas, mengajar saya banyak perkara.
Saya melihat di dalam kehidupan ini, memang banyak jenis pemikiran. Dan kebanyakannya di semai oleh pendewasaan dan pengalaman. Ada juga yang diprogramkan sejak kecil lagi. Kesempatan bertukar pendapat dengan kawan-kawan di UTM, dan di YM, meyakinkan saya lagi, bahawa jalan yang saya pilih adalah benar.
KAdangkala, saya sedikit gentar apabila saya melihat ke dalam kehidupan mereka, yang sudah pasti bertunjangkan kepercayaan mereka. Dan saya amat pasti ini menyebabkan mereka kadang-kadang ’stuck’ dalam kehidupan. Saya juga melihat, batasan umur saya dan mereka, selalu di jadikan bahan sempadan, dalam usaha tidak membenarkan hujah saya. Oh alangkah gusarnya saya bila keadaan ini berlaku. Sememangnya saya masih anak-anak, tetapi saya lebih dewasa dari mereka yang lain, yang seusia saya.
Hujah-hujah saya ditangkis dan ditidakkan sewenang-wenangnya. Malahan langsung tiada ruang untuk saya menjelaskan duduk perkara. Tetapi, saya tetap sabarkan diri. Di dalam hati, jika mereka memerlukan pandangan, saya sedia memberikan pandangan. Kejayaan teman-teman adalah kejayaan peribadi saya. Merupakan satu kepuasan apabila melihat teman-teman menyedari tentang sesuatu hakikat, yang menyekat mereka.
Malahan, saya juga menyedari bahawa masih ramai orang kurang memahami perihal minda. Ya memang benar, kadang kala sukar untuk memahaminya. Maka menjadi tanggungjawab yang mengetahui untuk menjelaskannya. Begitulah kehidupan, saling melengkapi.
Entri kali ini tiada sebarang tips atau panduan yang mahu saya coretkan, sekadar artikel biasa. Sekiranya anda merasakan, anda mahu tahu tentang sesuatu berkaitan dengan pengurusan minda, minda itu sendir, dan sekiranya anda tidak memahami sesuatu, bertanyalah. Seribu pertanyaan anda, pasti akan dikurniakan ALLAH SWT, jawapannya. CUma dari mana anda memperoleh jawapan itu yang berbeza.
Sekiranya anda merasakan anda punyai kemusykilan dan masalah yang ingin dikongsikan, mahupun sekadar mahu melepaskan kegusaran di benak fikiran anda, anda boleh konsgikan bersama saya. Emai kepada saya di e.norakmal@gmail.com.
Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang memerlukan kesanggupan mempelajari dan belajar. Sesuatu pelajaran itu pula, melibatkan perubahan tingkah laku. Jika sekiranya anda mahukan perubahan yang lebih cemerlang, bersedialah untuk mempelajari, belajar dan mengajar. Itulah kitaran kehidupan. Ibarat dibantu dan membantu.
Bersedialah untuk belajar. Jangan pernah anda malu dengan merasakan pertanyaan anda ibarat soalan yang tak logik ataupun bodoh, kerana setiap manusia itu mempunyai pengalaman masa lampau yang berbeza. Itu yang menjadikan mereka mempunyai pemahaman dari perspektif yang berbeza.
Perbezaan itu juga indah dan mencorakkan kehidupan. Mungkin anda pernah mengajar atau membantu seseorang, dan kemudiannya anda menjumpai seseorang yang lain dengan permasalahan yang sama. Kemudian apa patut anda buat? Melenguh? Dan berbisik pada hati. ‘ ah ini lagi!’. Jangan..
Ketahuilah, kehidupan ini bukan cuma ada saya dan anda dan dia. Juga ada mereka. Dan ada mereka yang lain pula. Sepatutnya anda bangga dengan diri anda, kerana anda telah berusaha menampakkan sinar dalam kehidupan yang kelam bagi sesetengah orang.
Artikel ini juga merupakan respon saya, apabila saya terkenangkan pengalaman mendidik anak-anak pelajar tahun lepas. Saya nampak masa depan mereka yang mereka rasakan, tidak ada makna. Bukankah terlalu awal untuk mempunyai impian sedemikian rupa? Seawal umur 13 tahun? Saya melihat ini sebagai kekosongan. Kekosongan di dalam hati, dan minda. Kekosongan ini yang saya cuba isikan. Semoga, usaha ini difahami anda. Dan anda, meneruskan pemahaman ini kepada anak-anak anda. Berikan mereka kehidupan yang bersinar…
Satu hari nanti, jika anda sudah mencapai tahap kepuasan dalam mempelajari sesuatu, jangan lupa, sentiasalah anda berkongsikannya semula kepada masyarakat. Ingat prinsip di bantu dan membantu. Inilah kitar kehidupan yang seperlunya anda guna pakai.
Beberapa hari ini juga saya banyak membaca blog-blog rakyat Malaysia. Kebanyakannya adalah blog peribadi. Tujuannya? Mengenal pasti corak pemikiran dan mendalami jiwa mereka, kiranya mereka ada masalah. Keputusannya, adalah sepeti jangkaan saya..
Saya seronok dan puas, apabila saya berusaha menceriakan hati yang suram, memberikan suluhan di dalam kehidupan yang kelam. Dengan berkat pertolongan ALLAH SWT, insyaALLAH mereka itu akan mendapat pemahaman yang perlu.
Hingga saat saya menaip ini, saya merasakan, ramai orang mungkin kurang memahami artikel ini. Tetapi jika anda memahaminya, jangan lupa tinggalkan komentar anda di akhir artikel ini. Sehingga itu, saya tutup entri kali ini dengan perkara berikut :
Terima kasih kerana memberikan masa depan anda harapan dan bersedialah dengan kesanggupan dan kesungguhan untuk belajar, mengajar ; di bantu dan membantu. Kejayaan itu adalah hak milik anda. Carilah ia, dan fahamilah ia.
p.s : KEmungkinan besar, saya akan update blog ini dua kali hari ini. Kemungkinan saja tau ![]()
E book Magnet Rezeki merupakan Kunci Kejayaan Yang Mampu Membuka Seluruh Deria Anda Agar Lebih Peka Terhadap Kejayaan Dan Meninggalkan Jauh Kegagalan Yang DiAlami! Klik di sini. Tanpanya anda pasti tidak mampu melakukan apa-apa untuk membendung kegagalan dalam diri anda. Klik EBook di atas untuk maklumat lanjut. Saya amat menyarankan EBook ini untuk anda baca dan amalkan!

September 25th, 2007 at 6:35 pm
wow .. hebat artikel kali ini !
membuat saya berfikir, memuhasabah diri..
Thanks DikMal
- Shueqry -
September 26th, 2007 at 8:24 am
Salam kunjungan. satu blog yg menarik,congratulation!Ramadhan Kareem.
September 26th, 2007 at 10:55 am
Seperti dalam sejarah nabi,
Ada orang menenang bukan kerana menafikan kebenaran, tetapi menentang kaedah penyampaian yang disampaikan.
Ada yang menentang pada peringkat awal dan masa ke semasa mereka mempertimbangkan kembali. Dari sepuluh perkara, mungkin hanya satu sahaja diterimanya.
Ada yang menerima tetapi menerima sekadar mengambil hati. Tidak mahu berbicara panjang, memenangkan orang lain dan mengalahkan diri sendiri dalam konteks yang tidak tepat.
Ada yang menerima kerana awal-awal dia sudah mendengar idea tersebut. Bila datangnya individu yang menceritakan semula, dia menjadi teruja.
Ada yang menerima kerana dia dalam proses mencari-cari dan apabila menemui orang itu, dia teruja dengan maklumat yang diberi. Keputusan belum dibuat tetapi alternatif pilihan sudah ada di tangan.
Manusia dengan complexity dan ragam pelbagai.
Sama seperti nabi dalam metodologi pendidikannya, sehinggakan bercerita tentang satu subjek dan satu perkara mengenai Islam melebihi satu cara untuk orang yang berbeza.
Personaliti manusia difahami, barulah ilmu ditunjuki. Saya kira itu metodologi nabi dalam hadis-hadisnya.
Insya Allah, usaha saudari dilimpahi barakah dan ganjaran dunia akhirat.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
http://www.motivasiminda.wordpress.com
September 26th, 2007 at 12:47 pm
Terima Kasih kepada anda semua. Sokongan anda amatlah saya hargai.
Benar seperti kata Zamri, ‘Sama seperti nabi dalam metodologi pendidikannya, sehinggakan bercerita tentang satu subjek dan satu perkara mengenai Islam melebihi satu cara untuk orang yang berbeza.’
Sekarang saya berasa lebih lapang hati..
September 26th, 2007 at 4:50 pm
Dikmal belajar kat UTM? adik saya belajar kat UTM gak.
September 26th, 2007 at 5:57 pm
Ya, saya pelajar UTM KL.. tapi kursus saya separuh masa saja.. jadi kelas cuma pada hujung minggu
September 26th, 2007 at 11:27 pm
Selagi jalan yang dipilih masih berlandaskan agama dan tidak menyalahi undang-undang teruskan sahaja.. Pengertian setiap manusia dalam memilih kehidupan tidak sama.. Dan sentiasa meminta petunjuk dariNYa.. Semoga kita tidak terpesong dari syariat yang ditetapkan.. AMIN..
September 27th, 2007 at 10:04 pm
betul tu zool.lain org lain pandangan. macam kisah sayyidina omar, bagaimana orang nak menburukkan sayyidina omar dengan cara paling HALUS sekali, bagaimana org mereka cerita sayyidina omar menjatuhkan hukuman hudud keatas anaknya abu shahmah, dalam satu susut cerita itu nampak baik,tetapi kalau dikaji cerita itu memburukkan sayyidina omar,takkan lah sayyina omar seorang pemimpin tak boleh nak jaga anak dia seorang tetapi boleh menjaga negara. mengikut ulamak cerita itu adalah maudhu(palsu)semata-mata untuk menjatuh sayyidina omar dengan cara halus. belum lagi kes org menuduh(menfitnah) sayyina omar membunuh anak permepuan sebelum dia memeluk islam.
September 27th, 2007 at 10:06 pm
yelah, adik saya belajar kat situ gak. jalan semarak.
September 29th, 2007 at 9:58 am
mengenai ebook magnet tuh …kat kedai mana saya bleh dpt? i mean xkn nk beli di online sahaja..ada kat pasaran kedai buku ke? saya lebih suka baca buku camtuh ketika santai2 bukan di depan komputer melainkan dgr meditasi mp3 tuh aja..
October 1st, 2007 at 11:26 am
Melakarian,
EBook tu cuma dalam versi digital. Tiada di kedai buku. Maksudnya tiada bentuk fizikal.
Saya sudah bertanya pada Kak Linn, katanya, jika anda pembeli EBook ini, anda boleh print out, untuk memudahkan pembacaan. Jadi, boleh lah print ebook ni.
Dapatkan yang original
October 7th, 2007 at 10:13 pm
Kesiannya pendapat DikMal ditangkis.
Tak sangka masih ada ramai orang yang menggunakan soal umur sebagai kayu pengukur.
Nasib baik ada blog ini. Ia membolehkan sesiapa sahaja menyuarakan pendapat tanpa gangguan dari luar.