Setelah agak lama meninggalkan blog tanpa jejak, saya kembali semula kali ini. Ke mana perginya saya? Hilang tiba-tiba. Tidak hilang sebenarnya, tetapi ada perkara lain yang perlu diuruskan terlebih dahulu. Namun saya percaya dan amat yakin, sepanjang saya tidak update blog ini, anda masih setia di sini dan masih mengekalkan motivasi diri anda.

Kepada Saudara Nazrul dan Saudari Shidah, saya memohon seribu kemaafan sekiranya agak lambat membalas respon anda berdua. InsyaALLAH, saya akan membalasnya secepat yang mungkin. Hari-hari saya yang lepas, mengajar saya banyak perkara.

Saya melihat di dalam kehidupan ini, memang banyak jenis pemikiran. Dan kebanyakannya di semai oleh pendewasaan dan pengalaman. Ada juga yang diprogramkan sejak kecil lagi. Kesempatan bertukar pendapat dengan kawan-kawan di UTM, dan di YM, meyakinkan saya lagi, bahawa jalan yang saya pilih adalah benar.

KAdangkala, saya sedikit gentar apabila saya melihat ke dalam kehidupan mereka, yang sudah pasti bertunjangkan kepercayaan mereka. Dan saya amat pasti ini menyebabkan mereka kadang-kadang ’stuck’ dalam kehidupan. Saya juga melihat, batasan umur saya dan mereka, selalu di jadikan bahan sempadan, dalam usaha tidak membenarkan hujah saya. Oh alangkah gusarnya saya bila keadaan ini berlaku. Sememangnya saya masih anak-anak, tetapi saya lebih dewasa dari mereka yang lain, yang seusia saya.

Hujah-hujah saya ditangkis dan ditidakkan sewenang-wenangnya. Malahan langsung tiada ruang untuk saya menjelaskan duduk perkara. Tetapi, saya tetap sabarkan diri. Di dalam hati, jika mereka memerlukan pandangan, saya sedia memberikan pandangan. Kejayaan teman-teman adalah kejayaan peribadi saya. Merupakan satu kepuasan apabila melihat teman-teman menyedari tentang sesuatu hakikat, yang menyekat mereka.

Malahan, saya juga menyedari bahawa masih ramai orang kurang memahami perihal minda. Ya memang benar, kadang kala sukar untuk memahaminya. Maka menjadi tanggungjawab yang mengetahui untuk menjelaskannya. Begitulah kehidupan, saling melengkapi.

Entri kali ini tiada sebarang tips atau panduan yang mahu saya coretkan, sekadar artikel biasa. Sekiranya anda merasakan, anda mahu tahu tentang sesuatu berkaitan dengan pengurusan minda, minda itu sendir, dan sekiranya anda tidak memahami sesuatu, bertanyalah. Seribu pertanyaan anda, pasti akan dikurniakan ALLAH SWT, jawapannya. CUma dari mana anda memperoleh jawapan itu yang berbeza.

Sekiranya anda merasakan anda punyai kemusykilan dan masalah yang ingin dikongsikan, mahupun sekadar mahu melepaskan kegusaran di benak fikiran anda, anda boleh konsgikan bersama saya. Emai kepada saya di e.norakmal@gmail.com.

Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang memerlukan kesanggupan mempelajari dan belajar. Sesuatu pelajaran itu pula, melibatkan perubahan tingkah laku. Jika sekiranya anda mahukan perubahan yang lebih cemerlang, bersedialah untuk mempelajari, belajar dan mengajar. Itulah kitaran kehidupan. Ibarat dibantu dan membantu.

Bersedialah untuk belajar. Jangan pernah anda malu dengan merasakan pertanyaan anda ibarat soalan yang tak logik ataupun bodoh, kerana setiap manusia itu mempunyai pengalaman masa lampau yang berbeza. Itu yang menjadikan mereka mempunyai pemahaman dari perspektif yang berbeza.

Perbezaan itu juga indah dan mencorakkan kehidupan. Mungkin anda pernah mengajar atau membantu seseorang, dan kemudiannya anda menjumpai seseorang yang lain dengan permasalahan yang sama. Kemudian apa patut anda buat? Melenguh? Dan berbisik pada hati. ‘ ah ini lagi!’. Jangan..

Ketahuilah, kehidupan ini bukan cuma ada saya dan anda dan dia. Juga ada mereka. Dan ada mereka yang lain pula. Sepatutnya anda bangga dengan diri anda, kerana anda telah berusaha menampakkan sinar dalam kehidupan yang kelam bagi sesetengah orang.

Artikel ini juga merupakan respon saya, apabila saya terkenangkan pengalaman mendidik anak-anak pelajar tahun lepas. Saya nampak masa depan mereka yang mereka rasakan, tidak ada makna. Bukankah terlalu awal untuk mempunyai impian sedemikian rupa? Seawal umur 13 tahun? Saya melihat ini sebagai kekosongan. Kekosongan di dalam hati, dan minda. Kekosongan ini yang saya cuba isikan. Semoga, usaha ini difahami anda. Dan anda, meneruskan pemahaman ini kepada anak-anak anda. Berikan mereka kehidupan yang bersinar…

Satu hari nanti, jika anda sudah mencapai tahap kepuasan dalam mempelajari sesuatu, jangan lupa, sentiasalah anda berkongsikannya semula kepada masyarakat. Ingat prinsip di bantu dan membantu. Inilah kitar kehidupan yang seperlunya anda guna pakai.

Beberapa hari ini juga saya banyak membaca blog-blog rakyat Malaysia. Kebanyakannya adalah blog peribadi. Tujuannya? Mengenal pasti corak pemikiran dan mendalami jiwa mereka, kiranya mereka ada masalah. Keputusannya, adalah sepeti jangkaan saya..

Saya seronok dan puas, apabila saya berusaha menceriakan hati yang suram, memberikan suluhan di dalam kehidupan yang kelam. Dengan berkat pertolongan ALLAH SWT, insyaALLAH mereka itu akan mendapat pemahaman yang perlu.

Hingga saat saya menaip ini, saya merasakan, ramai orang mungkin kurang memahami artikel ini. Tetapi jika anda memahaminya, jangan lupa tinggalkan komentar anda di akhir artikel ini. Sehingga itu, saya tutup entri kali ini dengan perkara berikut :

Terima kasih kerana memberikan masa depan anda harapan dan bersedialah dengan kesanggupan dan kesungguhan untuk belajar, mengajar ; di bantu dan membantu. Kejayaan itu adalah hak milik anda. Carilah ia, dan fahamilah ia.

p.s : KEmungkinan besar, saya akan update blog ini dua kali hari ini. Kemungkinan saja tau :)