Thu 20 Sep 2007
Risau Mesti Kena Pada Tempatnya | Jangan Risau Sesuka Hati
Posted by Norakmal Jasni under Uncategorized
Semalam saya berjalan-jalan ke seantero blog-blog orang Malaysia. Wah, banyak juga yang saya belum pernah jenguk blognya! Antara blog-blog itu pula, ada beberapa blog yang mencuit hati. Ada pula yang meluahkan perasaan. Dan ada juga yang sekadar menulis biasa. Itu semuanya adat resam dunia blogging. Ada masanya kita banyak idea, ada kalanya juga tidak.
Baiklah, sebenarnya saya mahu respon kepada satu entry yang telah saya baca. Milik siapa? Tak perlu lah saya tuliskan di sini. Sekadar respon biasa. Ini kerana saya selalu melihat perkara sebegini di dalam kehidupan. Malahan saya juga kadang kala seperti itu. Tetapi kesedaran yang tinggi akan peranan minda, menyebabkan saya semakin ‘aware’ pada tindak tanduk saya.
Setujukah anda bila saya katakan, ramai orang suka risau tak kena pada tempatnya? Maksud saya, risau selalu. Risau memanjang, bak kata orang. Belum tentu lagi sesuatu hal itu terjadi, tapi risaunya bukan main. Kalah orang menanti kelahiran bayi
Risau, adalah satu perasaan. Sekali lagi, emosi memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan kita. Sejauh mana anda melayan emosi anda yang satu ini? Selalu?
Kembali kita pada pengaruh emosi ke atas tindakan, dan kesannya kepada kehidupan kita. EMosi yang positif, adalah sangat baik dan akan mengekalkan kita pada suasana yang positif dan ceria-ceria selalu. Bagaimana pula emosi yang negatif? Emosi negatif ini akan menyebabkan anda, lebih mudah menangkap lebih banyak emosi negatif. Ini akan mendorong seluruh hari anda makin mendung. Ingatlah, apabila kita fokus pada sesuatu benda itu dengan penuh perasaan, ia akan muncul lebih kerap dalam hidup kita.
Contohnya, anda cuba menghubungi teman baik anda. Sebelum ini, anda ada berselisih faham dengan beliau. Dan pada akhirnya, masing-masing sudah meminta maaf. Kemudian esoknya, anda cuba menghubungi rakan anda itu. Tiada jawapan. Anda cuba pula SMS. Juga tiada jawapan. Apa sebab agaknya? Mungkinkah dia masih lagi marahkan anda? atau, dia habis kredit? atau, dia sengaja tak mahu melayan anda. Atau dia sibuk? atau, atau, atau, dan atau lagi.
Semakin anda cuba meneka, semakin banyak alasan-alasan yang kedengaran semakin tak logik akan kedengaran bukan?
jangan risau, ia adalah perkara biasa. Tetapi, risau yang terlampau akan menyebabkan anda tak dapat fokus pada kerja anda. Bayangkan berapa banyak pula masa yang akan terbazir kerana kerisauan anda itu?
Baiklah, kini ubahkan risau anda itu. Salah satu teknik yang paling berkesan adalah, bersangka baik. CIptakan alasan-alasan postiif untuk menjawab kerisauan anda. Contoh yang saya berikan, mungkin dia tidur sebab tadi pagi dia pergi jogging 10 km :) kedengaran lucu. Tetapi, ia mampu memberhentikan kerisauan anda pada saat itu sekurang-kurangnya.
Ingat, anda perlu bijak mengawal emosi. Dan senyum hari-hari
Salam Kejayaan Untuk Anda Semua
September 20th, 2007 at 10:51 am
Tips yang baik untuk mengurangkan kerisauan.
Itu yang saya selalu lakukan. Bersangka baik.
Keputusannya cukup memeranjatkan. Ia mampu memberhentikan segala kerisauan serta-merta.
September 20th, 2007 at 3:00 pm
Tips yg baik untuk mengawal emosi
September 20th, 2007 at 5:01 pm
Betul, bersangka baik lah anda sesama manusia..
September 20th, 2007 at 5:16 pm
Kerisauan juga digunakan sebagai persediaan misalnya.
Risau gagal exam, tak dapat kerja yang bagus, Maka tenaga negatif disalurkan sebagai tenaga yang positif iaitu tindakan.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
September 21st, 2007 at 2:34 pm
Blog saya lah tu yang blog biasa tu.. he he he..
ada perkara kita perlu risaukan dan ada perkara tidak perlu dirisaukan…
terpulang pada diri masing-masing untuk melaksanakan.. Semoga diberi petunjuk dariNya..