Anda digalakkan untuk melanggan entri blog MotivasiKejayaan.Com ini secara PERCUMA. Klik di sini.Terima kasih kerana melawat!

Anda mempunyai masalah? Anda boleh kongsikan bersama kami. Emailkan kepada kami di e.norakmal@gmail.com. InsyaALLAH kami akan membantu anda.

Seringkali kita lihat orang ramai mengadu mereka ada masalah. MAsalah tak cukup wang, masalah gaduh dengan boyfriend/girlfriend, masalah jualan bisnes yang merudum, masalah assignment tak siap, masalah dan macam-macam masalah lagi. Kadang-kadang masalah tiba tanpa anda memintanya. Itu kata anda. Tetapi jika anda faham tentang bagaimana minda bekerja, anda akan tahu bahawa anda ada menarik masalah ke dalam hidup anda. Ya, menggunakan kuasa minda yang anda tak sedar.

Pada waktu yang lain pula, anda sedar bahawa anda memang menarik masalah, kata mudahnya : mencari masalah. Benarkah anda mencari masalah? Selalunya ia terjadi tanpa anda sedari. Dan anda cuma sedar tatkala anda sudah mempunyai masalah. Maka akan kedengaranlah ayat seperti : ’silap aku juga tak aware pada kelakuan sendiri’. Ini biasa diucapkan oleh orang yang tahu tentang cara minda bekerja.

Ada juga mereka yang tak tahu. Seperti saya cakap, akan kedengaran bisik-bisik seperti ini : ‘kenapalah ada je masalah lately. suwey betul lah!’

Kali ini saya tak mahu menulis tentang cara minda anda bekerja. Kerana ia akan dijelaskan pada hari yang lain. Tetapi, saya mahu menjelaskan mengenai cara anda sepatutnya respon kepada masalah.

Masalah sememangnya selalunya disertai dengan rungutan, marah, rasa murung, sedih dan segala perasaan yang boleh saya katakan sebagai aura negatif. FIkirkan jika anda berterusan menarik aura-aura negatif? Apa akan jadi pada anda dan minda anda? Apa yang sedang dan telah anda semaikan dalam minda anda? Disaster.

Memang sukar pada mulanya untuk menerima masalah sebagai sesuatu yang positif. Mahupun sebagai peluang. Bahkan, apabila kita cuba menasihati atau memberi pandangan, akan kedengaran kata-kata seperti ini : ‘Kau tak rasa dan tak alami apa yang aku rasa! Bolehlah kau cakap’. Ouh, bayangkan betapa ruginya anda kerana tidak menerima pertolongan ketika anda memerlukan. Ibarat terdampar di tengah pulau, datang bot, tapi dihalaunya bot itu pergi. Sekali lagi analogi ini berkaitan dengan proses RECEIVE LOA.

Benar masalah kelihatan berat pada awalnya, tetapi anda juga perlu tahu, masalah bersifat sementara. Sifatnya seperti puzzle atau teka teki, yang perlu anda selesaikan. Setelah anda mula menyimpan fahaman ini, anda akan dengan sendirinya melatih minda anda untuk fokus kepada penyelesaian apabila berdepan dengan masalah.

Anda juga perlu sedar, setelah anda menyelesaikan masalah, anda sebenarnya baru saja menyelesaikan satu rintagan ke arah kejayaan. Ibarat baru je dapat minum 100 plus setelah berlari sejauh dua kilometer dalam satu pertandingan marathon :D

Tetapi ada juga orang, yang tak mahu minum 100 plus dan cuba terus berlari tanpa henti. Berjayakah beliau? Mungkin ya, mungkin tak. Kepenatan sahaja yang dapat. Seperti itu juga hidup ini, masalah perlu di selesaikan. Jangan pernah melatih diri anda dengan melarikan diri dari masalah. Itu amat berbahaya. Ini bermakna sepanjang hidup anda, anda akan menjadi hamba emosi, dan seterusnya hamba minda.

Jangan lagi memberi reaksi negatif. Lihat masalah sebagai puzzle. Jangan lari dari masalah. Selesaikan dan hampiri kejayaan.

Salam Kejayaan Untuk Anda Semua.